SUNNAH & KAIFIAT HARI RAYA AIDILFITRI

selamat hari raya
Selamat segala amal Ibadah kita pada BULAN RAMADHAN pada tahun ini DITERIMA oleh Allah.
Dan segala DOA-DOA yang kita panjatkan pada BULAN RAMADHAN DIMAKBULKAN oleh Allah.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
MAAF ZAHIR & BATIN.
Esok kita dah nak raya.
So, izinkan kepada saya untuk berkongsi SUNNAH-SUNNAH Hari Raya Aidilfitri.
1) Menghidupkan malamnya dengan beribadah. Imam Syafie – malam raya, doa tidak ditolak.
2)Mandi sunnah. Bermula tempoh mandi dari pertengahan malam lagi, dan disunnahkan dilewatkan sehingga hampir pergi solat hari raya.
3)Mencukur bulu-bulu, mengetip kuku dan mengemaskan janggut.
4)Berwangi-wangian dan berhias, samaada bagi yang hendak ke masjid mahupun yang tidak, samaada yang bersolat mahupun tidak, dewasa dan kanak-kanak.
5)Memakai pakaian yang terbaik. Tidak mesti berwarna putih.
6)Segera ke masjid untuk menunaikan solat.
7)Pergi ke masjid dan pulang dengan jalan yang berbeza. Lebih afdhal pergi dengan jarak yang lebih jauh dari jalan pulang.
8)Bersarapan sedikit sebelum keluar menunaikan solat hari raya.
9)Memperbanyakkan takbir bermula dari terbenam matahari hingga sebelum menunaikan solat hari raya.
10)Mengucapkan tahniah atau ucapan selamat hari raya kepada kaum muslimin.
Kaifiat Solat Hari Raya
Sama seperti solat sunnah biasa, tetapi disunnahkan dilakukan:
1) Takbir selepas doa iftitah, sebelum membaca Al-Fatihah, sebanyak 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat kedua.
2) Mengangkat tangan setiap kali takbir tersebut.
3) Membaca setiap kali selepas takbir: سُبحَانَ الله وَالحَمْدُ لله ولا إِلَهَ إِلا الله وَاللهٌ أَكْبَر
4) Imam berkhutbah dengan dua kali khutbah selepas solat, dan makmum disunnahkan mendengarnya.

Takbir Raya

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

لا إله إلا الله الله أكبر

الله أكبر وللهِ الحَمْد

الله أكبر كَبِيرا وَالحَمْدُ للهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاُ

لا إِلَهَ إِلا اللهُ وَلا نَعْبُدُ إِلا إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّين وَلَوْ كَرِهَ الكَافِرُونَ

لا إِلَهَ إِلا الله وَحْدَه صَدَقَ وَعْدَه وَنَصَرَ عبده وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَه

لا إِلَهَ إِلا الله واللهُ أَكْبَر

الله أكبر ولله الحَمْد

Selamat Hari Raya Takbir Raya
SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This