7 Niat Yang Perlu Diniatkan Ketika Membaca Al Quran

Niat adalah satu perkara yang sangat penting dalam melakukan apa-apa perkara pun. Kerana setiap perkara itu, Allah akan menilainya berdasarkan niat.

Rasulullah SAW bersabda; Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niatnya.

Niat

Bulan Ramadhan yang mulia ini, sunnah nabi bertadarus Al Quran boleh dikatakan sudah menjadi budaya masyarakat kita. Ianya satu perubahan yang sangat baik.

Ketika kita bertadarus Al Quran, untuk menjadikan amalan bertadarus Al Quran itu mudah diterima oleh Allah. Kita hendaklah sentiasa ‘check’ apakah niat kita bertadarus.

Persoalannya, apakah yang niat yang perlu diniatkan oleh kita?

Saya akan berkongsi 7 niat yang perlu diniatkan oleh kita.

  1. Niat membaca Al Quran supaya kita memahami apa yang diminta  oleh Allah sebagai hambaNYA.
  2. Niat membaca Al Quran dengan tujuan memohon diberikan taufik & hidayah daripada Al Quran
  3. Niat membaca Al Quran supaya dicampakkan rasa cinta kepada Allah, Nabi SAW dan kepada Al Quran.
  4. Niat membaca Al Quran supaya Allah mengeluarkan kita daripada kegelapan kepada cahaya (Nur AL Quran)
  5. Niat membaca Al Quran supaya Allah mempertingkatkan keimanan & keyakinan kepada Al Quran
  6. Niat membaca Al Quran supaya Al Quran menjadi petunjuk jalan ketika menjalani kehidupan di dunia, pembela di dalam kubur, Pemberi Syafaat pada hari Akhirat, Cahaya ketika melalui titian sirat, Kekasih di dalam Syurga Firdaus & Pendinding kepada api neraka.
  7. Niat membaca Al Quran supaya diberikan darjat yang tertinggi di dalam syurga kepada diri & Ibu Bapa & keluarga.

 

SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.

 

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This