Doa ini untuk guru-guru kami….
Bismillahirrahmaanirrahiim.. Alhamdulillahi robbil ‘Alamiin.. Wassolatu Wassalamu ‘ala asrafil anbiyai walmursaliin. Wa’ala aalihi Wasohbihi Ajma’iin.
“Ya Allah, kau ampunilah dosa-dosa kami dan dosa guru-guru yang pernah mendidik kami dari kecil sehingga sekarang.
“Ya Allah, hari ini kami dapat membaca dan menulis adalah berkat daripada kesabaran seorang guru dalam mendidik & mentarbiah kami, jadi kau jadikanlah ianya pahala yang berterusan sehingga ke syurga. Seperti mana hadis daripada kekasihMu nabi Muhammad SAW. Menyampaikan ilmu yang bermanfaat adalah salah satu amalan yang pahalanya tidak akan putus selama-lamanya.
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara yaitu: sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, atau doa anak yang soleh”. (HR. Muslim no. 1631)
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahiim, kau ampunilah juga dosa-dosa kedua ibubapa kami kerana merekalah guru yang pertama mengajar kami syahadah. Asyhadu An laa ilaaha illah Wa asyhadu anna muhammadurrasulullah.
Ya Allah, Ya Rahmaan, Ya Rahiim, kau masukkanlah semua guru-guru yang pernah mengajar kami ke dalam syurga Firdaus walaupun dia hanya mengajar satu ilmu sahaja.
Ya Allah, Ya Rahmaan, Ya Rahiim, kau tinggikanlah darjat TUAN GURU kami sedunia iaitu Nabi Muhammad SAW. Tanpanya kami tidak mengenal apa itu islam, apa itu iman, apa itu ihsan. Kami tidak mengenal apa tujuan ke dunia ini. Kami tidak mengenal apa itu akhirat. Kami tidak mengenal siapakah tuhan yang mencipta kami.
Aamiin.
ALLAHUMMA SOLLI ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMADIN ‘ABDIKA WARASULIKANNABIYYIL UMMIYYI WA ‘ALA AALIHI WASOHBIHI WASALLIM.
Pembaca yang saya hormati,
Saya tertarik dengan pesan nabi Muhammad SAW, di dalam banyak-banyak golongan guru. Guru yang paling terbaik ialah guru yang mengajar Al Quran.
Seperti mana di dalam hadisnya :
Sebaik-baik kamu adalah yang belajar Al Qur’an dan mengajarkannya.

Masalahnya…
“Saya bukan ustaz atau ustazah. Saya tak boleh mengajar Al Quran.”
Mengajar Al Quran tidak semestinya mengajar keseluruhan Al Quran dan tidak semestinya perlu berstatus ustaz atau ustazah untuk mengajar Al Quran.
Ajarilah ilmu yang kita tahu mengenai Al Quran walaupun satu ilmu sahaja. Contohnya ilmu yang paling mudah dan senang untuk kita sampaikan, Al Quran mempunyai 604 muka surat.
Dan melalui satu ilmu ini, mungkin seseorang itu akan terbuka taufik dan hidayah untuk belajar Al Quran. Apabila seseorang itu mula terbuka taufik dan hidayah untuk belajar Al Quran, maka kita akan mendapat pahala yang tidak putus-putus.

Mudah dan senang kan, untuk sampaikan ilmu berkaitan Al Quran? Dan mudah untuk kita memperolehi pahala yang tidak putus-putus.
‘Share’lah artikel ini supaya ramai lagi yang akan mendapat status guru yang terbaik.
SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.
Discussion about this post