AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

Saya Niat Kerja Tutor Ni Untuk Dakwah,Sayu Dengar Luahan Ustaz Wan

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
Team AlMukhlisinbyTeam AlMukhlisin
Reading Time: 3 mins read

saya niat jadi tutor ni untuk dakwah

Terngiang-ngiang pesanan keramat guru saya “bila kamu khidmat dengan al Quran, kamu akan dapat benefit satu hari nanti.”

Dah Bantu lebih 20 buah rumah

Tahun ni, masuk tahun keempat saya bergelar Tutor AlMukhlisin Home Quran. Sepanjang tempoh ini, saya dah bantu lebih 20 buah rumah, sekitar kawasan Pasir Mas, Kota Bharu, dan Bachok. Macam-macam situasi saya dah lalui semasa mengendalikan kelas. Ada yang seronok, ada yang menangis, ada yang syukur dan terharu.

Ada yang betul-betul kosong, huruf hijaiyyah pun tak kenal. Hari ini Alhamdulillah, berkat usaha pelajar itu sendiri dan dibimbing oleh saya sebagai guru, akhirnya dah boleh baca Quran. Bukan main gembira saya.

cerita pelajar saya yang tak dapat dilupakan

Ceritanya, seorang pelajar saya ni. Dia orang kaya, tapi sebelah matanya buta. Ketika itu dia memberontak tak nak mengaji. Seolah-olah menyalahkan takdir. Dia kaya raya, tetapi kenapa Allah bagi matanya buta. Dia cukup bengang sehingga tak mahu mengaji dengan saya hari itu.

Kata-katanya cukup mengejutkan. Hampir saja saya terasa hati dengan kata-katanya.

Nak jadikan cerita, dia diuji pula dengan kematian anak yang paling dia banggakan. Allah! Dia telefon saya, Ustaz, anak saya meninggal, eksiden.” Sambil menangis dan saya cuba tenangkan dia.

Selepas kejadian itu, tiba-tiba saya dapat satu mesej, “Ustaz, saya nak mengaji.” Allah, syukur Alhamdulillah.

Saya kata, “Abe, Allah bagi ujian dengan kematian anak yang paling Abe sayang, tapi hari ini Abe dapat hidayah dari Allah, Abe dah lembut hati untuk nak belajar mengaji sungguh-sungguh.”

Alhamdulillah, daripada mengenal alif ba ata, hari ini Abe dah boleh baca Quran besar.

Saya selalu pesan pada pelajar saya; “Jangan tinggal baca Quran, Quran ni kalau kita tinggal dia, dia tinggal kita.”

AlMukhlisin pintu rezeki buat saya

Setelah berkhidmat dan menabur bakti bersama AlMukhlisin, Alhamdulillah hasilnya hari ni AlMukhlisin wujudkan impian saya untuk memiliki sebuah kereta baru.  Siapa yang tak nak kan? Siapa yang tak gembira? Selepas susah payah kita berkerja, hasilnya Allah dah tunjuk, Alhamdulillah!

saya niat jadi tutor ni untuk dakwah

Ceritanya bermula ketika itu saya nak mohon slip gaji. Nak buat pinjaman peribadi untuk beli kereta second hand. Perancangan saya berubah sekelip mata apabila Ustaz Zul cadang kepada saya untuk beli kereta baru, iaitu Perodua Axia. Dan dia pun tolong saya uruskan semua hal pembelian kereta sehingga selesai.

“Hari ni saya dah ada kereta baru. Terima kasih Ustaz Zul. Terima kasih AlMukhlisin.”

Dapat Tahu Isteri Mengandung

Bermula daripada beli kereta baru, saya dapat satu lagi berita gembira dalam hidup saya. Tiba-tiba dapat tahu isteri saya mengandung! Allahu Akbar! Saya amat syukur dan terharu, selepas ujian dan cubaan, rupanya ada nikmat yang Allah nak beri.

saya niat jadi tutor ni untuk dakwah

Alhamdulillah, baby perempuan saya selamat dilahirkan 24 februari yang lalu. Saya gelarkan baby saya ini baby AlMukhlisin. Doakan baby saya menjadi anak yang solehah, berilmu dan satu hari nanti dapat menyebarkan kebaikan di atas muka bumi Allah ini. Kerana kita semua ialah pendakwah.

Kita hamba Allah, punya tanggungjawab untuk berdakwah

  • Bersyukur diri ini diletakkan oleh Allah dalam kerjaya yang perlu berhadapan dengan masyarakat.
  • Bersyukur dipilih oleh Allah untuk mendidik masyarakat mengenal al Quran.
  • Bersyukur apabila dapat meluangkan banyak masa untuk mengisi jiwa-jiwa manusia dengan isi al Quran.

Kesimpulannya, carilah syukur dalam setiap kerja yang kita lakukan. Barulah nikmat kebahagiaan itu akan dapat kita kecapi.

saya niat jadi tutor ni untuk dakwah

Inilah kisah saya bersama AlMukhlisin. Semoga bermanfaat! Anda berminat nak menjadi salah seorang tutor AlMukhlisin Home Quran? Klik untuk maklumat lanjut.

(Visited 109 times, 1 visits today)

Discussion about this post

Previous Post

Tak Tahu Nak Sumbang Apa? Ustazah Kongsi Pengalaman Manis Sebagai Tutor Home Quran

Next Post

Tips Mudah Didik Anak Cinta Quran, Anda Pun Boleh Buat!

Related Posts

Motivasi

Menyingkap Peristiwa NUZULUL QURAN

19 April 2022
Anda Serabut
Motivasi

Mengurus Emosi Dengan Quran

28 March 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post
Anak Soleh, Panggilan Yang Sering Disebut Ummi & Abati

Tips Mudah Didik Anak Cinta Quran, Anda Pun Boleh Buat!

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • Casino In Richmond United Kingdom
  • Online Casino Ireland Bonus
  • Spin Roulette

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?