Sambungan dariĀ #TajwidSantaiEpisodKetiga.
8 Huruf Hijaiyyah ini ketika berbaris atas dibaca dengan vokal “O” bukan “A”.
Tetapi kebanyakan daripada kita membaca dengan vokal “A” ataupun nak cakap vokal “A” pun tidak, vokal “O” pun tidak.
Huruf-hurufnya ialah KHO. RO, SHO, DHO, THO, ZHO, GHO, QO.
KHO ( Surah Al Bayyinah : 8)
Contohnya : KHOLIDIN
Kebanyakkan huruf ini tersalah kerana ejaan huruf melayu KHA. Contohnya nama KHOLID. Sepatutnya dieja dengan ejaan KHO, barulah betul sebutan huruf KHO.
RO
Contohnya : AR ROHMAAN ( Surah Al Fatihah : 1)
Ejaan pada perkataan Bismillahirrohmaanirrohiim, dieja dengan RA bukannya RO. Ini akan mengelirukan kepada pembaca Al Quran yang baru nak belajar.
SHO
Contohnya : AS SHOOLIHAT ( Surah Al Bayyinah : 7)
Untuk menyebut dengan sempurna huruf ini. Cuba berlatih sebut perkataan SOS. Walaupun dieja dengan SOS, tetapi orang melayu sebut dengan vokal huruf SHOD. Iaitu SHOOS
DHO
Contohnya : WALA DHOOOOOOLLIIN ( Surah Al Fatihah : 1)
Huruf Dhod perlu berlatih dihadapan guru untuk mengesahkan sebutan yang kita sebut betul atau salah.
THO
Contohnya : THOIIROON ( Surah Al Fil : 3)
Ejaan Abu Tholib bukannya Abu Thalib.
ZHO
Contohnya : ZHOOLIIMIIN ( Surah Al Baqorah : 35)
Contoh perkataan zalim. Dalam sebutan bahawa arab perlu disebut dengan ZHOLIM.
GHO
Contohnya : GHOIRIL MAGHDHUUBI ( Surah Al Fatihah : 7)
Ghairil. Salah. Yang betulnya GHOIRIL.
QO
Contohnya : AL QOORI’AH ( Surah Al Qoori’ah : 1)
Contoh surah Al Qolam. Kebanyakan daripada kita membaca dengan Qalam.
Diantara 8 huruf-huruf ini. Huruf mana yang anda kurang tepat sebutannya?
#AlMukhlisin
#AlMukhlisinHomeQuran
#DVDFormulaMudahBelajarTajwid
#DVDFMBT
#TajwidSantai