Pahala Baca Al Quran Sebelum Tidur Jarang Diketahui Orang Ramai

Pahala baca al quran sebelum tidur

BACALAH AL QURAN SEBELUM TIDUR WALAUPUN DAH MENGANTUK

“Siapa yang selalu mengamalkan membaca surah Al Mulk sebelum tidur? Angkat tangan, saya nak tengok.”

Satu, dua, tiga, empat, lima. Lima orang.

“Ustaz, saya pun baca, cuma tak pernah habis. Baca je, lima ayat. Kadang-kadang dua ayat je. Sedar-sedar dah pagi.” Huhu

“Awak habiskan ke tak surah Al Mulk tu, lepas bangun?”

“Habiskanlah.”

“Alhamdulillah, awak sebenarnya dah baca Al Quran sepanjang malam.”

“Sepanjang malam?? Tak paham la, ustaz. Cuba ‘explain’kan.”

Ok. Saya datangkan hadis dari Sayyidina Umar Al Khattab.

Sayyidina Umar Al Khattab  r.a menyatakan, Rasulullah s.a.w mengatakan, “sesiapa yang tertidur ketika membaca Al Quran pada waktu malam ataupun apa sahaja wirid atau zikir yang dibacanya, kemudian dia membacanya semula antara solat subuh dan solat zuhur, dia dianggap orang yang membaca Al Quran pada keseluruhan malam.”

(Direkodkan oleh Imam Muslim )

“MasyaAllah, ustaz.. Alhamdulillah.. Maknanya, saya dianggap membaca Al Quran sepanjang malam walaupun baca tak sampai lima ayat pun. That’s so amazing.

First time, saya dengar ni.”

Ada lagi.

Ditambah lagi, Sulaiman bin Yasar berkata,Abu Usaid r.a mengatakan, “semalam saya tertidur ketika membaca beberapa ayat Al Quran dan zikir sehingga waktu subuh menjelang. Ketika hari sudah pagi saya mengulang kembali bacaan itu dan bacaan yang saya baca adalah surah Al Baqarah dan saya melihat dalam mimpiku seakan-akan seekor lembu menandukku.”

  (Direkodkan oleh Ibnu Abu Ad-Dunya)

“Selepas saya membaca dua hadis ini, saya selalu amalkan baca Al Quran sebelum tidur. Rugilah kan, kalau tak rebut pahala yang mudah macam ni. Baca sikit je, tapi pahala seperti membaca sepanjang malam.”

“Betul tu. Terima kasih ustaz sebab ‘share’ dua hadis ni. Sekarang ni, saya dah mula ‘apply’ sistem MLM yang ustaz sebutkan sebelum ini. ‘Share’ kepada satu orang. Orang tadi ‘share’ kepada orang lain. Dan orang lain pula ‘share’ dekat orang lain pula. Pahala kita akan berganda hanya ‘share’ kepada satu orang sahaja.”

SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This