AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

4 Golongan Pembaca Al Quran

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
almukhlisinbyalmukhlisin
Reading Time: 5 mins read
4 Golongan Pembaca Al Quran

pic

Nak tahu tak, sebenarnya golongan pembaca Quran ni terbahagi kepada 4 golongan. Jom kita lihat apakah 4 golongan tersebut, dan rasa-rasanya anda berada dalam golongan yang mana satu? Kita semua mestilah nak berada golongan yang paling cemerlang kan. Mumtazzz gitu 😉

#1 – Golongan Pertama

1

Golongan pembaca Quran yang pertama adalah individu yang mahir dalam teori tajwid dan juga mahir dalam  bacaan Quran. Maksudnya, golongan yang pertama ini menguasai teknik-teknik ilmu Tajweed sama ada teknik Simbol atau Teknik Nama Hukum, dan dalam masa yang sama turut menguasai kemahiran dalam bacaan Quran. 

Contoh situasi :

Ali     : Abu, aku dengar engkau baca AR RAHIM dan AL ‘ALAMIN macam panjang, kenapa?

Abu  : Ohh, memang ketika berhenti kita boleh baca 2, 4, atau 6 harakat. Kalau kau belajar ilmu Tajweed, nama hukumnya adalah MAD ARIDH LISSUKUN.

Ali     : Oh, macam tu. Hebatnya kau. 

Mereka merupakan pembaca Quran yang paling cemerlang, dan setiap orang mestilah berlumba-lumba supaya termasuk dalam golongan yang pertama. Semoga kita tergolong dalam golongan ini. AAMIIN

 

#2 – Golongan Kedua

2

Golongan pembaca Quran yang kedua pula ialah individu yang tahu teori ilmu tajwid tetapi tidak dapat mempraktikkan ketika membaca Quran. Maksudnya, mereka power dari segi TEORI, tapi dari segi PRAKTIKAL masih kurang, atau bahkan masih kosong.

 

Antara yang ramai termasuk dalam golongan kedua ini adalah pelajar-pelajar yang hanya menghafal teori ilmu sekadar untuk menjawab peperiksaan sahaja.

Contoh situasi :

Shyafiq  : “Zul, kalau kau nak tahu, kalimah أُوْلَٰٓئِكَ (ULAAAA IKA) tu kena baca 4 atau 5 harakat. Ia dipanggil MAD WAJIB MUTTASIL.”

Zul        : “Oooh. Cuba kau baca, Shyafiq. (Shyafiq pun membaca ayat tadi dengan bacaan yang kurang tepat, dan tidak cukup kadar harakat sebanyak 4/5)

Zul          : “Macam sama je kau baca dengan aku baca. Kau ni teori ok tapi bila baca, lintang pukang juga.”

#3 – Golongan Ketiga

3

Golongan ketiga ialah individu yang tahu membaca Quran dengan baik, tetapi tidak tahu sebab (tiada ilmu) kenapa bacaan tersebut perlu dibaca begitu. Maksudnya, PRAKTIKAL bacaan sangat baik, tapi bila ditanya hukum-hukum tajweed, mereka tak tahu.

Boleh dikatakan ramai yang termasuk dalam golongan ketiga ini. Antara faktornya adalah kerana mereka dah terbiasa meniru dan mengikut lenggok bacaan guru, imam, qori atau sheikh yang mereka sukai.

Contoh situasi :

Mimi             : Sharmirra, sedap je aku dengar bacaan kau masa tadarus tadi. Sebijik macam qariah. Kau belajar dekat mana?

Sharmirra    : Aku tiru je. Kalau orang tanya aku nama-nama hukum, ‘confirm’ tak dapat jawab.

Jika anda tergolong di dalam golongan ini pun, sudah kira ok. Kerana MEMBACA Quran secara bertajwid itu wajib (FARDHU ‘AIN). Manakala mengetahui nama-nama hukum adalah FARDHU KIFAYAH.

 

#4 – Golongan Keempat

4

Bukan sahaja mereka tidak tahu membaca Quran, bahkan juga tidak tahu ilmu tajwid untuk membaca Quran dengan baik. Antara ramai yang termasuk dalam golongan 4 ini adalah orang remaja dan dewasa. Kerana tradisi wajib mengaji masyarakat Melayu adalah ketika anak-anak sekolah rendah. Bermula sekolah menengah, jadual sekolah pun padat dan menyebabkan kurang fokus untuk mengaji Quran.

Dewasa pula sibuk dengan dunia kerjaya masing-masing. Kalau ditunjukkan ayat Quran sahaja mereka tak pandai nak baca, apatah lagi mereka nak tahu ilmu-ilmu berkaitan tajweed untuk mencantikkan bacaan Quran.

 

Kesimpulannya, Quran dikira pada praktikal atau bacaannya, bukan pada teorinya semata-mata. Sama juga seperti ibadah-ibadah lain. Mohonlah perlindungan daripada Allah dengan kita usaha semampu yang boleh supaya tidak termasuk dalam golongan keempat ini, sebab kita nak jadi sebaik-sebaik manusia seperti yang disebut oleh Rasulullah SAW. 

Daripada Uthman bin Affan RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

Maksudnya: “Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”. 
[Riwayat al-Bukhari (5027)]

Sekiranya kita belum mampu membaca Quran dengan baik, jangan kecewa dan jangan berputus asa. Banyak lagi ruang dan peluang untuk kita terus belajar. Bukan itu sahaja, banyak kaedah dan formula untuk mempelajarinya dengan cepat dan mudah.

Antaranya, melalui program #LIVE Tajweed Santai Ustaz Zul AlMukhlisin 7.30 pagi setiap hari di FB Page AlMukhlisin Home Quran dengan tema “Baca Quran Bertajweed Sampai Rasa Tenang”. PERCUMA je tau 😉

 

Oh ye, ustaz nak ajak sahabat-sahabat untuk mula tanamkan cita-cita nak hafal Quran 30 juzuk. Ustaz boleh bantu tunjukkan cara macam mana nak hafal Quran dengan mudah, melalui Panduan Mudah Hafal Quran. Nak tahu lebih lanjut? Klik di SINI ye, inshaaAllah ustaz akan bantu anda sampai dapat hafal Quran 😉

 

Ikuti perkongsian salah seorang pelajar bimbingan AlMukhlisin yang dah berjaya cinta Quran melalui bimbingan guru. 

Baca lebih dekat perkongsian beliau di SINI.

Anda belajar sesuatu? Jangan lupa kongsikan ilmu yang bermanfaat ini kepada sahabat-sahabat yang lain. Nak dapat SAHAM AKHIRAT ni sangat mudah, kita ajak orang atau sebarkan kebaikan kepada orang lain. Bila orang yang kita ajak itu buat kebaikan tersebut, maka kita akan dapat pahala yang berterusan inshaaAllah. Itulah SAHAM AKHIRAT kita. 

Video Tajweed Santai PERCUMA Dengan Minima Infaq RM 100

Dapatkan secara PERCUMA 173 Koleksi Video Tajwid Santai Ustaz Zul AlMukhlisin Musim Pertama yang bernilai RM 1,570 dengan minima infaq RM 100.

Klik SINI untuk info lanjut »»»
www.almukhlisin.com/tajweed-santai-uzam

AlMukhlisin Official (Untuk pertanyaan) »»»
bit.ly/NakTanyaTentangAlMukhlisin

#TajweedSantaiUstazZulAlMukhlisin
#BacaQuranBertajweedSampaiRasaTenang
#CintaIlmuQuranAllahNabi

(Visited 568 times, 1 visits today)

Discussion about this post

Previous Post

Tips Mudah Dari Membaca Untuk Pahala Ke Membaca Untuk “TADABBUR”

Next Post

Warga Emas 96 Tahun Bongkar Rahsia Kesihatan, Amalkan Khatam Al Quran Seminggu Sekali

Related Posts

Dengung Tak Dengung

NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3

12 June 2022
Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?
Tajwid

Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

26 May 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post
Warga Emas 96 Tahun Bongkar Rahsia Kesihatan, Amalkan Khatam Al Quran Seminggu Sekali

Warga Emas 96 Tahun Bongkar Rahsia Kesihatan, Amalkan Khatam Al Quran Seminggu Sekali

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • 3 Tips Merawat Hati Ketika Sedih Atau Dilanda Ujian
  • NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3
  • Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?