Mengapa anda perlu memilih untuk mengaji dengan kami??

Kelebihan kami >>>

Kami mengadakan program ke tempat anda.

Sama ada di rumah atau pejabat anda.

 

Walaupun, anda biasa mendengar ada sesetengah orang menyatakan tidak ada adab seorang guru mencari anak murid. Pernyataan ini tidak lagi relevan kerana masa sekarang, semakin hari semakin singkat.

Jadi, untuk menyelesaikan masalah yang semakin hari semakin parah ini. Iaitu semakin hari semakin ramai yang tidak pandai membaca Al Quran. Kami telah mengadakan inisiatif baru. Kami ke tempat anda.

Bukan setakat kami ke tempat anda sahaja. Anda juga bebas memilih masa anda sendiri. Ini memudahkan anda yang bekerja dan tidak mempunyai masa yang tetap untuk menetapkan masa yang sesuai.

Kami mengikut masa anda kerana ramai yang mengadu mengenai selalu sahaja mengaji sekejap ‘on’ sekejap ‘off’. Lebih-lebih lagi mereka yang belajar di pusat-pusat pengajian Al Quran. Ini berlaku kerana ketidaksamaan masa diantara pelajar dan guru.

 

Apa lagi yang anda dapat dari kami??

 

Jika anda mengaji di surau atau masjid atau dalam satu kelompok yang ramai. Anda tidak menumpukan perhatian yang sepenuhnya. Ini kerana guru sedikit sukar untuk mengajar semua tahap dalam satu masa. Jika boleh pun, mungkin tidak 100%.

 

Kami membimbing anda mengikut tahap bacaan anda sekarang dan kami juga membimbing anda secara individu dalam satu sesi. Ini akan memudahkan untuk anda fokus secara 100%.

 

“ustaz, boleh ke datang ke rumah kami setiap hari??”

Tanya salah seorang peserta kami.

Maafkan, kami. Kami tidak dapat datang ke tempat anda setiap hari. Kerana keterbatasan masa.

Walaupun kami ke tempat anda hanya beberapa hari sahaja dalam seminggu tetapi kami meninggalkan kerja rumah supaya anda cepat menguasai pelajaran yang diajar oleh pembimbing kami.

 

Kami mendapat hasil yang begitu menggembirakan. Iaitu  salah seorang peserta kami telah berjaya membaca Al Quran setiap hari. Yang mana, dia bermula daripada tidak tahu langsung membaca Al Quran.

Anda mungkin sudah ke tahap ‘mumtaz’ dari segi ilmu tajwid tetapi anda mungkin terlupa satu lagi ilmu yang berkaitan Fardhu ‘ain. Contohnya solat. Anda mungkin rasa, dah lama solat. Tentu sahaja, tidak ada masalah.

Tidak. Tidak. Jangan sesekali beranggapan sedemikian. Jika kita tidak lama ‘polish’ ianya akan berkarat atau tidak ingat. Saya datangkan analogi seperti kereta yang dah lama tak servis tentu sahaja anda masalah.

Kami telah membuat kaji selidik mengenai hal ini. Ramai diantara kita, selalu baca doa duduk diantara dua sujud tidak cukup. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, kami memasukkan sekali di dalam jadual satu masa kelas Fardhu ‘ain. Kami mengajar anda secara teori dan praktikal secara langsung.

Kelas sesi Fardhu ‘ain ini diberikan secara PERCUMA.

Kenapa saya tidak faham-faham walaupun sudah banyak belajar.

Hal ini berlaku banyak berlaku, kerana anda kurang berdoa.

Di dalam satu sesi bersama pembimbing kami. Sebelum memulakan pengajian, kami akan mengadakan solat hajat memohon supaya Allah memudahkan kefahaman apa yang dipelajari dan memohon agar Allah mengurniakan rezeki istiqamah mengaji sehingga ke liang lahad.

Setiap guru atau pembimbing mesti ada TARGET kepada pelajarnya.

Begitu juga kami. Target kami kepada peseta kami ialah supaya dapat menghafal 30 juzuk al quran. Jika tidak dapat mencapai taget itu, paling kurang, dapat membaca al quran secara istiqamah setiap hari tanpa dipaksa.

============================================================

Adakah kami, orang yang anda cari?? Adakah kami layak untuk membimbing anda??

============================================================

Telefon kami segera ke nombor 0194809293.

Apa tunggu lagi, tak kan nak tunggu mata kelabu baru nak mula mencari guru untuk mengaji??

Jom pakat ramai-ramai mendaftar di Al Mukhlisin. Telefon kami segera ke nombor 0194809293.

Comments

comments