Ar Ruh (Roh)
Memberikan ‘kehidupan’ jiwa kepada yang membacanya, dari aura positif akan menjadi lebih positif dan aura negatif bertukar kepada positif. Saya pernah terfikir, bagaimana Al Quran ini memberikan kehidupan seseorang itu daripada positif kepada lebih positif dan daripada negatif boleh bertukar kepada positif.
“Sengih sikit lagi,” saya menegur bacaan student saya kerana tidak menipiskan pada bacaan huruf ‘Ro’ ketika berhenti. Formula untuk menipiskan huruf ‘Ro’ ialah dengan sengih.
Saya berfikir sejenak, ”owh.. inilah jawapannya, kenapa Al Quran boleh mengubah ‘mood’ positif kepada lebih positif dan negatif kepada positif, ianya adalah kerana kita dipaksa untuk ‘senyum’. Apabila dah senyum, ‘confirm’ lah semua perkara akan jadi best..
So, banyakkanlah membaca Al Quran, gerenti boleh awet muda jugak tau…hehe sebab selalu sengih..
An Nur (Cahaya)
Setiap manusia pernah berbuat dosa dan kesalahan, baik besar ataupun kecil.
Rasulullah bersabda,
“Setiap anak Adam pernah melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang-orang yang bertaubat.” (HR. Ibnu Majah, no, 4251)
Diantara cara untuk mensucikan dosa ialah dengan banyak membaca Al Quran. Apabila dosa sudah di ‘delete’kan maka hati akan mula bercahaya. Apabila hati sudah mula bercahaya, maka ilmu mudah untuk difahami, rezeki mula masuk ‘berdesuuppp’, doa akan mudah dimakbulkan dan banyak urusan-urusan akan dipermudahkan oleh Allah..
Formula rezeki telah dibongkarkan. So, ape lagi, buka Al Quran dan bacalah.. (Mood saya dan anda terus buka Quran dan baca).
Al Huda (Petunjuk)
”Alamak, kita ni, dah sesat ni..”
“Itulah engkau, aku minta kau guna ‘waze’, kau tak nak. Kan, dah sesat ni..”
Untuk memastikan kita tidak sesat jalan, maka alat untuk membantunya ialah ‘penunjuk arah’ seperti waze, google maps dan lain-lain lagi. Samalah seperti kehidupan. Tak nak sesat, carilah Al Quran. Kerana Al Quran itu petunjuk kepada kita. Seperti mana dalam ayat kedua surah Al Baqarah.
Tak perlu percaya apa yang saya kongsikan ni, anda buat je. Anda akan dapat ‘feeling’ itu nanti.
As Syifa (Penawar)
“Ustaz, emak saya dah lama sakit kronik, ada ke ayat-ayat untuk merawat penyakit dia ni?”.
“Ustaz, macam mana nak buang penyakit ujub, dengki, kedekut?”.
“Ustaz, kedai saya kena santau la, macam mana ye?”
Anda pernah dengar kan, masalah-masalah begini. Atau mungkin anda pernah melaluinya kan?
Dan anda mencari ‘solution’nya. Jawapannya sangat senang jika kita mencarinya di dalam Al Quran.
Contohnya, jika anda atau keluarga terdekat ditimpa penyakit kronik, maka anda boleh amalkan dengan menyebut “Ya Arhamarrahiimiin” sepertimana yang diamalkan Nabi Ayub di dalam surah Al Anbiya’ ayat 83.
Untuk membuang sifat kedekut, cubalah hayatilah Al Quran yang mana Allah menjanjikan ‘reward’ jika kita bersedekah. ‘Reward’ yang tidak disangka-sangkakan dan tidak diketahui dalam bentuk macam mana. Samaada wang, kebahagiaan, atau banyak lagi.
Penawar untuk santau pula, boleh amalkan ‘Ruqyah’. Dan banyak lagi, penawar-penawar yang boleh ditemui dengan Al Quran.
Nanti saya akan ‘share’ lagi, sifat-sifat Al Quran. So, JOM, share dulu yang ni. SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.
Discussion about this post