Kenali Sirah Peribadi Nabi Muhammad SAW

Bulan Rabi’ul Awwal sudah kita sedia maklum sebagai bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sambutan sentiasa diraikan saban tahun, namun adakah kita sudah mengenali sejarah kelahiran dan latar belakang peribadi Baginda SAW?

Kalau benar kita cintakan seseorang, sudah tentu kita sangat bersungguh-sungguh mengambil tahu segalanya tentang dia. Begitu jugalah kalau benar kita mencintai Nabi Muhammad SAW.

Jom kita telusuri selok belok latar belakang Baginda Nabi SAW sebagai tanda kecintaan kita kepada Baginda SAW.

Allahumma Solli Wasallim ‘Ala Nabiyyina Muhammad

NABI MUHAMMAD SAW DAN KELUARGA

Nama: Muhamad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab.

Nama-nama lain :
Ahmad, Al Mahi, Al Hasyir, Al ‘Aqib, Al Muqoffi, Nabiyyut Taubah, Nabiyyur Rohmah, Al Mutawakkil.

Nama-nama Gelaran :
• Abul Qasim, Al Amin.

Bangsa :
• Arab Quraisy

Agama :
• Islam

Tarikh Lahir :
• Hari Isnin
• 9 Rabi’ul Awwal Tahun Gajah ( Riwayat lain 12 Rabi’ul Awwal )
• Bersamaan 20 April 571 Masihi.

Tarikh Wafat :
• Waktu pagi hari Isnin.
• 12 Rabi’ul Awwal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
• Umur 63 tahun , 4 hari.

Bidan Nabi :
• Ummu Mas’ud.

Tempat Lahir :
• Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah.

Bilangan Adik-beradik :
• Anak tunggal [ anak yatim ].

Nama Ibu :
• Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.

Nama Ibu Susuan :
• Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah.
Nama-nama Pengasuh :
• Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sa’diyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.

Nama-nama Isteri :
• Khadijah binti Khuwailid r.anha
• Saudah binti Zam’ah r.anha
• ‘Aisyah binti Abu Bakar r.anha
• Hafsah binti Umar r.anha
• Zainab binti Khuzaimah r.anha
• Hind binti Abu Umayyah Al Makhzumiah r.anha (Ummu Salamah)
• Ramlah binti Abi Sufyan r.anha (Ummu Habibah)
• Juwairiyah binti Al Harith r.anha
• Maimunah binti Al Harith Al Hilaliyah r.anha
• Sofiyyah binti Hayyi bin Akhtab r.anha
• Zainab binti Jahsy r.anha

Isteri Yang Paling Disayangi :
• ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ]

Nama-nama Anak :
• Qashim, Abdullah, Zaenab, Ruqayyah, Ummu Kultsum, Fatimah, Ibrahim

Anak Yang Paling Disayangi :
• Fatimah.

Cucu Yang Paling Disayangi :
• Hassan bin Ali.
• Hussin bin Ali.

Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :
• Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
• Uthman dan Ali [ menantu ].

Nama-nama Bapa Saudara :
• Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Ka’bah, Al-Muqawim, Dhirar, Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.

Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :
• Sufiah, A’tikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha’.

Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :
• Hamzah, Al-‘Abbas.
• Sufiah, Urwa.

Nama Anak Angkat :
• Zaid bin Harithah bin Syarahil.

Sahabat-sahabat Kanan :
• Abu Bakar as-Siddiq.
• Umar al-Khattab.
• Uthman bin Affan.
• Ali bin Abu Talib.

Sahabat Yang Paling Disayangi :
• Abu Bakar as-Siddiq.

NABI MUHAMMAD SAW DAN PEKERJA

Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :
• Raihanah.

Nama-nama Hamba Sahaya Lelaki :
• Aslam, Abu Rafi’, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.

Nama-nama Khadam :
• Anas bin Malik, Abdullah bin Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Asla’ bin Syarik, Bilal bin Rabah, Abu Zar al-Ghiffari.

Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :
• Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-‘As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaa’b, Abdullah bin Rawa.

Setiausaha Sulit :
• Huzaifah b. Yaman.

Allahumma Solli Wasallim ‘Ala Nabiyyina Muhammad

AKHLAQ NABI MUHAMMAD SAW

Sifat-sifat Wajib Bagi Nabi :
• Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fathonah [ bijaksana ].

Sifat-sifat Mustahil Bagi Nabi :
• Kazib [ dusta ], Khianat [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].

Sifat-sifat Harus Bagi Nabi :
• Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.

Allahumma Solli Wasallim ‘Ala Nabiyyina Muhammad

LATAR BELAKANG NABI MUHAMMAD SAW

Sifat Fizikal :
• Badan tidak terlalu tinggi, tidak terlalu pendek.
• Rambut ikal mayang.
• Muka bujur, berkulit putih kemerahan
• Mata hitam pekat dan bulu mata lentik.
• Badan bersih daripada bulu dan rambut, bulu lebat yang memanjang dari dada ke pusat.

Pendidikan :
• Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].

Pekerjaan :
• Gembala Kambing.
• Berniaga.

Pelantikan Menjadi Nabi dan Rasul
• Umur 40 tahun di Gua Hira’.

Guru Pertama :
• Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam.

Tugas Utama :
• Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :
• Menjadi Nabi.
• Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
• Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.

Keistimewaan :
• Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
• Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama iaitu Al-Quran.
• Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
• Manusia pertama masuk Syurga.

Gelaran Dari Kalangan Nabi :
• Ulul ‘Azmi أولوالعزم  [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].
• صلى الله عليه وسلم

Allahumma Solli Wasallim ‘Ala Nabiyyina Muhammad

NABI MUHAMMAD SAW SEBELUM DAN SELEPAS HIJRAH

Kenangan Manis :
• Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Kenangan Pahit :
• Diusir oleh penduduk Ta’if.
• Semasa peperangan Uhud.

Pengalaman Pertama Menerima Wahyu :
• Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ dari Surah Al ‘Alaq [Ayat 1-5, di Gua Hira’] pada 12 Rabi’ul Awwal.

Pengalaman Yang Paling Menakutkan :
• Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.

Hijrah ke Madinah :
• Pada umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, Baginda SAW tiba di Madinah pada tanggal 12 Rabi’ul Awwal bersamaan 24 September 622M.

Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :
• Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
• Perempuan Dewasa : Khadijah binti Khuwailid [ isteri Nabi ].
• Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
• Hamba : Zaid bin Harithah.

Berita Yang Menggembirakan :
• Keislaman Umar bin al-Khattab.

Berita Yang Menyedihkan :
• Kematian Khadijah binti Khuwailid [isteri Nabi].
• Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
• Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Menggembirakan :
• Pembukaan Kota Mekah.

Penglibatan Dalam Peperangan :
• Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.

Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :
• Syam, Baitul Maqdis [ Palestin ].

Rekod Dunia :
• Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ].

Allahumma Solli Wasallim ‘Ala Nabiyyina Muhammad

Nasihat Nabi :
• “Jadikan dunia sebagai tempat persinggahan sementara seperti orang yang bermusafir kerana mati itu pasti.”

“Jadilah engkau di dunia ini seakan-akan sebagai orang asing atau seorang musafir, dan persiapkan dirimu termasuk orang yang akan menjadi penghuni kubur (yang pasti akan mati).”

HR Muslim

Wasiat Nabi :
• Dalam Khutbah Wida’ (Khutbah Selamat Tinggal), Baginda SAW menyampaikan wasiat, “Aku tinggalkan dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.”

Syafaat Nabi :
• Untuk umat manusia yang sentiasa berselawat ke atasnya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda, “Jika kalian mendengar azan, maka jawablah seperti apa yang dilantunkan muadzin. Kemudian, bacalah shalawat untukku. Sebab, barangsiapa yang bershalawat untukku, maka Allah akan bershalawat untuknya 10 kali. Kemudian, mintakanlah kepada Allah untukku al-wasilah karena wasilah itu adalah satu kedudukan di surga yang tidak sepatutnya diperoleh kecuali untuk hamba Allah. Dan, aku berharap, akulah ia. Barangsiapa yang memohonkan untukku al-wasilah, maka akan mendapat syafaatku.”

(HR Muslim)

Semoga rasa cinta kita kepada Baginda Nabi Muhammad SAW adalah cinta teragung selepas cinta kita kepada Allah SWT.

Rasa cinta yang hakiki kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW ini bukan hanya dilafazkan di bibir sahaja, tapi mesti dimanifestasikan di dalam percakapan dan tindakan seharian kita.

“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.”

(Riwayat Al-Sajary daripada Anas)

Semoga Allah mempermudahkan langkah kita menjadi hambaNya yang soleh.

Aamiinn.

Allahumma Solli Wasallim ‘Ala Nabiyyina Muhammad

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This