AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

Peristiwa Di Bulan Zulkaedah

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
almukhlisinbyalmukhlisin
Reading Time: 2 mins read
Peristiwa Di Bulan Zulkaedah

hudaibiyah

Setelah bulan syawal berlalu, tibanya bulan Zulkaedah. Zulkaedah ialah bulan ke 11 didalam Islam. Setiap bulan Islam akan ada kelebihannya. Zulkaedah berasal dari perkataan “Zu Qa’adah”. Zu bermaksud “yang empunya” dan Qa’adah bermaksud “duduk”. Manakala Zulkaedah ialah bulan untuk berehat dan ia juga dipanggil bulan haram. Ia dipanggil bulan haram kerana diharamkan untuk berperang dan satu dari empat bulan yang mulia. Selain bulan Zulkaedah terdapat tiga lagi bulan haram iaitu bulan Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Dengan itu, masyarakat Arab Jahiliah tidak keluar untuk berperang pada bulan ini.

Di dalam bulan Zulkaedah juga terjadinya Perjanjian Hudaibiyah. Peristiwa ini terjadi penghujung tahun ke enam Hijrah. Perjanjian Hudaibiyah adalah satu perjanjian diantara kaum Muslimin Madinah dengan kaum musyrikin Mekah. Sebab-sebab berlakunya Perjanjian Hudaibiyah ialah, Nabi Muhammad SAW mengumumkan kepada kaum muslimin keinginanNya Rasulullah SAW untuk berangkat pergi ke Mekkah bagi melaksanakan satu lagi ibadah iaitu menunaikan ibadah umrah.  Hasil pengumuman itu telah mendapat sambutan yang sangat baik sekitar 1400 orang sahabat baginda dari kaum muhajirin dan ansar.

mekah

Nabi Muhammad SAW berihram untuk ibadah umrah dan membawa bersama baginda binatang yang boleh disembelih atau dikorbankan dan ia menjadi petunjuk untuk memberitahu kepada orang lain bahawa Nabi Muhammad SAW keluar ke Mekkah bukan untuk berperang tetapi semata-mata untuk menziarahi Ka’abah dan menunaikan umrah. Dalam perjalanan ke Makkah, Rasulullah disekat oleh orang kafir Quraisy serta dihalang memasuki Makkah. Setelah berlakunya perundingan dan membawa kepada perjanjian damai yang dinamakan “Perjanjian Hudaibiyah”. Di dalam Perjanjian Hudaibiyah itu, Rasulullah SAW dibenarkan memasuki Makkah dan mengerjakan umrah.

Oleh itu, bulan Zulkaedah adalah satu dari empat bulan haram dan ianya sangat mulia. Masyarakat kafir Quraisy menagguhkan peperangan dan permusuhan di bulan haram. Sebagai umat Islam hendaklah meghormati bulan ini seperti mengeratkan silaturrahim bagi yang bermusuh, damaikan yang berdendam, berlapang dengan yang renggang . Bulan Zulkaedah juga bulan permulaan ibadah haji. Sebahagian manusia mengatakan umrah lebih afdhal dikerjakan pada bulan Zulkaedah.

Daripada Abu Bakrah, Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya zaman itu berputar sejak awal waktu Allah menjadikan langit dan bumi. Satu tahun mengandungi dua belas bulan ini, darinya empat bulan haram, tiga dari empat bulan ini berturut-turutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram dan satu bulan berasingan ialah Rejab di antara Jamadil Akhir dan Sya’aban.”

(Visited 8,357 times, 1 visits today)

Discussion about this post

Previous Post

11 Cara Kreatif Sedekah

Next Post

10 Keutamaan Di 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

Related Posts

Lain-lain

Kenali Sirah Peribadi Nabi Muhammad SAW

22 November 2020
Lain-lain

Nama – nama Nabi Muhammad SAW di dalam Quran dan Hadis

22 November 2020
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post
10 Keutamaan Di 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

10 Keutamaan Di 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • Casino In Richmond United Kingdom
  • Online Casino Ireland Bonus
  • Spin Roulette

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?