AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

Vokal Huruf Hijaiyyah

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
Team AlMukhlisinbyTeam AlMukhlisin
Reading Time: 4 mins read
Vokal Huruf Hijaiyyah

#TajwidSantaiEpisodKetiga

“Ustaz.. Minggu ni, kita nak sambung bab apa?”

Minggu ni, kita masih lagi berada pada bab huruf Hijaiyyah. Huruf Hijaiyyah ada 26 ke 27??

Salah ustaz.. 28 lah..

Hehehe.. Bagus2. Ok, bagi setiap huruf hijaiyyah ini, kita tak akan dapat baca kecuali apabila huruf tersebut berbaris.

Baris utama ialah baris atas, baris bawah dan baris depan, atau dalam Arab kita panggil baris Fathah, baris Kasrah, dan baris Dhommah.

3 Baris Utama Huruf Hijaiyyah

Baris apa pakcik2 mak cik2?

Baris atas, baris bawah dan baris depan.

Setiap baris ini ada bunyi vokalnya.

“Macam nak menyanyi la pulak, ustaz…😁”

Sampuk Pak Cik Ali yang sangat periang orangnya.

Satu kelas ketawa dengan lawak pak cik Ali tadi.

Mengaji tajwid ni perlu mudah dan santai je, barulah seronok, kan.

Terima kasih ustaz, sebab buat kitaorang pak cik mak cik ni bertambah seronok nak mengaji Quran walaupun kami baru nak mula.

Alhamdulillah. Ok. Jom ustaz terangkan secara ringkas sebutan huruf mengikut baris dan apakah vokal yang sesuai.

1. BARIS ATAS (FATHAH)

Huruf Hijaiyyah - Baris Atas

Bagi Huruf Hijaiyyah yang berbaris atas, ia terbahagi kepada 2 bunyi vokal, iaitu vokal A dan vokal O.

Huruf-huruf yang dibaca dengan bunyi vokal A ialah : 

Alif = A
Ba = BA’
Ta = TA’
Tsa = TSA
Jim = JA
Ha = HA
Dal = DA
Zal = DZA
Zai = ZZA
Sin = SA
Syin = SYA
Ain = ‘A
Fa = FA
Kaf = KA
Lam = LA
Mim = MA
Nun = NA
Wau = WA
Haa = HA
Ya = YAA

“Ustaz2.. Ustaz macam ada tertinggal huruf je??”

“Alhamdulillah.. Mumtaz. Huruf apa Pak Abu?”

Kha, Ra, Shad, Dhad, Tha, Zha, Gha, Qa.

Betul tu.. Tapi, 8 huruf ini dibaca dengan vokal “O”.

KHO. RO, SHO, DHO, THO, ZHO, GHO, QO.

Betul Pak Abu.. Mumtaz.

Jelas kan bagi huruf berbaris atas ni? Jadi, formula bagi huruf yang berbaris atas ni ialah 20 + 8, iaitu 20 huruf yang dibaca dengan bunyi vokal A, dan 8 huruf yang dibaca dengan bunyi vokal O.

Mari kita lihat untuk huruf yang berbaris bawah pula. 

2. BARIS BAWAH (KASROH)

Huruf Hijaiyyah - Baris Bawah

Untuk baris bawah pula, kesemua 28 huruf Hijaiyyah akan dibaca dengan bunyi vokal I. Semua tau, tiada yang terkecuali 😉

28 huruf hijaiyyah dibaca dengan vokal “I” : 

Alif = I
Ba = BI
Ta = TI
Tsa = TSI
Jim = JI
Ha = HI
Kho = KHI
Dal = DI
Zal = DZI
Ro = RI
Zai = ZZI
Sin = SI
Syin = SYI
Shod = SHi
Dhod = DHi
Tho = THi
Zho = ZHi
Ain = ‘I
Ghain = GHI
Fa = FI
Qof = QI
Kaf = KI
Lam = LI
Mim = MI
Nun = NI
Wau = WI
Haa = HI
Ya = YI

“Maksudnya tak ada yang pelik dekat sini ustaz ye?”

“Ya, betul tu..”

Untuk baris depan pula, keadaannya sama dengan baris bawah, iaitu kesemua 28 huruf hijaiyyah dibaca dengan vokal U dan tiada yang terkecuali. 

 

3. BARIS DEPAN (DHOMMAH)

Huruf Hijaiyyah - Baris Depan

Baris depan. Sama seperti baris bawah juga, ke ustaz?

Betul tu.. Vokalnya “U” pada semua 28 huruf hijaiyyah yang berbaris depan.

Alif = U
Ba = BU
Ta = TU
Tsa = TSU
Jim = JU
Ha = HU
Kho = KHU
Dal = DU
Zal = ZU
Ro = RU
Zai = ZZU
Sin = SU
Syin = SYU
Shod = SHU
Dhod = DHU
Tho = THU
Zho = ZHU
Ain = ‘U
Ghain = GHU
Fa = FU
Qof = QU
Kaf = KU
Lam = LU
Mim = MU
Nun = NU
Wau = WU
Haa = HU
Ya = YU

ALHAMDULILLAH. Jelas ke jelas? Nak kuasai ilmu tajweed ini sangat mudah kalau kita tahu step-stepnya. Mula dengan yang asa, kemudian baru naik level sedikit demi sedikit, inshaaAllah lama-lama mantap. Baca Quran pun makin lancar.

Oh ye. Ada yang nak ustaz bantu macam mana nak hafal Quran cara mudah? InshaaAllah ada beberapa panduan mudah yang ustaz dah susun untuk anda. Klik di SINI untuk info lanjut tentang Panduan Mudah Hafal Quran. 

Jom ikuti perkongsian salah seorang pelajar bimbingan AlMukhlisin yang dah berjaya hafal Quran walaupun dah berusia. Ingat, hafal Quran sangat mudah kalau kena dengan caranya 😉

 

 

Video Tajweed Santai PERCUMA Dengan Minima Infaq RM 100

Dapatkan secara PERCUMA 173 Koleksi Video Tajwid Santai Ustaz Zul AlMukhlisin Musim Pertama yang bernilai RM 1,570 dengan minima infaq RM 100.

Klik SINI untuk info lanjut »»»
www.almukhlisin.com/tajweed-santai-uzam

AlMukhlisin Official (Untuk pertanyaan) »»»
bit.ly/NakTanyaTentangAlMukhlisin

#TajweedSantaiUstazZulAlMukhlisin
#BacaQuranBertajweedSampaiRasaTenang
#CintaIlmuQuranAllahNabi

(Visited 5,064 times, 1 visits today)
Tags: AlMukhlisinAlMukhlisin Home QuranHuruf HijaiyyahVokalVokal Huruf Hijaiyyah

Discussion about this post

Previous Post

Step Pertama Belajar Al Quran

Next Post

Qari Kelantan & Qariah Melaka Muncul Juara (MTHQK) 1439H/2018M

Related Posts

Dengung Tak Dengung

NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3

12 June 2022
Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?
Tajwid

Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

26 May 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post

Qari Kelantan & Qariah Melaka Muncul Juara (MTHQK) 1439H/2018M

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • 3 Tips Merawat Hati Ketika Sedih Atau Dilanda Ujian
  • NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3
  • Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?