Sangat banyak kelebihan yang telah Allah janjikan kepada mereka yang bergelar penuntut ilmu. Penuntut ilmu yang sangat bagus ialah penuntut ilmu Al Quran. Jom hayati kelebihan penuntut ilmu khususnya ilmu Al Quran.
Kelebihan Penuntut Ilmu Khasnya Ilmu Al Quran :
Kelebihan #1 :
Sebaik-baik manusia ialah orang belajar dan mengajarkan Al Quran.
Kelebihan #2 :
Pembaca Al Quran diibaratkan seperti limau yang manis yang mempunyai bau dan rasa yang enak yang disukai ramai.
Kelebihan #3 :
Pembacanya tidak digolongkan dalam kalangan orang-orang yang lalai.
Kelebihan #4 :
Manusia yang paling dicintai Allah ialah mereka yang paling pandai dalam ilmu Al Quran.
Kelebihan #5 :
Pembaca yang bertajwid sempurna dapat 70 pahala bagi setiap huruf (70×340 740= 23851800) berbanding yang baca secara biasa. Baca di sini 4 perkara asas tajwid.
MasyaALLAH, banyaknya kelebihan menuntut ilmu Al Quran.
Kelebihan #6 :
Orang yang mahir dengan Al Quran akan bersama dengan para malaikat yang termulia dan para nabi ‘alaihimussalaam.
Kelebihan #7 :
Darjat dan tingkatan syurga untuk ahli Al Quran ialah sebanyak mana ayat yang dibaca sewaktu di dunia.
Kelebihan #8 :
Pembaca Al Quran yang terbaik ialah dia membaca dalam keadaan hatinya takut kepada Allah.
Kelebihan #9:
Allah berbual dengan pembaca Al Quran.
Kelebihan #10:
Pendamping Al Quran akan dipakaikan mahkota dan pakaian serta mendapat kemuliaan dan akan mendapat keredhaan Allah.
Kelebihan bagi penghafal Al Quran SANGAT HEBAT kerana :
Hafiz/Hafizah Al Quran dapat memberi syafa’at untuk masuk ke syurga kepada 10 orang dari ahli keluarganya yang telah wajib masuk neraka.
Kelebihan membaca dan memahami Al Quran :
Pembaca yang memahami makna Al Quran adalah lebih mulia dari yang tidak memahami isi kandungannya.
Kelebihan orang mengamalkannya :
Barangsiapa yang beramal dengan Al Quran maka akan terselamat dari kesesatan di dunia dan kesusahan di akhirat.
SEBARKAN FOR SAHAM AKHIRAT.
Discussion about this post