Kadang-kadang bila baca kisah inspirasi, ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Langsung tak beri apa-apa kesan. Tetapi kisah kali ini mungkin buatkan anda fikir panjang tentang apa yang anda sanggup buat untuk beri manfaat pada orang lain.
“Saya nak upgrade diri, nak bantu orang kenal al Quran, nak sebarkan manfaat lebih meluas lagi.”
Begitulah lontaran Nor Fadila Fauzee atau lebih mesra dipanggil Ustazah Fadila, merupakan salah seorang tutor AlMukhlisin yang sudah 2 tahun 3 bulan berkhidmat.
Asalnya, matlamatnya menyertai tutor AlMukhlisin Home Quran ialah sekadar mengisi masa lapang. Tetapi setelah berkhidmat dan mula mengajar al Quran, dia begitu seronok dan gembira dapat membantu masyarakat sekitar yang dahagakan ilmu al Quran.
Tutor AlMukhlisin Yang Pelbagai Latar belakang
Antara pengalaman manis yang dikongsikan sepanjang menjadi tutor AlMukhlisin, dia dapat berkenalan dengan rakan-rakan tutor yang datang dari latar belakang pendidikan yang berbeza, termasuk Mesir, Madinah, Yaman, Morocco, dan tak kurang hebatnya rakan-rakan tutor lain yang menyambung pengajian di tanah air sendiri.
Mereka ini walaupun berbeza latar belakang pendidikan, tetapi semuanya mendukung matlamat yang sama iaitu mahu membantu masyarakat celik al Quran.
Ukhuwah yang dibentuk di kalangan tutor AlMukhlisin sangat terbaik. Masing-masing mempunyai sikap saling bantu membantu, terutama dari segi perkongsian ilmu dan pengalaman mengajar.
Dia percaya, ukhuwwah yang dibina sesama rakan tutor sangat penting dalam mengekalkan momentum yang positif untuk terus bersemangat memberi manfaat kepada masyarakat.
29 februari lalu, Ustazah Fadila menyambut hari kelahirannya yang julung-julung kali disambut, kerana tarikhnya yang unik. Barisan tutor AlMukhlisin meraikannya dengan sambutan yang sederhana, tetapi cukup bermakna buat dirinya.
“Terima kasih team AlMukhlisin atas kejutan ni, tak sangka dapat kek!”
Dah Bantu 10 Buah Rumah
Alhamdulillah, dengan khidmatnya setakat ini dia dah berjaya bantu 10 buah rumah, dan akan terus bertambah. Banyak pengalaman yang dilalui sepanjang mengendalikan kelas home Quran, dengan lapisan pelajar yang pelbagai, termasuk kanak-kanak, remaja, dan juga orang dewasa.
Antara yang menarik;
“Saya melihat pelajar saya cukup gembira dapat belajar al Quran. Mereka sangat menghormati saya, walaupun usia saya jauh lebih muda, sehinggakan setiap kali kelas mengaji, ada saja makanan yang dijamu. Kadang-kadang saya tak sempat makan, mereka bungkus dan bagi saya bawa balik.”
Inilah yang dikatakan adab dengan guru.
“Jangan melihat umur seseorang, tapi lihatlah keilmuan yang ada pada dirinya, biar umur muda, tapi ilmunya tua. ”
Saranan Buat Mereka Yang mahir Membaca Al Quran
- Bukan semua orang mempunyai kemahiran membaca dan menguasai ilmu dan bacaan al Quran dengan baik. Justeru, buat mereka di luar sana yang dikurniakan Allah swt kelebihan tersebut, sebarkanlah kelebihan yang kita ada untuk memberi manfaat kepada masyarakat.
- Nabi saw bersabda:
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
Maksudnya, ” Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang belajar al Quran dan mengajarkannya.“
Berapa ramai daripada anda yang berminat nak join tutor AlMukhlisin Home Quran? Tekan link ini untuk dapatkan info lanjut.
Discussion about this post