Quran best friend forever. Anda dah baca Quran hari ini? Kalau dah, alhamdulillah. Bagi orang yang selalu membaca Quran, dia bukan sekadar membaca ayat-ayatnya sahaja, tetapi dia kenal dan tahu semua tentang Quran.
Dah nama pun BFF, mestilah kena tahu semua pasal dia. Anda pun nak jadikan Quran sebagai BFF, betul tak?
Kenapa nak Quran jadi BFF kita?
Sebab kita nak Quran sentiasa bersama dengan kita. Sentiasa menghibur dan memotivasikan kita ketika sedih dan kecewa. Yang paling kita harapkan ialah ia menjadi peneman dan penolong kita di Mahsyar nanti, itulah hari di mana semua manusia akan ditentukan kesudahan baginya.
Jom Kenali Quran
Satu Quran
Berapa juzuk dalam Quran ?
Juzuk : 30
Berapa muka surat Quran?
Muka surat : 604
Berapa surah dalam Quran?
Surah : 114
Berapa ayat kesemuanya dalam Quran?
Ayat : 6236
Berapa jumlah hizib dalam al Quran?
Hizib : 60
Berapa jumlah maqra’ dalam Quran:
Maqra’ : 240
Berapa jumlah surah Makkiyyah dalam Quran?
Surah Makkiyyah : 86
Berapa jumlah surah Madaniyyah dalam Quran?
Surah Madaniyyah : 28
Satu Juzuk
Berapa muka surat bagi satu juzuk?
Muka surat : 20
Berapa hizib bagi satu juzuk?
Hizib : 2
Berapa maqra’ bagi satu juzuk?
Maqra’ : 8
Kenal Muka Surat Juzuk Al Quran. Untuk lebih mudah kita ingat muka surat setiap juzuk, di sini saya kongsikan formula mudah untuk mengira awal juzuk al Quran.
Formula : (x-1) (20) + 2 = y
X ialah Juzuk yang hendak dicari. Y ialah muka surat .
Contoh pengiraan juzuk 5:
(5 – 1) (20) + 2 =Y
4 (20) + 2 = Y
82 = Y
82 = Muka Surat Bagi Juzuk 5
JUZUK |
MUKA SURAT |
1 |
1 |
2 |
22 |
3 |
42 |
4 |
62 |
5 |
82 |
6 |
102 |
7 |
122 |
8 |
142 |
9 |
162 |
10 |
182 |
11 |
202 |
12 |
222 |
13 |
242 |
14 |
262 |
15 |
282 |
16 |
302 |
17 |
322 |
18 |
342 |
19 |
362 |
20 |
382 |
21 |
402 |
22 |
422 |
23 |
442 |
24 |
462 |
25 |
482 |
26 |
502 |
27 |
522 |
28 |
542 |
29 |
562 |
30 |
582 |
Mengenal Alamat Waqaf Dalam Quran.
Alamat waqaf ini juga sangat penting untuk kita kenal. Sebab simbol-simbol ini selalu kita jumpa dalam Quran. Kalau tak kenal, macam mana nak baca dengan sempurna?
Nama | Simbol | Keterangan |
1. Ra’sul Aayah | Bilangan ayat | |
2. Wasol Aula |
صلي |
Sambung bacaan lebih baik |
3. Waqaf Aula |
قلي |
Berhenti lebih baik |
4. Waqaf Ja’iz |
جائز |
Boleh berhenti @ meneruskan bacaan |
5. Waqaf Lazim |
م |
Wajib berhenti |
6. Wakaf Mamnu’ |
لا |
Dilarang berhenti |
7. Waqaf Ta’anuq @ Muraqabah |
. ۛ. . ۛ. |
Jika berhenti, pilih salah satu sahaja |
8. Saktah |
س |
Jika sambung, mesti berhenti sebentar sekadar 2 harakat, dan sambung semula bacaan dengan nafas yang sama |
9. Sujud sajadah | Sujud kerana membaca atau mendengar ‘ayat-ayat sajadah’ |
Macam mana, dah kenal Quran? Alhamdulillah. Jom sama-sama kita usaha untuk jadikan Quran sebagai teman dan BFF sepanjang hidup kita. Mari kita berjanji untuk sentiasa menjadikan Quran sebagai sumber kekuatan, inspirasi dan motivasi setiap masa, tidak kira ketika susah mahupun senang, ketika gembira mahupun diuji dengan duka, kita sentiasa bersama dengan Quran.
Mudah-mudahan Quran menjadi ‘Best Friend Forever and Ever’ kita di dunia dan menemani kita di alam kubur, juga menjadi penolong kita di akhirat nanti sebagai peguam bela di hadapan Allah SWT.
“Ya Allah rahmatilah kami dengan al Quran. Jadikan ia imam kami, cahaya, petunjuk dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami apa yang kami lupa dan ajarkan kepada kami apa yang kami jahil. Kurniakanlah kepada kami untuk dapat membacanya sepanjang malam Ya Allah dan sepanjang siangnya. Jadikanlah ia perisai kami. Wahai Tuhan sekalian alam.”
Seminar CepatPandaiQuran.com secara PERCUMA setiap bulan.
DAFTAR di website »»» cepatpandaiquran.com
=======
Nak BIMBINGAN QURAN BERFOKUS?
Tekan link Whatsapp SEKARANG
https://bit.ly/BimbinganQuranBerfokus
*Ada Yuran komitmen untuk BIMBINGAN QURAN BERFOKUS
Discussion about this post