Hari ini, saya ingin berkongsi satu perkongsian daripada salah seorang admin Tadarus Al Quran AlMukhlisin (TAM) yang mana Allah telah mencampakkan secebis perasaan cinta kepada Al Quran. Sebelum itu, mari kita ‘flash back’ cerita kehebatan cinta sahabat-sahabat, salafussoleh, ulama-ulama dahulu tahap 100% dan lebih terhadap Al Quran.
Kehebatan Sayyidina Uthman ibn Affan mengkhatamkan Al Quran dalam rakaat pertama Solat Subuh, kehebatan Imam Syu’bah mengkhatamkan Al Quran 18,000 kali hanya di sudut sahaja, kehebatan Imam Syafie mengkhatamkan sekali setiap hari dan dua kali pada Bulan Ramadhan, ada juga ulamak yang mengkhatamkan Al Quran empat kali pada waktu siang dan empat kali pada waktu malam.
Kecintaan mereka ini terhadap Al Quran sangat hebat. Walaupun kecintaan kita terlalu jauh untuk kita sampai ke tahap tersebut. Namun, kita perlu berusaha untuk mendapatkan kecintaan terhadap Al Quran kerana Al Quran ini boleh menolong kita ketika di dunia dan lebih-lebih lagi ketika menuju ke alam akhirat.
Mari kita ikuti kisah perkongsian ‘CINTA AL QURAN’ dari sahabat kita ini. Kelas TOT BDQ yg Zurin hadiri Sabtu dan Ahad lepas, antara perkongsian bersama sahabat2 baru tersebut adalah :
Macam mana nak jatuh cinta dgn Al Quran→sahabat dr Terengganu bertanya.
Antara jawapan sahabat-sahabat lain :
#Tips Pertama : banyakkan mengaji
#Tips Kedua : Nyatakan/ ucapkan SAYA SAYANG ALLAH setiap hari
#Tips Ketiga : Banyakkan mengaji dan ditambah dengan memperbanyakkan mendalami Al Quran/ bertadabur dan bertazzakur dapat pahala dan barokah.
Ada lagi tapi cukuplah Zurin kongsikan 3 jawapan ini. Walapun 3 jawapan untuk bantu sahabat dari Terengganu tersebut, ianya sangat memberi kesan kepada saya. Terutama jwpn kedua dan ketiga…nk cari pahala dan barokah. Diharap perkongsian ini dapat menaikkan motivasi kepada sahabat-sahabat TAM, moga kita akan lebih bersemangat utk mengaji. Ramai org nak jatuh cinta dgn Al Quran, untuk jadi kekasih kita di alam barzakh dan di akhirat nanti, rebutlah peluang krn kita inshaAllah sikit je lagi nk jatuh cinta dgn Al Quran (bagi yang belum jatuh cinta)….sikit je lagi..
*With love*
_Zurin_
-Admin Tadarus AlMukhlisin (TAM)
اللهم عظم رغبتي في القرآن واجعله نوراً لبصري وشفاء لصدري
Allahumma ‘azzim roghbati fil Quran Wajhulhu nuural libashori wa sifaaul lishodri.
Ya Allah, hadirkanlah rasa cinta aku kepada Al Quran, dan jadikanlah Al Quran sebagai cahaya pada penglihatanku dan sebagai penyembuh kepada hatiku. SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.
Discussion about this post