AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

Hukum Baca Basmalah Surah At Taubah

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
Team AlMukhlisinbyTeam AlMukhlisin
Reading Time: 4 mins read
Hukum Baca Basmalah Surah At Taubah

 

Hukum Baca Basmalah Surah At Taubah

Hukum Baca Basmalah Surah At Taubah

 

SOALAN :

Salam, ustaz. Saya nak tahu, apakah hukum Basmalah dalam Surah At Taubah? Sebabnya, ada orang tegur saya, ‘dia cakap, Surah At Taubah Haram baca Basmalah’.

Mohon penjelasan daripada ustaz.

 

Hukum Baca Basmalah Surah At Taubah

 

JAWAPAN :

Ada yang ditegur oleh sahabat anda adalah betul. Hukum membaca basmalah di awal Surah At Taubah adalah HARAM.

Mengikut apa yang telah ditalaqqi oleh guru-guru kita sehinggalah kepada para sahabat-sahabat dan seterusnya kepada Nabi SAW, Nabi SAW  tidak membaca basmalah ketika di awal surah At Taubah. Jadi kita perlu menuruti apa yang dilakukan oleh Nabi SAW ini.

 

Saidina Ali RA pernah ditanya kenapa surah At Taubah tidak dimulakan dengan Basmalah. Hujah beliau ialah :

عن عبد الله بن عباس قال : سألت علي بن أبي طالب رضي الله عنه : لم لم تكتب في براءة بسم الله الرحمن الرحيم ؟
قال : لأن بسم الله الرحمن الرحيم أمان ، وبراءة نزلت بالسيف ، ليس فيها أمان

Maksudnya : Ibnu Abbas bertanya Ali bin Abu Talib, ’Mengapa tidak ditulis Basmalah di permulaan Surah Taubah? Saidina Ali r.a menjawab, ’Ini kerana Basmalah itu keamanan sementara Surah Taubah diturunkan dengan pedang. Tiada padanya keamanan’.

 

 

Hukum Baca Basmalah Surah At Taubah

 

Hujah Larangan Membaca Basmalah Pada Awal Surah At Taubah

  1. Ianya diturunkan setelah perang Tabuk berakhir.
  2. Surah ini juga dipanggil Surah Fadhihah (Pembuka Skandal) kerana ianya berkaitan dengan sifat orang munafik.
  3. Kasyifah (Pembuka), terdapat di dalam surah ini beberapa ayat tentang Allah membuka aib orang kafir.
  4. Saif (Pedang), surah ini banyak menyeru kepada seruan perang & jihad di dalamnya.

 

Contoh Ayat Kepada Peperangan

 

Hukum Baca Basmalah Surah At Taubah

Kemudian apabila habislah (masa) bulan-bulan dihormati itu maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanlah mereka, dan juga kepunglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ayat 5 : At Taubah 

 

Hukum Baca Basmalah Surah At Taubah

Maksudnya, dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya, dan ketahuilah Sesungguhnya Allah beserta orang-orang bertaqwa’.

Ayat 36 : At Taubah

 

Jika kita meneliti kepada kepada dua contoh ayat di atas, ianya memberi maksud kepada kemarahan. Rahmat (Basmalah) dan kemarahan tidak boleh bergabung.

Persoalannya di sini, Adakah kesemuanya surah ini tidak mempunyai unsur kelembutan?

 

Tidak. Surah ini dinamakan At Taubah, Maknanya, disebalik kemarahan Tuhan, Dia masih sudi hulurkan kasih-sayangNya melalui pintu taubat yang sentiasa terbuka.

Bukti dimana pintu taubat terbuka luas kepada kita ialah terdapat 17 perkataan berkaitan ’taubat’ dinyatakan dalam surah ini, surah sepanjang Al Baqarah pun hanya mengulang perkataan berkaitan ’taubat’ sebanyak 13 kali sahaja.

Hukum Baca Basmalah Surah At Taubah

 

Ditambah Dengan Special Daripada Allah Dalam Surah Ini :

 

Hukum Baca Basmalah Surah At Taubah

 

‘Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri (Nabi Muhammad s.a.w), Dia merasa amat berat segala kesusahan yang kamu tanggung, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang beriman.

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): ‘Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia, kepadanya Aku berserah diri, dan Dia-lah Yang mempunyai Arasy teragung’.

Ayat 128 & 129 : At Taubah

 

Di penghujung ayat ini, Allah datangkan ayat berkenaan dengan kedatangan kekasih yang kita rindui iaitu Nabi SAW. Yang mana Baginda SAW lah mengajar kepada kita erti kasih sayang.

 

Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammad

 

Hukum Baca Basmalah Surah At Taubah

 

Adakah Larangan Membaca Basmalah Juga Ketika Membaca Di Tengah Surah At Taubah?

 

Kebanyakan ulama’ menyebut hukumnya adalah Haram. Sama seperti hukum membaca Basmalah di awal surah. Hujah mereka ialah jika di awal surah At Taubah tidak dibaca, kenapa ditengah-tengahnya dibolehkan.

 

Kesimpulannya :

Jika kita hendak memulakan bacaan di awal Surah At Taubah ataupun di tengah-tengah ayat, maka cukuplah dengan sekadar membaca Isti’azah.

 

Cara Baca Sambung Diantara Surah Al Anfal & Surah At Taubah

Hukum Baca Basmalah Surah At Taubah

Mengikut bacaan 10 Imam Qiraat. Ketika menyambung bacaan diantara surah Al Anfal & At Taubah, kita dibolehkan membaca dengan 3 wajah :

 

  1. Waqaf. Innaallaha bikulli Syai in Alim . Waqaf . Dan Baca Baaraaatum (tanpa membaca Basmalah)
  2. Wasal. Innaallaha bikulli Syai in AlimummBaaraaatum (tanpa membaca Basmalah) -Kena baca dengung kerana Tanwin bertemu dengan huruf Ba (Iqlab)
  3. Saktah. Innaallaha bikulli Syai in Aliim. Saktah(Tahan Nafas Dua Saat@ Dua harakat). Dan Baca Baaraaatum (tanpa membaca Basmalah).

 

***Peringatan : Ketika membaca Saktah, hendaklah tutup mulut. ‘Aliiim. Tutup mulut. Supaya dapat membezakan diantara bacaan Waqaf dan Saktah.

 

Program AlMukhlisin

 

Adakah anda sedang mencari Formula Mudah & Santai belajar ilmu tajwid??

Saksikan hashtag #TajwidSantai

Setiap hari Isnin & Rabu

pada pukul 10:00 malam

Hanya di Facebook AlMukhlisin Home Quran.

 

Ikuti langkah di dalam link video di bawah ini untuk sentiasa mendapat notifikasi daripada AlMukhlisin Home Quran.

 

Jika anda nak BERGURU di rumah anda, samaada Ustaz @ Ustazah. Istimewa untuk mereka yang berada di KELANTAN setakat ini.

Samaada baru nak MULA BELAJAR atau dah boleh baca Tapi BELUM MAHIR ilmu TAJWID.

 

 

(Visited 8,612 times, 1 visits today)
Tags: AlMukhlisinAlMukhlisin Home QuranAt TaubahHaramHukum BacaNgaji Quran Di RumahSurah At TaubahTaubahTaubat

Discussion about this post

Previous Post

Wajib Atau Sunat Baca Isti’azah Setiap Kali Baca Al Quran?

Next Post

Anak Istimewa Buktikan Mampu Hafaz 30 Juzuk Al Quran

Related Posts

Dengung Tak Dengung

NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3

12 June 2022
Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?
Tajwid

Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

26 May 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post
anak istimewa tunjuk potensi luar biasa

Anak Istimewa Buktikan Mampu Hafaz 30 Juzuk Al Quran

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • 3 Tips Merawat Hati Ketika Sedih Atau Dilanda Ujian
  • NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3
  • Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?