Bacalah Al Quran Walaupun Masih Merangkak-rangkak

Membaca adalah satu budaya yang perlu diambil berat oleh semua lapisan masyarakat. Perintah membaca telah diperintahkan bermula daripada permulaan turunnya wahyu. Surah Al ‘Alaq, ayat 1.

Al Quran adalah satu bacaan yang sangat banyak faedahnya. Bermula daripada setiap huruf yang kita baca dikira sebagai pahala.

Bacalah Al Quran Walaupun Masih Merangkak-rangkap

“Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata:

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan dengan bacaan tersebut, satu kebaikan akan digandakan 10 kebaikan dan aku tidak mengatakan الم satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.

(HR. Tirmidzi dan dishahihkan di dalam kitab Shahih Al Jami’, no. 6469)

Ini menunjukkan bahawa sangatlah rugi jika kita tidak merebut peluang keemasan ini. Ditambah dengan sabda nabi mengenai orang yang membaca Al Quran sangatlah beruntung.

Bacalah Al Quran Walaupun Masih Merangkak-rangkap

Abu Musa Al Asy’ari meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. bersabda:

“Perumpamaan seorang mukmin yang membaca Al Quran adalah bagaikan ‘al-Utrujjah’. Aromanya harum dan rasanya enak. Perumpamaan seorang mukmin yang tidak membaca Alquran adalah bagaikan ‘tamar, kurma’. Aromanya tidak ada dan rasanya manis. Perumpamaan seorang munafiq yang membaca Al Quran adalah bagaikan ‘ar-Raihanah’. Aromanya harum dan rasanya pahit. Perumpamaan seorang munafiq yang tidak membaca Al Quran adalah bagaikan ‘al-Hanzhalah’. Aromanya tidak ada dan rasanya pahit.

(Al-Bukhari: 4632, 4671, 5007, dan 7005).

Apabila kita sudah mula mencintai untuk selalu membaca Al Quran. Nabi SAW mengajak umatnya supaya menjadi manusia yang terbaik dengan cara bukan setakat belajar Al Quran, bahkan mengajar Al Quran.

 

Bacalah Al Quran Walaupun Masih Merangkak-rangkap

“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.”

 (HR Bukhari dari Usman, Al-Bukhari, No. 4639).

Saya belum pandai dan lancar membaca Al Quran…

Jangan Risau, kerana Nabi  SAW bersabda,

‘Mereka yang mahir membaca Al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi taat (Al-Safarah Al-Kiram Al-Bararah). Adapun orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan gagap, tersangkut & merasa sukar ketika membacanya, baginya dua pahala’. (Hadith Riwayat Muslim)

Hadis ini memberikan motivasi kepada umatnya untuk terus belajar dan membaca Al Quran, walaupun masih merangkak-rangkak.

Jadi, marilah sama-sama menjadikan Al Quran sebagai bacaan harian yang wajib kita baca.

 

SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This