AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

Khasiat Surah Al Kautsar

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
almukhlisinbyalmukhlisin
Reading Time: 3 mins read

surah al kautsar

Surah ini adalah surah yang paling pendek. Ia hanya mengandungi 3 ayat yang diturunkan di Makkah. Al Kautsar bermaksud sebuah sungai yang mengalir di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik. Rasa air sungai ini lebih manis daripada madu. Warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai penghibur hati Nabi Muhammad SAW kerana diturunkan ketika Baginda bersedih atas kewafatan dua orang yang sangat dikasihinya iaitu anak lelaki Ibrahim dan bapa saudara Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini yang boleh kita amalkan sebagai penawar :

  1. Jika dibaca 1000 kali, insyaAllah rezeki akan bertambah.
  2. Membaca surah ini ketika hujan turun sambil berdoa, mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kita.
  3. Jika kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokkan tangan di leher, InsyaAllah hilang dahaga.
  4. Jika sering mengalami sakit mata, umpamanya mata berair, gatal-gatal ataupun bengkak, sapukan air mawar yang telah dibaca surah ini sebanyak 10 kali pada mata, insyaAllah sembuh.
  5. Jika rumah dipercayai terkena sihir, bacakan surah ini sebanyak 10 kali, mudah-mudahan Allah memberikan ilham kepada kita di mana letaknya sihir itu.
  6. Jika rajin membaca surah ini, hati akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  7. Sekiranya seseorang teraniaya sehingga dimasukkan ke penjara, bacalah ayat ini sebanyak 71 kali, InsyaAllah pertolongan Allah akan datang kepadanya disebabkan dia tidak bersalah tetapi telah dizalimi.

 

Sesuatu yang baik akan datang apabila kita selalu mengamalkannya. Justeru itu, amalkanlah membaca surah ini atau surah-surah lain secara kerap agar apa yang diinginkan dalam hidup akan tercapai dan akan mendapat kebahagiaan dan kerahmatan di dunia mahupun di akhirat.

Sebaiknya, kita turut berusaha untuk menghafal kalam-kalam Allah ini. Menghafal Quran sebenarnya sangat mudah jika kita mempunyai guru pembimbing, atau alat bantu yang boleh mempercepatkan proses hafalan, seperti Panduan Mudah Hafal Quran yang diperkenalkan oleh AlMukhlisin. Boleh klik link di SINI untuk dapatkan maklumat lanjut tentang Panduan Mudah Hafal Quran.

Teringat kata-kata seorang ustaz, 
“bukan sesuatu ayat atau zikir yang dapat memberikan segalanya, tetapi semua itu berlaku dengan kehendak dan kekuasaan Allah. Kesimpulannya, supaya kita tidak mengiktikadkan sesuatu itu sebagai berkuasa padahal segala kekuasaan adalah milik Allah AzzaWajalla.”

Antara bentuk persiapan yang juga boleh dilakukan sebagai bekalan keselamatan kita di dunia dan akhirat adalah dengan memperbanyakkan sedekah atau infaq yang sudah sedia maklum mempunyai banyak fadhilat dan kebaikan. Antaranya adalah, dengan asbab sedekah dapat menjauhkan diri daripada musibah yang mendatang. 

Ya Allah, sesungguhnya dunia kini penuh dengan fitnah dan tipu daya. Manusia saling hidup untuk merosakkan manusia lain, menfitnah antara satu sama lain, menzalimi sesama manusia, inikah tandanya dunia sudah benar-benar hampir kiamat? Yang batil ditegakkan, yang hak dipermainkan dan diperlekehkan. Selamatkanlah kami dalam iman, matikanlah kami dalam iman dan tempatkanlah kami bersama orang yang beriman.

 

Anda mahu dibimbing AlMukhlisin bermula daripada asas?

Belum terlambat untuk MULAkan bertindak.

Tekan LINK ini SEKARANG.
Bimbingan Mengaji Quran Asas (Hayya Naqro)

– Konsisten Berguru Sehingga Ke Akhir Hayat –

(Visited 67,692 times, 153 visits today)

Discussion about this post

Previous Post

Membaiki Hubungan Dengan Al Quran Dan Meningkatkan Bacaan

Next Post

Kelebihan Penuntut Ilmu Khasnya Ilmu Al Quran

Related Posts

Dengung Tak Dengung

NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3

12 June 2022
Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?
Tajwid

Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

26 May 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post
Kelebihan Penuntut Ilmu Khasnya Ilmu Al Quran

Kelebihan Penuntut Ilmu Khasnya Ilmu Al Quran

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • 3 Tips Merawat Hati Ketika Sedih Atau Dilanda Ujian
  • NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3
  • Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?