AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

Qari Kelantan & Qariah Melaka Muncul Juara (MTHQK) 1439H/2018M

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
Team AlMukhlisinbyTeam AlMukhlisin
Reading Time: 2 mins read

 

 

Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) 2018

 

Tahniah dari kami AlMukhlisin kepada,

QARI Kelantan Abdullah Fahmi Che Nor dan qariah Melaka Suhailah Zulkifly muncul johan pada majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1439H/2018M yang berlangsung di Kompleks Islam Putrajaya (KIP), Putrajaya, malam ini.

Abdullah Fahmi yang mengumpul 87.50 peratus markah dan Suhailah (84.34 peratus) masing-masing membawa pulang wang tunai RM15,000, sebuah kereta PROTON Ertiga, piala iringan serta tambahan wang tunai RM10,000 bagi menunaikan haji.

Kejayaan itu sekali gus melayakkan mereka mewakili Malaysia pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 7 hingga 12 Mei depan.

Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Dalam pada itu, tempat kedua dimenangi qari Melaka Azraie Abd Hak (86.67 peratus) dan qariah Selangor Nor Ruzana Natiah Jaafar (84 peratus).

Mereka membawa pulang wang tunai RM10,000 dan tambahan wang tunai RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderamata dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga pula dimenangi qari dari Perak Dr Anuar Hasin (86.66 peratus) dan qariah Terengganu Norhidayah Abd Rahman (83.66 peratus).

Mereka membawa pulang wang tunai RM7,500, tambahan wang tunai RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderamata dan sijil penyertaan.

Sementara itu, bagi kategori hafazan menyaksikan wakil Selangor, Muhammad Amir Ikmal Khairul Anuar diumumkan johan kategori 1-30 juzuk berserta tafsir lelaki apabila memperoleh 96.36 peratus markah, manakala kategori wanita pula dimenangi Siti Nadhira Mohd Shafie dari Wilayah Persekutuan (96.46 peratus).

Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai RM15,000, sebuah kereta PERODUA Axia, tambahan wang tunai RM10,000 untuk menunaikan haji dan piala iringan.

Bagi kategori 1-20 juzuk lelaki dimenangi Muhammad Dzulfaqor Mohd Zaine dari Perak (98.19 peratus), manakala peserta wanita dimenangi Siti Najihah Zamri dari Negeri Sembilan dengan markah 96.51 peratus.

Bagi kategori 1-10 juzuk berserta taranum lelaki dimenangi Sheikh Muhammad Aiman Hafiy Hishamuddin dari Wilayah Persekutuan (98.74 peratus), manakala wanita dimenangi Siti Nurhidani Mohamad Dun dari Johor dengan markah keseluruhan 98.29 peratus.

Johan keseluruhan Tilawah al-Quran dimenangi Kelantan, manakala Johan keseluruhan menghafaz al-Quran dimenangi wakil Johor.

Kredit to Harian Metro.

#QariQariah
#MajlisTilawahAlQuranPeringkatKebangsaan
#MTHQK
#AlMukhlisin

(Visited 47 times, 1 visits today)
Tags: 1439H/2018MAlMukhlisinAlMukhlisin Home Quranmajlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat KebangsaanMTHQKqariqariah

Discussion about this post

Previous Post

Vokal Huruf Hijaiyyah

Next Post

8 Huruf Hijaiyyah Yang Selalu Orang Baca Salah Bunyi Vokalnya

Related Posts

Motivasi

Menyingkap Peristiwa NUZULUL QURAN

19 April 2022
Anda Serabut
Motivasi

Mengurus Emosi Dengan Quran

28 March 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post
8 HURUF HIJAIYYAH YANG SELALU ORANG BACA SALAH BUNYI VOKALNYA

8 Huruf Hijaiyyah Yang Selalu Orang Baca Salah Bunyi Vokalnya

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • 3 Tips Merawat Hati Ketika Sedih Atau Dilanda Ujian
  • NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3
  • Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?