Berdosakah Jika Tidak Sujud Pada Ayat Sajadah?

 

Berdosakah Jika Tidak Sujud Pada Ayat Sajadah

 

Berdosakah Jika Tidak Sujud Pada Ayat Sajadah

SOALAN  : 

Ustaz, saya selalu berjumpa tanda kubah yang memberi maksud perlu untuk sujud sajadah. Masalahnya, adakah berdosa jika saya tidak sujud?

JAWAPAN: 

Terdapat 14 + 1 ayat sajadah dalam Al Quran. Kenapa saya tidak terus sebut ada 15 tempat ?

Ayat-ayat sajadah dalam Al Quran : 

  1. Al A’Raaf Ayat 206
  2. Ar Ra’d Ayat 15
  3. An Nahl Ayat 50
  4. Al Isra’ Ayat 109
  5. Maryam Ayat 58
  6. Al Hajj Ayat 18
  7. Al Hajj Ayat 77
  8. Al Furqaan Ayat 60
  9. An Naml Ayat 26
  10. As Sajdah Ayat 15
  11. Fussilat Ayat 38
  12. An Najm Ayat 62
  13. Al Insyiqaq Ayat 21
  14. Al ‘Alaq Ayat 19

 

NOTA PENTING :

Terdapat satu tempat iaitu di dalam surah Shod Ayat 24 mengikut mazhab Imam Syafie tidak dikira sebagai sujud sajadah tetapi dipanggil sebagai Sujud Syukur.

Berdosakah Jika Tidak Sujud Pada Ayat Sajadah

 

Untuk mereka yang menghafaz Al Quran, sangat mudah untuk mereka mengingati tempat-tempat ayat sajadah ini.

Oleh itu, bagi memudahkan pembaca Al Quran mengenali ayat-ayat sajadah ini, maka ulama’ Quran meletakkan tanda garis di atas kalimah Sin-Jim-Dal untuk memberi isyarat bahawa akan ada tempat sujud sajadah yang ditandai dengan simbol kubah.

Analogi mudah, tanda garisan itu diibaratkan seperti signboard yang bertulis “Lampu isyarat 200 meter di hadapan”. Dan tanda kubah itu ialah lampu isyarat.

 

Seperti contoh dalam surah Al A’raaf : 206.

Berdosakah Jika Tidak Sujud Pada Ayat Sajadah?

 

Garisan signboard “Sujud” di atas perkataan ‘Yasjuduun’ dan tanda kubah untuk tempat yang perlu sujud juga pada ayat tersebut.

 

Kesilapan Pembaca Al Quran

Berdosakah Jika Tidak Sujud Pada Ayat Sajadah?

 

Kesilapan segelintir pembaca Al Quran ialah mereka sujud pada garisan kalimah ‘sujjada’. Hujah mereka kerana terdapat garisan dan garisan ini digariskan pada perkataan sajada.

Sedangkan pada garisan ‘sujjada’ di ayat 107 ini ialah signboard yang menunjukkan akan terdapat sujud sajadah di hadapan.

Sepatutnya tempat yang perlu sujud ialah pada ayat 109 yang mana terdapat tanda kubah di hujung ayatnya.

 

Dalil Sujud Sajadah

Berdosakah Jika Tidak Sujud Pada Ayat Sajadah

 

Abu Hurairah RA menyampaikan Rasulullah SAW telah bersabda : Apabila anak Adam membaca Ayat Sajadah lalu dia sujud maka Syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, ‘Celaka Aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak, maka untukku neraka.’

(Riwayat Bukhari & Muslim)

 

Berdosakah Jika Tidak Sujud Pada Ayat Sajadah

 

Hadith Ibnu Umar, Nabi SAW pernah membaca Al Quran yang di dalamnya terdapat ayat sajadah. Kemudian ketika itu baginda bersujud, kami pun ikut bersujud bersamanya hingga ada di antara kami sukar mencari tempat untuk meletakkan dahi (untuk sujud).’

(Riwayat Bukhari & Muslim) 

Hukum Sujud Sajadah

Berdosakah Jika Tidak Sujud Pada Ayat Sajadah

 

Apabila seseorang itu membaca ayat sujud sajadah ini samada di dalam solat atau di luar solat, maka hukumnya adalah sunat muakkad.

Perbuatan sujud pada ayat sajadah ini dipanggil sebagai sujud tilawah iaitu kita sujud kerana membaca ayat sajadah.

 

Bacaan Sujud Sajadah

 

Bacaan sujud sajadah :

 

 َسَجَدَ وَجْهِىَ لِلَّذِى خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ بِحَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الخَالقِين

“Aku bersujud kepada Allah yang menjadikanku, memberikan pendengaranku dan penglihatanku dengan Kekuasaan-Nya dan Kudrat-Nya. Maka Maha Suci Allah, Dialah sebaik-baik pencipta kejadian.”

 

Berdosakah Jika Tidak Sujud Pada Ayat Sajadah?

 

Berdosakah jika tidak Sujud?

Kembali kepada persoalan asal, adakah berdosa jika kita meneruskan bacaan tanpa sujud?

Semestinya TIDAK BERDOSA kerana kita telah maklum bahawa hukum Sujud Sajadah / Sujud Tilawah adalah sunat muakkad. Tetapi janganlah kita mengambil mudah, kalau begitu tak payahlah sujud sebab sunat sahaja.

Kesilapan kebanyakan dari kita ialah apabila sebut sunat, ‘buat dapat pahala, tak buat tak mengapa’. Sepatutnya kita sebagai manusia yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah, hendaklah sentiasa tanamkan dalam diri, ‘Perkara sunat ni, kalau aku buat, dapat pahala, kalau aku tak buat, aku yang RUGI BESAR’.

 

Marilah sama-sama kita mewajibkan amalan sujud Sajadah ini ke atas diri kita, supaya kita dapat menyakiti ‘iblis’ sebagaimana dinyatakan di dalam hadis di atas. Secara tak langsung, amalan sunat muakkad ini dapat membezakan diri kita dengan ‘Iblis’ yang sombong tidak mahu sujud kepada Allah.

 

Kalau tak dapat sujud kerana terdesak, apakah tips yang diajarkan oleh ulama’?

 

Mengikut pendapat beberapa ulama Syafi’iyyah seperti Imam Nawawi dalam kitabnya Al Azkar & Ibnu Hajar Al Haitami, jika kita tidak dapat sujud maka boleh ditukarkan dengan membaca Tasbih, Tahmid, Tahlil dan Takbir.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلهِ وَلآ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ

“Maha suci Allah dan segala puji-pujian bagiNya, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar”.

 

Berdosakah Jika Tidak Sujud Pada Ayat Sajadah?

 

 

 

Adakah anda sedang mencari Formula Mudah & Santai belajar ilmu tajwid??

Saksikan FB Live Setiap Hari

Waqiah Magnet Rezeki pada jam 9.37 pagi

Hanya di Facebook AlMukhlisin Home Quran.

 

Ikuti langkah di dalam link video di bawah ini untuk sentiasa mendapat notifikasi daripada AlMukhlisin Home Quran.

 

Bagi yang baru nak MULA BELAJAR atau dah boleh baca, tapi BELUM MAHIR ilmu TAJWID,

Istimewa untuk anda, Ustaz / Ustazah akan datang mengajar di rumah anda mengikut masa yang anda mahukan. Khas buat orang Kelantan sahaja bagi platform offline.

Jangan risau, bagi anda di luar Kelantan, kami juga menyediakan Ustaz / Ustazah untuk mengajar anda melalui medium online.

Boleh hubungi kami untuk pertanyaan lanjut : http://www.wasap.my/60194809293/BimbinganKonsistenBerguru

 

 

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This