Alhamdulillah, Ramadhan semakin tiba. Apakah persiapan yang anda telah lakukan untuk menghadapi Ramadhan yang bakal tiba dalam 12 hari lagi?
7 perkara yang perlu dilakukan untuk menghadapi Ramadhan yang bakal tiba ini.
1. Planning target anda, supaya Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini.
2. Berlatih tidur dan bangun awal untuk bangun tahajjud.
3. Mulakan sedekah sedikit demi sedikit.
Di antara sedekah yang sangat dituntut di dalam bulan puasa ialah memberi makan orang berpuasa.
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
“Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.”
4. Menetapkan masa bersendirian untuk berzikir kepada Allah.
5. Banyakkan membaca Al Quran. Jika belum pandai membaca atau masih merangkak-merangkak, berusahalah bersungguh-sungguh untuk lancar. Carilah guru untuk membimbing anda.
6. Banyakkan solat fardhu di masjid.
7. Memperingatkan kepada orang mengenai persiapan menuju Ramadhan.
Marilah sama-sama kita mempersiapkan diri dari segi rohani dan jasmani untuk menuju Ramadhan yang bakal tiba ini.
‘Share’lah supaya anda mudah untuk mendapat saham akhirat secara PERCUMA.
SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.
Discussion about this post