AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

4 Perkara Asas Tajwid Yang Mudah

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
almukhlisinbyalmukhlisin
Reading Time: 9 mins read
4 Perkara Asas Tajwid Yang Mudah

Mengapa ramai antara kita sekarang sekadar menghafal nama hukum tapi tidak faham maksudnya?

Sebab kita sudah terbiasa dengan menghafal Nama-nama Hukum tajwid. Sayangnya, kita sekadar hafal nama hukum, tapi tak faham pun macam mana sebenarnya fungsi dan keadaan bagi setiap hukum tersebut.

Buktinya?

Kita tahu nama-nama hukum tapi ketika baca Quran, bacaan panjang pendek, dengung tak dengung dan sebagainya masih banyak yang kurang tepat.

 

Jadi, macam mana nak atasi masalah tersebut?

Masalah tersebut akan dapat di atasi sekiranya kita mula kuasai perkara-perkara asas dalam ilmu tajwid terlebih dahulu. Sebab, perkara asas ini sangat penting dan perlu diberi perhatian kerana ia lah yang menentukan bacaan Quran kita sama ada betul ataupun salah. 

Kesilapan-kesilapan yang berkaitan dengan 4 Asas Tajwid ini adalah yang paling kerap dilakukan oleh pembaca Quran. Jadi, secara ringkasnya, untuk menguasai bacaan Quran yang betul dan bertajweed, kita perlu tahu dan kuasai 4 perkara asas ini terlebih dahulu.

 

Nak tahu apa 4 perkara asas yang penting tu? Jom, jemput baca sampai habis tau 😉

 

4 Perkara Asas Tajwid Yang Mudah, Tapi Perlu Diambil Perhatian

  1. Dengung tidak dengung,

  2. Bacaan Panjang & Pendek,

  3. Makhraj & Sifat 

  4. Waqaf & Ibtida’

     

P/s:  Nak bezakan bacaan dengung tak dengung dan panjang pendek akan lebih mudah dengan menggunakan Teknik Simbol.

 

Ustaz akan huraikan secara ringkas perkara asas yang sangat perlu diberi perhatian oleh setiap pembaca Quran.

1. Dengung Tak Dengung

dengung

Dengung tak dengung menjadi perkara asas yang paling utama, kerana di sinilah kerapnya berlaku kesalahan berulang ketika kita baca Quran. Puncanya, mungkin ada yang tahu Nama Hukum, tapi tak tahu macam mana bentuk / simbolnya dalam Quran. 

Kalau anda semua nak tahu, teknik simbol adalah lebih mudah untuk difahami dan dikuasai berbanding teknik Kenal Nama Hukum, dan sangat sesuai bagi anda yang baru nak mula belajar ilmu Tajweed. 

 

Kenali Simbol :

i. Dengung

Kalau dikumpulkan kesemuanya, ada 11 simbol dengung dalam Quran. Baca lebih lanjut tentang simsol-simbol dengung dalam Quran di SINI ye 🙂

  • Tanwin atas tidak selari  ( ــًــ )
  • Tanwin bawah tidak selari  ( ــٍــ )
  • Tanwin depan 99   (  ـُـُـ )
  • Nun kosong  ( ن )
  • Mim kosong  ( م )
  • Nun bersabdu  ( نّ )
  • Mim bersabdu  ( مّ )
  • Nun Mati ada Mim Kecil
  • Tanwin Atas ada Mim kecil
  • Tanwin Bawah ada Mim kecil
  • Tanwin Depan ada Mim kecil

ii. Simbol tidak dengung

  • Tanwin atas selari  ( ــًـ )
  • Tanwin bawah selari ( ــٍـ )
  • Tanwin depan 69 ( ــٌـ )
  • Nun ada tanda mati ( نْ )
  • Mim ada tanda mati ( مْ )

2. Panjang dan Pendek

pjg

Apabila berbicara berkenaan dengan Panjang & Pendek, kita perlu memahami bahawa ada 2 teknik untuk hukum ini.

  1. Teknik Simbol 
  2. Teknik Nama Hukum

Jika menggunakan Teknik Nama Hukum, kita perlu mengetahui 19 nama hukum MAD. 

Tetapi jika menggunakan Teknik Simbol pula, ada 4 bahagian kadar panjang sahaja yang perlu kita tahu. 

  1. 2 harakat
  2. 2,4,6 harakat
  3. 4,5 harakat
  4. 6 harakat

 

3. Makhraj dan Sifat

makhraj

 

Pengertian makhraj dari segi bahasa adalah tempat keluar. Makhraj bermaksud tempat keluarnya sebutan bagi 28 huruf hijaiyyah. 

Analogi mudah ialah suatu ruang bilik itu mempunyai pintu untuk keluar.

Contohnya huruf NUN. Makhraj Dengungnya di hidung. Jika anda tutup hidung itu maka sebutan dengung itu tidak akan berbunyi kerana anda telah tutup pintu sebutan bunyinya.

 

Bagi 28 huruf hijaiyyah ini, ada 5 makhraj kesemuanya iaitu :

  1. Bibir (Syafatain)
  2. Lidah  (Lisan)
  3. Hidung  (Khaisyum)
  4. Halkum – kerongkong (Halq)
  5. Rongga mulut (Jauf)

Formula sifat huruf  : 11+7 = 18 

Sifat huruf terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

  1. SIFAT BERLAWANAN
  2. SIFAT TUNGGAL

11 Sifat berlawanan :

  1. Keadaan Nafas (Hams dan Jahr)
  2. Keadaan Suara (Syiddah, Tawassut dan Rokhowah)
  3. Keadaan Pangkal Lidah (Isti’la’ / Istifal )
  4. Keadaan Tengah Lidah (Infitah / Itbaq)
  5. Kecepatan Keluar (Izlaq dan Ismath)

7 Sifat tunggal ialah :

  1. Sofir (Bersiualan)
  2. Qolqolah (Pantulan)
  3. Lin (Lembut)
  4. Inhiraf (Melencong)
  5. Takrir (Berulang)
  6. Tafasyyi (Berhamburan)
  7. Istitholah (Memanjang)

Perbezaan makhraj dan sifat seperti analogi anak kembar seiras, apa yang membezakan antara mereka adalah sifat. Contohnya seorang pendiam, seorang lagi periang.

Ada 4 huruf yang mana makhrajnya adalah sama, iaitu makhraj bibir. Apabila sama makhrajnya, maka sifat huruflah yang membezakan sebutan bunyi keempat-empat huruf.

4 huruf tersebut adalah :
ب  (Ba),
و  (Waw),
م  (Mim),
 dan  ف  (Fa). 

Perbezaan bagi sebutan 4 huruf ini ialah Fa bersifat ada angin (Hams), Wau bersifat ada suara sahaja tanpa berangin (Rokhowah), Mim pula bersifat ada suara tetapi suaranya ditahan. Manakala huruf Ba pula kena ada suara berbentuk detakan/lantunan (Qolqolah).

Begitu juga dengan huruf-huruf lain yang keluar dari makhraj yang sama, apa yang membezakan kesemuanya adalah sifat bagi huruf-huruf tersebut. 

 

4. Waqaf & Ibtida’

waqaf

 

Waqaf menurut bahasa : Berhenti / Menahan.
Menurut istilah ilmu tajwid : Waqaf ialah menghentikan bacaan dengan cara memutuskan suara di akhir perkataan sekejap untuk bernafas dengan niat akan menyambung semula bacaan. 

 

Maksud Ibtida‘ : Ibtida menurut bahasa berasal dari “ibtada a – yabtadiu – ibtida an”  yang bermaksud “bermula”, iaitu meneruskan atau memulakan kembali bacaan selepas berhenti seketika untuk mengambil nafas (waqaf).

 

Tanda-tanda waqaf dalam Al Quran

Kenali Formula 1 + 6 + 1 untuk tanda-tanda waqaf.

  1.  Ra’sul Aayah (Bilangan Ayat) : Ia ditanda dengan bingkai bulat di hujung satu-satu ayat.

     

    6 signboard penting sebelum jumpa Ra’sul Aayah :
1. Waqaf Lazim ( مـ  )
2.
Waqaf Mamnu’ ( لا )
3. Waqaf Jaiz ( ج )
4. Waqaf Sili ( ﺻﻠﮯ )
5. Waqaf Qili ( قلى )
6. Waqaf Ta’anuq (Titik tiga bertindih)

* Dalam Quran, 6 signboard ini adalah tanda waqaf yang paling masyhur dalam kalangan ulama’ Quran.

     1. Saktah (س) 
1 yang terakhir adalah huruf Sin kecil : Menunjukkan bacaan Saktah. (سكته)
Saktah ialah berhenti seketika pada tempat yang ditandai dengan sin kecil dengan kadar 2 harakat, kemudian menyambung kembali bacaan dengan nafas yang sama. 

 

Macam mana, mudah kan? Nak kuasai bacaan bertajweed mudah je kalau kita tahu step-stepnya. Mula dengan mahir 4 perkara asas terlebih dahulu, kemudian bila dah mantap, barulah naik level sedikit demi sedikit. 
Orang kata, slowly but surely. 😉

Oh ye. Ada yang nak ustaz bantu macam mana nak hafal Quran cara mudah? InshaaAllah ada beberapa panduan mudah yang ustaz dah susun untuk anda. Klik di SINI untuk info lanjut tentang Panduan Mudah Hafal Quran. 

 

Bermula 15 Mei 2022, perjuangan Keluarga AlMukhlisin Home Quran kembali bersiaran dengan wajah baru melalui #LIVE Tajweed Santai Ustaz Zul AlMukhlisin 7.30 pagi setiap hari di FB Page AlMukhlisin Home Quran dengan membawa tema “Baca Quran Bertajweed Sampai Rasa Tenang”.

 

Video Tajweed Santai PERCUMA Dengan Minima Infaq RM 100

Dapatkan secara PERCUMA 173 Koleksi Video Tajwid Santai Ustaz Zul AlMukhlisin Musim Pertama yang bernilai RM 1,570 dengan minima infaq RM 100.

Klik SINI untuk info lanjut »»»
www.almukhlisin.com/tajweed-santai-uzam

AlMukhlisin Official (Untuk pertanyaan) »»»
bit.ly/NakTanyaTentangAlMukhlisin

#TajweedSantaiUstazZulAlMukhlisin
#BacaQuranBertajweedSampaiRasaTenang
#CintaIlmuQuranAllahNabi

(Visited 11,932 times, 8 visits today)
Tags: AlMukhlisinAlMukhlisin Home QuranAsas Tajwidngaji QuranTajwidTajwid Santai

Discussion about this post

Previous Post

11 Hikmah dan Keutamaan Membaca Surah Al-Fatihah

Next Post

Keutamaan 10 Surah Dalam Al Quran

Related Posts

Dengung Tak Dengung

NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3

12 June 2022
Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?
Tajwid

Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

26 May 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post
Keutamaan 10 Surah Dalam Al Quran

Keutamaan 10 Surah Dalam Al Quran

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • 3 Tips Merawat Hati Ketika Sedih Atau Dilanda Ujian
  • NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3
  • Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?