STOP 1 MINIT DAN CUBA ANGAUKAN SYURGA FIRDAUS ITU MILIKMU

Syurga

STOP 1 MINIT!!
.
.
DAN CUBA ANGAUKAN SYURGA FIRDAUS ITU MILIKMU
.
.
.
PERSOALANNYA??
.
Kenapa ye, perlu angaukan syurga itu milik kita??
.
.
Apabila kita mula mengangaukan syurga itu milik kita. Maka BIG WHY untuk kita membuat kebaikan akan semakin kuat.
.
.
.
Pernahkah dalam hidup ini, kita angaukan syurga itu milik kita? Pernahkah kita mengangaukan bahawa istana, Kereta, Emas, Perak, Kebun-kebun, tanah-tanah, semua ini adalah aset yang dinamakan atas nama kita.
.
Ditambah lagi dengan Personal Assitant (Bidadari) yang sangat cantik melayani kita seperti Raja.
.
Dan banyak lagi nikmat yang belum kita angaukan.
.
.
Nabi SAW menyatakan dalam sebuah hadis Qudsi, Allah SWT menyatakan :

“Aku mempersiapkan syurga bagi hamba-hambaKu yang soleh apa yang mata belum melihat, telinga belum mendengar, dan tidak terdetik dalam hati manusia.”

Riwayat Bukhari dan Muslim
.
.
Ya Allah, macam ye keadaannya syurga itu??
.
.
.
Sahabat bertanya kepada Nabi SAW :

Wahai Rasul, ceritakanlah kepada kami bangunan di dalam syurga.” Nabi menjawab, ” Batu batanya daripada emas dan perak. Manakala tanah liatnya daripada kasturi yang begitu wangi.

Riwayat At Tirmizi dan Ahmad
.
.
Gambaran keindahan syurga membuatkan penghuninya menjadi begitu sibuk. Tetapi, bukan sibuk seperti kesibukan dunia. Hakikatnya, sibuk di sana adalah sibuk menikmati syurga sehingga terlupa sesiapa sahaja. Allah SWT menyatakan :

Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan mereka.”

Surah Yaasin, Ayat 55
.
.
Dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. Penuh cinta lagi sebaya umurnya.”

Surah Al Waaqiah Ayat 36-37
.
.
Para ulama memberi penafsiran bahawa sebaya umurnya bermaksud umurnya sekitar 16 tahun. Manakala penuh cinta itu bermaksud si bidadari bijak mengambil hati suaminya. Hingga berkata Ibnu Qayyim Al Jauziyyah, suaminya akan terbuai dengan kata cintanya hingga dia lupa pada syurga dan terus hatinya terpaut kuat pada isterinya.
.
.
.
YA Allah, nikmatnya syurgaMU itu.
.
.
.
Bermula hari ini, marilah sama-sama kita mula mengangaukan syurga itu milik kita, supaya semakin hari semakin kuat untuk kita beribadah.
.
.
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami Syurga FIRDAUSMU.

Aamiin.
.

SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.

#AlMukhlisin

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This