Découvrez l'épopée ludique de Casinoly, où chaque partie est une quête pour la gloire. Inspiré par la splendeur de la Rome antique, ce casino vous propose une aventure inédite. Combattez dans des tournois, bénéficiez de bonus épiques et inscrivez votre nom dans le grand livre des vainqueurs.

L'apogée du gaming se trouve chez Europe Fortune Casino. Avec une plateforme intuitive et un catalogue de jeux triés sur le volet, il garantit une expérience de jeu sûre et élégante. Ici, la chance et le style se rencontrent pour créer un environnement de jeu idéal pour les joueurs les plus exigeants.

L'innovation est le maître mot de Unique Casino. Ce casino se distingue par son approche révolutionnaire, offrant des fonctionnalités inédites comme le retrait express et un support client ultra-efficace. C'est la destination parfaite pour ceux qui cherchent une expérience qui sort de l'ordinaire.

Bienvenue dans l'univers de Bruno Casino. Ce casino se distingue par son ambiance conviviale et sa large sélection de jeux pour tous les goûts. Que vous soyez un passionné de machines à sous ou un adepte des jeux de table, vous trouverez votre bonheur ici, avec des bonus qui vous accompagneront à chaque étape.

AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

Sebutan Bunyi Qolqolah Kuat Atau Lemah?

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
Team AlMukhlisinbyTeam AlMukhlisin
Reading Time: 5 mins read
Sebutan Bunyi Qolqolah Kuat Atau Lemah?

Sebutan Bunyi Qolqolah Kuat Atau Lemah?

Sebutan Bunyi Qolqolah Kuat Atau Lemah?

SOALAN  :

Ustaz, minggu lepas kita belajar tentang Qolqolah. Boleh ustaz terangkan sekali lagi tentang bunyi sebutan Qolqolah ini. Sebutan Bunyi Qolqolah ini sebenarnya kena kuat atau lemah?

JAWAPAN :

Kebanyakan pembaca Quran mesti pernah dengar perkataan Qolqolah atau bahasa melayunya lantunan. Tetapi, mungkin ada yang belum memahami apakah perbezaan bunyi sebutannya.

Sebelum kita sebut mengenai perbezaan bunyi sebutan Qolqolah, apa yang perlu kita ketahui adalah huruf Hijaiyyah mempunyai 28+1.
28 Huruf Hijaiyyah ini pula terbahagi kepada 5 makhraj (tempat keluar huruf), 11 sifat berlawanan & 7 sifat tunggal.

Di antara 7 sifat tunggal inilah, terdapat 1 sifat dipanggil sifat Qolqolah (lantunan).

2 perkara yang perlu difahami mengenai Sifat Qolqolah :

  1. Huruf-huruf yang bersifat Qolqolah 

  2. Keadaan bunyi Qolqolah 

Sebutan Bunyi Qolqolah Kuat Atau Lemah?

Huruf Qolqolah

Huruf yang bersifat Qolqolah mempunyai 5 huruf.

  1. ق  (Qof)
  2. ط  (Tho)
  3. ب  (Ba)
  4. ج  (Jim)
  5. د  (Dal)

Ada dua cara mudah nak hafal huruf-huruf ini.

  1. ّقُطْبُ جَد
  2. Bahasa melayu lagi mudah  بَ جُ دَ قَ ط  . BA JU  DA QO THO (Baju Dah Kotor)

NOTA PENTING :

Sifat Qolqolah hanya akan wujud ketika huruf-huruf ini berada dalam keadaan sukun / mati, sama ada hurufnya memang mati asal, atau mati disebabkan berhenti. Sekiranya huruf tersebut berbaris, dan pada bacaan sambung, maka tiada sifat Qolqolah. Okay kan? 

Sebutan Bunyi Qolqolah Kuat Atau Lemah?

Keadaan Bunyi Huruf Qolqolah

Terdapat 3 martabat bunyi Qolqolah mengikut keadaan. Untuk lebih mudah memahaminya, saya datangkan contoh dalam surah Al Masad, 11105, m/s 603.

Sebutan Bunyi Qolqolah Kuat Atau Lemah?

1) QOLQOLAH AKBAR ; Hurufnya mati di akhir, dan bersabdu. 

Contoh :

Sebutan Bunyi Qolqolah Kuat Atau Lemah?

Pada perkataan “وَتَبَّ” (Watabba). Huruf “Ba” ini berada di akhir kalimah dan bersabdu. Jadi, ia memerlukan sebutan bunyi qolqolah (lantunan) yang kuat. Ia dipanggil Qolqolah Akbar, yang bermaksud sebutan lantunannya lebih besar dan lebih kuat.

Cara bacaannya ada sedikit tekanan suara pada huruf Ba tersebut, seolah-olah nak disebu “Watabbbe’ ”

2) QOLQOLAH KUBRO ; Hurufnya mati di akhir dan TIDAK BERSABDU. 

Sebutan Bunyi Qolqolah Kuat Atau Lemah?

Sebutan Bunyi Qolqolah Kuat Atau Lemah?

Pada ayat 2, 3 dan 4, perkataan Kasaba, Lahabin, Al Hathobi. Kesemua huruf Ba ini berada di akhir tetapi tidak mempunyai sabdu. Jadi, bunyi lantunannya kurang sedikit berbanding dengan lantunan pada Qolqolah Akbar. Ianya dipanggil Qolqolah Kubra.
Sebutannya adalah : Kasab, Lahab, Al Hathob. 

3) QOLQOLAH SUGHRO ; Hurufnya mati di tengah-tengah perkataan.

Sebutan Bunyi Qolqolah Kuat Atau Lemah?

Pada perkataan  “حَبْلٌ” (Hablun), huruf Ba mati berada di tengah perkataan. Sebutan bunyi lantunan lebih sedikit daripada sebutan bunyi Qolqolah Kubra. Ianya dipanggil Qolqolah Shughro.

Jadi kesimpulannya, bunyi sebutan lantunan bagi sifat Qolqolah itu kuat ataupun lemah adalah bergantung kepada keadaannya, sama ada huruf itu berada di tengah atau di akhir perkataan, dan sama ada huruf tersebut bersabdu ataupun tidak.

Jelas ke jelas? 😉

Nak lebih penerangan yang mudah dan santai, jom ikuti program #LIVE Tajweed Santai Ustaz Zul AlMukhlisin 7.30 pagi setiap hari di FB Page AlMukhlisin Home Quran dengan tema “Baca Quran Bertajweed Sampai Rasa Tenang”. PERCUMA je tau 😉

Oh ye, ustaz nak ajak sahabat-sahabat untuk mula tanamkan cita-cita nak hafal Quran 30 juzuk. Ustaz boleh bantu tunjukkan cara macam mana nak hafal Quran dengan mudah, melalui Panduan Mudah Hafal Quran. Nak tahu lebih lanjut? Klik di SINI ye, inshaaAllah ustaz akan bantu anda sampai dapat hafal Quran 😉

Ikuti juga perkongsian salah seorang pelajar bimbingan AlMukhlisin yang dah berjaya cinta Quran melalui bimbingan guru.

Baca lebih dekat perkongsian beliau di SINI 

Alhamdulillah, Allah pilih untuk duduk dalam majlis ilmu bersama AlMukhlisin. Syukur jadi yang terpilih, dapat ilmu yang melunakkan hati 🤲🏻

Video Tajweed Santai PERCUMA Dengan Minima Infaq RM 100

Dapatkan secara PERCUMA 173 Koleksi Video Tajwid Santai Ustaz Zul AlMukhlisin Musim Pertama yang bernilai RM 1,570 dengan minima infaq RM 100.

Klik SINI untuk info lanjut »»»
www.almukhlisin.com/tajweed-santai-uzam

AlMukhlisin Official (Untuk pertanyaan) »»»

#TajweedSantaiUstazZulAlMukhlisin
#BacaQuranBertajweedSampaiRasaTenang
#CintaIlmuQuranAllahNabi

(Visited 2,524 times, 1 visits today)
Tags: AlMukhlisinAlMukhlisin Home QuranQolqolahQolqolah AkbarQolqolah KubraQolqolah ShughroQolqolah WustoSifat Huruf

Discussion about this post

Previous Post

Berdosakah Jika Tidak Sujud Pada Ayat Sajadah?

Next Post

Apakah Hukum Wanita Uzur Baca Quran?

Related Posts

Dengung Tak Dengung

NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3

12 June 2022
Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?
Tajwid

Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

26 May 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post
Apakah Hukum Perempuan Uzur Baca Al Quran

Apakah Hukum Wanita Uzur Baca Quran?

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • Une odyssée futuriste dans le monde du jeu en ligne
  • Un voyage chanceux au cœur d’un univers de jeu éclatant
  • Une escapade luxueuse dans l’univers du jeu en ligne

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?