11 Cara Kreatif Sedekah

 

11 Cara Kreatif Sedekah -AlMukhlisin

 

Kita sering berdepan dengan pelbagai ujian hidup. Dan hidup kita semakin hari semakin “Stress”. Pelbagai cara telah kita lakukan, namun masih lagi tetap sama.

Diantara cara untuk melepasi ujian ini adalah dengan bersedekah.

 

Mafhum hadis Rasulullah SAW :

“Sedekah itu menghapuskan DOSA sepertimana air memadamkan api”

Hadis Riwayat Tirmizi

 

Apabila DOSA seseorang itu telah dihapuskan, maka mudahlah untuk Allah mengangkat ujian seseorang itu.  Tetapi bagaimana seseorang itu hendak bersedekah kerana kebanyakan ujian yang selalu dihadapinya ialah masalah kewangan.

 

11 Cara Kreatif Sedekah -AlMukhlisin

Sedekah wang adalah salah satu cabang sedekah. Sebenarnya banyak lagi cara untuk bersedekah kerana maksud sedekah itu sendiri ialah memberi manfaat.

11 cara  kreatif  sedekah iaitu :

  1. Letakkan di tingkap rumah segelas air atau makanan untuk burung-burung yang datang hinggap dan letakkan nasi bersama ikan serta air untuk kucing-kucing yang datang untuk makan.
  2. Apabila dapat gaji pada awal bulan, asingkan duit dari gaji  untuk disumbangkan kepada anak-anak yatim.
  3. Sebagai majikan, apa salahnya belikan makanan atau minuman kepada pekerja untuk sarapan atau sebagainya.
  4. Sediakan satu kotak di dalam bilik tidur atau di pejabat, setiap hari masukkan sekurang-kurangnya Rm1. Cukup sebulan, anda telah mempunyai Rm30. Ambil duit tersebut dan bersedekahlah. Amalkan sikap ini setiap bulan.
  5. Belilah beberapa buah kerusi dan letakkan di dalam masjid supaya dapat digunakan oleh orang lain yang memerlukannya untuk solat.
  6. Belilah juga Al Quran dan letakkan di dalam masjid untuk dibaca oleh orang ramai. Bayangkan banyaknya pahala yang akan dapat apabila orang menggunakan Al Quran tersebut.
  7. Jika hadir ke majlis apa-apa pun, belilah air mineral dengan niat untuk bersedekah kepada orang yang memerlukan.
  8. Jika mengisi minyak kenderaan, bersedekahlah sedikit baki daripada bayaran kepada petugas di stesen minyak itu.
  9. Hadiahkan senyuman pada setiap hari untuk setiap orang yang kita jumpa. Jangan kedekutkan senyuman kerana senyuman itu adalah sedekah.
  10. Tunjukkan perasaan gembira dan  berilah senyuman kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang ditimpa kesedihan. Serta berdoa untuk mereka.
  11. Berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja. Berkongsi ilmu juga dipanggil sebagai sedekah. Sedekah ilmu.

 

Saya nak kongsikan cara mudah nak praktikan terus ilmu ini. Anda kongsikan dengan sedara mara, sahabat dan keluarga berkenaan dengan perkongsian ilmu #TajwidSantai.

 

Setiap hari Isnin & Rabu

Pukul 10:00 malam

Hanya di Facebook AlMukhlisin Home Quran.

 

 

 

 

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This