Wajib Atau Sunat Baca Isti’azah Setiap Kali Baca Al Quran?
SOALAN :
Ketika saya mengajar budak-budak dekat kelas Fardhu Ain, apabila diminta untuk membaca Al Quran. Ada sesetengah daripada mereka membaca Isti’azah. Dan ada yang terus baca Basmalah tanpa membaca Isti’azah.
Saya tiba-tiba rasa ‘confious’, nak tegur atau tidak. Sebab saya tak tahu, hukumnya Wajib ataupun sunat sahaja.
Adakah lafaz Isti’azah ini satu sahaja atau macam mana?
JAWAPAN :
Alhamdulillah. Bagus soalan anta.
Isti’azah adalah ringkasan bagi ayat “A’uzubillahiminassyaithonirrojiim”. Seperti ringkasan bagi “Bismillahirrohmaanirrohiim” ialah Basmalah.
“A’uzubillahi minassyaithonirrojiim”
maksudnya “Aku berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang telah direjam”.
Hukum Membaca Isti’azah
Hukum membaca Isti’azah ini, ulama’ berpendapat berdasarkan ayat Al Quran dalam surah An Nahl, ayat 98.
Ertinya : Apabila Engkau membaca Al Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang direjam.
Pendapat Ulama’ Mengenai Hukum Membaca Isti’azah
Ulama’ berselisih pendapat samaada Wajib ataupun Sunat Muakkad kerana perbezaan dari segi penafsiran perkataan kata kerja فاستعذ yang memberi maksud “Mohonlah perlindungan”.
Jadi, saya datangkan 3 perdapat ulama’
Pendapat Pertama :
Jumhur Ulama’ berpendapat hukumnya adalah Sunat Muakkad sahaja, berdasarkan pemahaman kepada kata kerja suruhan فاستعذ.
Maka, mengikut pendapat ini, pembaca Al Quran itu tidak berdosa jika tidak membaca Isti’azah ketika memulakan bacaan.
Pendapat Kedua :
Sebahagian ulama’ seperti Ata’, Sufyan Ats Sauri & Daud Az Zahiri berpendapat hukumnya adalah Wajib, berdasarkan pemahaman kepada kata kerja suruhan فاستعذ.
Jika mengikut pendapat ini, pembaca Al Quran itu berdosa jika tidak membaca Isti’azah ketika memulakan bacaan.
Pendapat Ketiga :
Mengikut pendapat Ibnu Sirin, cukup dengan membaca Isti’azah sekali dalam seumur hidup untuk menggugurkan kewajipan membaca Isti’azah ketika hendak memulakan bacaan.
Jika ditanya apakah pendapat yang dipilih oleh ustaz?
Saya lebih memilih kepada pendapat Jumhur Ulama’ iaitu Sunat Muakkad. Tetapi mewajibkan diri untuk membacanya setiap kali ketika ingin memulakan bacaan Al Quran.
Cuba kita tengok apakah tujuan Isti’azah.
Tujuan Isti’azah :
Tujuan Isti’azah adalah supaya kita tidak diganggu oleh Syaitan ketika membaca Al Quran.
Disebabkan tujuan Isti’azah yang sangat bagus ini, saya mewajibkan diri untuk membacanya ketika ingin memulakan bacaan Al Quran.
Lafaz Isti’azah
Lafaz untuk Basmalah tidak ada perbezaan dan Ianya mempunyai satu lafaz sahaja.
Bismillahirrohmaanirrohiim
Lafaznya sepertimana dalam surah An Naml, ayat 30 :
Untuk lafaz Isti’azah pula. Lafaz yang Masyhurnya ialah :
Lafaz ini merupakan lafaz yang digunakan oleh Rasulullah SAW ketika sesi talaqqi. Tetapi Rasulullah SAW juga menggunakan lafaz yang berbeza. Begitu juga para sahabat mempunyai lafaznya tersendiri.
Diantaranya :
Cara Membaca Isti’azah
Cara membaca Isti’azah samaada membaca secara Kuat (Jahr) atau Perlahan (Sirr) mengikut keadaan pembaca Al Quran itu.
Keadaan membaca secara Kuat (Jahr) :
- Ketika membaca seorang diri atau di tempat sunyi
- Di dalam solat, samada seorang diri atau berjemaah. Solat Sirr atau Jahr.
- Ketika sesi bertadarus, dan anda bukan orang yang pertama yang memulakan bacaan
Keadaan membaca secara Perlahan (Sirr) :
- Ketika sesi bertadarus, dan anda orang yang pertama yang memulakan bacaan
- Ketika sesi bertalaqqi
Nota Penting :
Jika memutuskan bacaan Al Quran atas sebab darurat sepeti bersin, batuk maka tidak perlu mengulangi dengan membaca Isti’azah.
Tetapi jika memutuskan bacaan Al Quran atas sebab menjawab salam atau berbual, maka perlu mengulangi dengan membaca Isti’azah ketika memulakan bacaan.
Baca Lagi
Cerita Ghunnah Yang Tak Dapat Dilupakan Sampai Bila-Bila
Adakah anda sedang mencari Formula Mudah & Santai belajar ilmu tajwid??
Saksikan hashtag #TajwidSantai
Setiap hari Isnin & Rabu
pada pukul 10:00 malam
Hanya di Facebook AlMukhlisin Home Quran.
Ikuti langkah di dalam link video di bawah ini untuk sentiasa mendapat notifikasi daripada AlMukhlisin Home Quran.
Jika anda nak BERGURU di rumah anda, samaada Ustaz @ Ustazah. Istimewa untuk mereka yang berada di KELANTAN setakat ini.
Samaada baru nak MULA BELAJAR atau dah boleh baca Tapi BELUM MAHIR ilmu TAJWID.
Discussion about this post