AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

SORANG JE NAMA SAHABAT DIMENTION DALAM AL QURAN

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
Team AlMukhlisinbyTeam AlMukhlisin
Reading Time: 3 mins read
SORANG JE NAMA SAHABAT DIMENTION DALAM AL QURAN

 

Zaid Bin Harithah

 

6236 ayat Al Quran. Di dalamnya banyak menyebut tentang keimanan sahabat-sahabat nabi. Begitu juga, Sayyidina Umar, Sayyidina Ali & Sayyidatina Aisyah banyak ayat-ayat berkaitan dengan mereka. Namun, nama-nama mereka tidak dimention secara jelas.

Satu-satunya nama sahabat Nabi yang disebut dalam Al Quran ialah Zaid. Zaid Bin Harithah  (578-629).

“Dekat mana namanya disebut di dalam Al Quran, ustaz?”. Tanya Fazrin bersungguh nak tahu.

Surah Al Ahzab ayat 37.

Surah Ahzab bermula dekat akhir juzuk 21 kan, ustaz??

Betul. Mumtaz..

 

 “… Maka ketika Zaid telah mengakhiri keperluan terhadap istrinya (bercerai), Kami nikahkan engkau dengannya (janda Zaid/Zainab) agar tidak ada keberatan bagi orang mukmin untuk (menikahi) isteri dari anak angkat mereka. …”

Zaid bin Haritsah adalah anak angkat Nabi Muhammad SAW.

Allahumma solli ‘Ala Sayyidina Muhammad.

Nama beliau dicatatkan di dalam Al Quran adalah untuk mengatakan bahawa isteri kepada anak angkat yang sudah diceraikan adalah sah untuk dikahwini.

Nama isteri Zaid adalah Zainab Binti Jahsy. Apabila jodoh diantara Zaid dengan Zainab Binti Jahsy tidak lama. Maka mereka bercerai. Setelah mereka bercerai, Allah menurunkan ayat perintah kepada Nabi SAW untuk mengahwini Zainab sebagai satu asbab untuk mengatakan bahawa status anak angkat tidak sama dengan anak sendiri. Ianya bercanggah dengan hukum adat pada zaman jahiliyah.

.

.

ooo.. Macam tu, rupanya ustaz..

Anta nak tahu cerita berkenaan Zaid tak?

Mestilah nak ustaz..

.

.

Dikisahkan ketika Zaid masih kecil, ketika itu dibawa oleh ibunya yang bernama Su’da binti Tsalabah pergi untuk mengunjungi keluarganya, Bani Ma’an. Zaid bin Haritsah al Ka’by berasal dari kabilah Kalb yg menghuni sebelah utaranya jazirah Arab. Tak lama ketika mereka tinggal disana datanglah segerombolan orang berkuda dari Bani Qain, mereka menyerang juga merampok semua harta benda penduduk desa, unta dan menculik anak-anak desa. Termasuk anak-anak yang diculik para gerombolan tersebut adalah Zaid bin Haritsah.

Hakam bin Hazam membelinya dan dihadiahkan kepada mak saudaranya, Khadijah binti Khuwailid. Setelah Khadijah bernikah dengan Rasul, Zaid turut hidup bersama keluarga Nabi. Nabi tak pernah menganggap Zaid sebagai budak tetapi dilayaninya beliau seperti anaknya sendiri.

.

.

Tidak lama kemudian  ayah Zaid, Abdul Uzza bin Imri’ Al-Qais, mendapat khabar  bahwa anaknya dijual di Mekah. Ayah Zaid segera berangkat ke Mekah dan menemui Nabi. Dia datang untuk menebus Zaid. Akan tetapi, Nabi menolak tawaran wang daripada ayah Zaid.

Keputusan diletakkan ke atas Zaid, samada ingin kembali kepada ayahnya atau still bersama Nabi SAW. Jika beliau memilih untuk pulang ke kampung halaman bersama ayahnya, Nabi mempersilakan tanpa tebusan apa-apapun. Jika ingin bersamanya, Zaid akan dilayani seperti anaknya sendiri.

Zaid akhirnya mengambil keputusan untuk tinggal  bersama Nabi Muhammad. Ayahnya menerima keputusan yang dibuat  oleh anaknya ini. Dia pulang dengan lega karena anaknya mendapat pengasuhan yang jauh lebih baik.

.

.

Ok, zaman muda Zaid pula.

.

.

Setelah Zaid telah meningkat usia muda. Beliau sangat cerdas. Beliau adalah seorang prajurit, dia dikenali sebagai pemanah ulung. Dalam setiap pertempuran yang diikutinya, Zaid selalu menjadi ketua.

Pertempuran terakhir Zaid adalah pada bulan September 629. Sebanyak 3000  pasukan yang dipimpin Zaid bergerak menuju Basrah (Suriah). Tentera Bizantium yang terdiri dari 100 000 tentera asal Yunani didokong oleh 100 000 tentera kabilah-kabilah Arab, seperti Lakhm, Judham, Al-Qayn, Bahra dan Bali menyerang pasukan Zaid di Mu’tah.

Zaid dan tenteranya akhirnya dikepung di setiap penjuru oleh pasukan Bizantium. Sehinggalah sebuah tombak hinggap di tubuhnya. Zaid mengalami perdarahan hebat. Akhirnya beliau dikurniakan syahid.

Apabila berita kesyahidan Zaid sampai kepengetahuan Nabi Muhammad. Nabi Muhammad menemui keluarganya. Anak Zaid menangis di hadapan Nabi. Nabi Muhammad juga turut menangis teresak.

Saad bin Ubadah berkata, “Rasul, kenapa kamu menangis?” Nabi menjawab, “Ini adalah kesedihan yang dialami seorang kekasih kepada orang yang dicintainya.”

Zaid tercatat sebagai prajurit yang pertama kali syahid di negeri asing.

.

.

Alhamdulillah.. Terima kasih ustaz di atas cerita yang menarik ini. Nanti saya akan sampaikan cerita ini juga kepada orang lain.

Sama-sama. Jom makan nasi.. Hehehe

 

SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.

#AlMukhlisin

 

(Visited 5,303 times, 2 visits today)

Discussion about this post

Previous Post

STOP 1 MINIT DAN CUBA ANGAUKAN SYURGA FIRDAUS ITU MILIKMU

Next Post

DAH 10 TAHUN AKU TINGGAL DI KUBUR

Related Posts

Motivasi

Menyingkap Peristiwa NUZULUL QURAN

19 April 2022
Anda Serabut
Motivasi

Mengurus Emosi Dengan Quran

28 March 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post
DAH 10 TAHUN AKU TINGGAL DI KUBUR

DAH 10 TAHUN AKU TINGGAL DI KUBUR

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • 3 Tips Merawat Hati Ketika Sedih Atau Dilanda Ujian
  • NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3
  • Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?