AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

Wajib Atau Sunat Baca Isti’azah Setiap Kali Baca Al Quran?

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
Team AlMukhlisinbyTeam AlMukhlisin
Reading Time: 4 mins read
Wajib Atau Sunat Baca Isti'azah Setiap Kali Baca Al Quran?

 

Wajib Atau Sunat Baca Isti'azah Setiap Kali Baca Al Quran?

 

Wajib Atau Sunat Baca Isti’azah Setiap Kali Baca Al Quran?

 

SOALAN :

Ketika saya mengajar budak-budak dekat kelas Fardhu Ain, apabila diminta untuk membaca Al Quran. Ada sesetengah daripada mereka membaca Isti’azah. Dan ada yang terus baca Basmalah tanpa membaca Isti’azah.

Saya tiba-tiba rasa ‘confious’, nak tegur atau tidak. Sebab saya tak tahu, hukumnya Wajib ataupun sunat sahaja.

Adakah lafaz Isti’azah ini satu sahaja atau macam mana?

 

JAWAPAN :

Alhamdulillah. Bagus soalan anta.

Isti’azah adalah ringkasan bagi ayat “A’uzubillahiminassyaithonirrojiim”. Seperti ringkasan bagi “Bismillahirrohmaanirrohiim” ialah Basmalah.

 

Wajib Atau Sunat Baca Isti'azah Setiap Kali Baca Al Quran?

“A’uzubillahi minassyaithonirrojiim”

 maksudnya “Aku berlindung dengan Allah daripada Syaitan yang telah direjam”.

 

Hukum Membaca Isti’azah

 

Wajib Atau Sunat Baca Isti'azah Setiap Kali Baca Al Quran

Hukum membaca Isti’azah ini, ulama’ berpendapat berdasarkan ayat Al Quran dalam surah An Nahl, ayat 98.

Wajib Atau Sunat Baca Isti'azah Setiap Kali Baca Al Quran?

Ertinya : Apabila Engkau membaca Al Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang direjam.

 

 

Pendapat Ulama’ Mengenai Hukum Membaca Isti’azah

 

Wajib Atau Sunat Baca Isti'azah Setiap Kali Baca Al Quran

 

Ulama’ berselisih pendapat samaada Wajib ataupun Sunat Muakkad kerana perbezaan dari segi penafsiran perkataan kata kerja    فاستعذ  yang memberi maksud “Mohonlah perlindungan”.

 

Jadi, saya datangkan 3 perdapat ulama’

 

Pendapat Pertama : 

 

Jumhur Ulama’ berpendapat hukumnya adalah Sunat Muakkad sahaja, berdasarkan pemahaman kepada kata kerja suruhan فاستعذ.  

Maka, mengikut pendapat ini, pembaca Al Quran itu tidak berdosa jika tidak membaca Isti’azah ketika memulakan bacaan.

 

Pendapat Kedua :

 

Sebahagian ulama’ seperti Ata’, Sufyan Ats Sauri & Daud Az Zahiri berpendapat hukumnya adalah Wajib, berdasarkan pemahaman kepada kata kerja suruhan فاستعذ.  

Jika mengikut pendapat ini, pembaca Al Quran itu berdosa jika tidak membaca Isti’azah ketika memulakan bacaan.

 

Pendapat Ketiga :

 

Mengikut pendapat Ibnu Sirin, cukup dengan membaca Isti’azah sekali dalam seumur hidup untuk menggugurkan kewajipan membaca Isti’azah ketika hendak memulakan bacaan.

 

Wajib Atau Sunat Baca Isti'azah Setiap Kali Baca Al Quran

 

Jika ditanya apakah pendapat yang dipilih oleh ustaz?

 

Saya lebih memilih kepada pendapat Jumhur Ulama’ iaitu Sunat Muakkad. Tetapi mewajibkan diri untuk membacanya setiap kali ketika ingin memulakan bacaan Al Quran.

 

Cuba kita tengok apakah tujuan Isti’azah.

Tujuan Isti’azah :

Wajib Atau Sunat Baca Isti'azah Setiap Kali Baca Al Quran

 

Tujuan Isti’azah adalah supaya kita tidak diganggu oleh Syaitan ketika membaca Al Quran.

Disebabkan tujuan Isti’azah yang sangat bagus ini, saya mewajibkan diri untuk membacanya ketika ingin memulakan bacaan Al Quran.

 

Lafaz Isti’azah

Lafaz untuk Basmalah tidak ada perbezaan dan  Ianya mempunyai satu lafaz sahaja.

 

Wajib Atau Sunat Baca Isti'azah Setiap Kali Baca Al Quran?

Bismillahirrohmaanirrohiim

 

Lafaznya sepertimana dalam surah An Naml, ayat 30 :

Wajib Atau Sunat Baca Isti'azah Setiap Kali Baca Al Quran?

 

Untuk lafaz Isti’azah pula. Lafaz yang Masyhurnya ialah :

 

Wajib Atau Sunat Baca Isti'azah Setiap Kali Baca Al Quran?

 

Lafaz ini merupakan lafaz yang digunakan oleh Rasulullah SAW ketika sesi talaqqi. Tetapi Rasulullah SAW juga menggunakan lafaz yang berbeza. Begitu juga para sahabat mempunyai lafaznya tersendiri.

Diantaranya :

 

 

Cara Membaca Isti’azah

 

Wajib Atau Sunat Baca Isti'azah Setiap Kali Baca Al Quran

 

Cara membaca Isti’azah samaada membaca secara Kuat (Jahr) atau Perlahan (Sirr) mengikut keadaan pembaca Al Quran itu.

 

Keadaan membaca secara Kuat (Jahr) : 

 

  • Ketika membaca seorang diri atau di tempat sunyi
  • Di dalam solat, samada seorang diri atau berjemaah. Solat Sirr atau Jahr.
  • Ketika sesi bertadarus, dan anda bukan orang yang pertama yang memulakan bacaan

 

Keadaan membaca secara Perlahan (Sirr) :

 

  • Ketika sesi bertadarus, dan anda orang yang pertama yang memulakan bacaan
  • Ketika sesi bertalaqqi

 

Nota Penting : 

Jika memutuskan bacaan Al Quran atas sebab darurat sepeti bersin, batuk maka tidak perlu mengulangi dengan membaca Isti’azah.

Tetapi jika memutuskan bacaan Al Quran atas sebab menjawab salam atau berbual, maka perlu mengulangi dengan membaca Isti’azah ketika memulakan bacaan.

 

Baca Lagi

Cerita Ghunnah Yang Tak Dapat Dilupakan Sampai Bila-Bila

 

Adakah anda sedang mencari Formula Mudah & Santai belajar ilmu tajwid??

Saksikan hashtag #TajwidSantai

Setiap hari Isnin & Rabu

pada pukul 10:00 malam

Hanya di Facebook AlMukhlisin Home Quran.

 

Ikuti langkah di dalam link video di bawah ini untuk sentiasa mendapat notifikasi daripada AlMukhlisin Home Quran.

 

Jika anda nak BERGURU di rumah anda, samaada Ustaz @ Ustazah. Istimewa untuk mereka yang berada di KELANTAN setakat ini.

Samaada baru nak MULA BELAJAR atau dah boleh baca Tapi BELUM MAHIR ilmu TAJWID.

 

 

(Visited 20,216 times, 1 visits today)
Tags: AlMukhlisinAlMukhlisin Home QuranBacaBaca Al QuranHukumIsti'azahngaji QuranNgaji Quran Di RumahSunatWajib

Discussion about this post

Previous Post

Apakah Hukum Wanita Uzur Baca Quran?

Next Post

Hukum Baca Basmalah Surah At Taubah

Related Posts

Dengung Tak Dengung

NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3

12 June 2022
Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?
Tajwid

Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

26 May 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post
Hukum Baca Basmalah Surah At Taubah

Hukum Baca Basmalah Surah At Taubah

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • Casino In Richmond United Kingdom
  • Online Casino Ireland Bonus
  • Spin Roulette

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?