Tips Mudah Didik Anak Cinta Quran, Anda Pun Boleh Buat!

Seronoknya kalau anak-anak kita semuanya soleh dan solehah, penyejuk mata dan penenang hati buat ibu bapa. Dan inilah harapan setiap ibu bapa. Semestinya ciri-ciri soleh dan solehah ini mesti disemai daripada awal supaya membuahkan hasil yang membanggakan.

Perkongsian yang dimuat naik oleh Siti Asmida Mokhtar tentang mudah ke nak didik anak kecil lahirkan rasa cinta pada Quran   menerusi laman Facebook nya bertarikh 31 Mac 2020.

 

Berikut ialah perkongsian beliau:

 

PERKONGSIAN MUDAH KE SENANG UMUR 12 BULAN NAK LAHIRKAN RASA CINTA PADA QURAN

TSAAA…. TSAAA….TSAAA (Sebutan huruf ث versi 12 bulan)

Anak Soleh, Doa Ringkas Ummi & Abati

Ummi mula menyedari perubahan dan pencapaian positif terhadap Sufyaan Assauri ini apabila.

  • Setiap kali setelah selesai solat fardhu atau solat-solat sunat, Sufyaan mula memberi respon positif dengan menunjukkan Al Quran seakan-akan ingin mengambilnya yang terletak rapi dirak sambil mulut berkata sesuatu. Kadangkala belum sempat selesai solat sudah ditolak rehal menghampiri sejadah ummi.
  • Setelah ummi menghabiskan bacaan dengan membaca

        “Sodaqol Allahu Azim” Sufyaan mengambil Al Quran erat kedadanya dan “kiss” kemudian menoleh ketempat yang biasa Al Quran ini diletakkan.”

  • Apabila ummi sebut “Sufyaan mana huruf ث ”
    terus mencari mini whiteboardnya yang tertulis huruf ث sedangkan dihadapannya bertimbun pelbagai mainan lain.
  • Setiap kali azan atau iqomat dilaungkan terus berkata “bea bea bea” (ikut loghat kelantan)

 

ANGGAP IANYA HADIAH ISTIMEWA DARI ANAK SOLEH

Tips Mudah Didik Anak Cinta Quran, Anda Pun Boleh Buat

Mungkin ada yang merasakan ini perkara biasa tetapi bagi ummi ini satu “hadiah istimewa” yang Sufyaan berikan kepada kami sebagai ibubapa.

Ada juga kenalan-kenalan rapat whatsapp bertanyakan :

” Macammana ajar Sufyaan dengan al Quran”

Pendekatan yang ummi bawakan bukanlah secara formal atau bersilibus bagai. Tetapi secara “beraktiviti” bersama dalam suasana yang santai.

Jiwa anak kecil yang inginkan bermain dan explore kami raikan dengan permainan yang lebih positif dan sejajar dengan matlamat yang ingin kami capai untuk Sufyaan Assauri iaitu Al-Hafiz.

Aamiinn..Doakan ye😊

AKTIVITI HARIAN BERSAMA ANAK SOLEH SUFYAAN

Sejujurnya hampir 90% aktiviti harian ummi melibatkan Sufyaan Assauri dari bangun tidur sehingga la tidur kembali.

Sekitar jam 5 pagi bangun dari tidur terus menyapa Sufyaan Assauri yang tengah mamai sambil kami MEMBACA DOA bangun tidur menggunakan alunan yang kami cipta sendiri untuk sufyaan.

Mandikan sufyaan dan bersiap untuk kami sama-sama SOLAT TAHAJJUD. 10 minit sebelum azan subuh terus bergerak ke masjid untuk tunaikan solat subuh berjemaah. (Fasa #PKP just solat di rumah)

Terus menyambung rutin harian kami, sambil abati live #WaqiahMagnetRezeki serta ummi dan Sufyaan turut serta membacanya.

Kebiasaanya ummi dan abati akan bagitahu

” Sufyaan, kita nak baca surah Al Waqiah ni”

“Sufyaan, Kita nak solat zuhur ini”

Just bagitahu apa yang kita nak lakukan walaupun kita rasa

“Ala dia kecil lagi, mana dia tahu nama-nama surah dan waktu-waktu solat semua ini”

No No No. Jangan fikir begitu ya.

Sebenarnya kita kena percaya dan yakin bahawa anak-anak kecil seperti “span” yang diletakkan didalam takungan air.

Cepat je span tu merasap dan terisi kan.

Tetiba ummi tergambar span cuci pinggan kat dapur pula.

Semestinya kita inginkan “air” atau bahan resapan yang positif didalam span tersebut.

Korang fahamkan apa maksud “span” disini..kalau tak faham mohon baca dari atas balik yea.hihi.

Okey tutup case bab span

 

tak ada televisyen dirumah, hanya pasang mp3 al quran

 

Hiburan telinga kami sekeluarga dari pagi hingga ke maghrib ialah alunan al Quran yang dipasang melalui Mp3.

Alunan inilah yang meriuhkan kami apabila sama-sama menyambung atau mengikuti alunan suara yang imam bawakan kerana rumah kami tiada televisyen.

Bukan tidak mampu untuk membeli tapi kami yang memilih untuk tiada televisyen. Nanti ummi kongsikan cerita disebalik Mp3 ini. Itupun kalau ada yang sudi membacanya.

aktiviti PALING BERKESAN UNTUK SUFYAAN

Ummi menggunakan flash card “handmade” dan mini whiteboard sebagai inisiatif untuk kenalkan Sufyaan kepada huruf hijaiyah. Disamping bagi dia marker, crayon atau pensil dan kertas untuk dia belajar memegang dan menulis diatas kertas.

Diingatkan jangan biarkan anak-anak sendirian menggunakan peralatan ini, perlunya ibubapa untuk memerhati dan tunjuk ajar cara memegang pensil dan menulis.

Ummi suka simpan “hasil karya” sufyaan yang ditulis walaupun dimata kasar nampak comot tetapi pada sudut mata hati ummi inilah hasil pertama dan terindah untuk ummi.

 SARANAN RINGKAS DARI PUAN ASMIDA

Tips Mudah Didik Anak Cinta Quran, Anda Pun Boleh Buat

  1. Ummi suka melibatkan anak dalam setiap aktiviti harian seperti beribadat dan membaca Al Quran.
  2. Tips paling berkesan untuk anak cepat hafal al Quran ialah banyakkan mendengar.
  3. Ummi seyakinnya berpegang kepada prinsip jika anak menguasai ilmu al Quran Inn Sha Allah ilmu-ilmu lain lebih mudah untuk dipelajari.
  4. Ummi bukan memfokuskan untuk anak cepat pandai atau cepat nampak hasil tetapi percaya kepada kata – kata “trust in process” serta ” mendidik anak seperti mengukir diatas batu”
  5. Jangan tunggu kita jadi Hebat baru mendidik. Tetapi cari dan kaut ilmu untuk jadi hebat demi melahirkan anak – anak yang hebat dunia dan akhirat. Start now with parenting knowledge.
  6. Musim #PKP ini adalah masa terbaik untuk kita “create moments” indah bersama anak-anak dengan aktiviti pengisian rohani agar ianya menjadi satu habit yang sentiasa konsisten.

 

Semoga perkongsian cerita Sufyaan Assauri ini memberi inspirasi kepada kita bagaimana untuk memupuk minat anak-anak cinta kepada al Quran melalui aktiviti di rumah.

Sumber: Siti Asmida Mokhtar

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This