LAK LAK LAK
“Lak.. Lak..”,
.
.
Siapa yang pernah pergi ke negara Arab seperti Mekah ke, Madinah ke? Kalau pernah, mesti pernah dengar juga pak Arab sebut perkataan ‘lak…lak’ kan..😁
.
.
“Saya pernah ustaz. Sebelum ini, pengawal Arab dekat Mekah pernah melarang saya daripada mengambil gambar. Dia sebut ‘Lak.. Lak.. Ya Hajj”.. Sekarang dah boleh ambil gambar, diorang dah tak marah dah….”
.
.
Yee, betul tu. Kalau anda nak tahu, perkataan ‘lak’ yang dieja dengan لا dalam bahasa Arab itu bermaksud ‘jangan’ ataupun ‘tidak’. Dalam Quran pun ada digunakan simbol لا itu. Tapi apa fungsinya?
Tanda لا dalam Quran itu menunjukkan simbol waqaf, atau tempat berhenti. Jadi, untuk maksud tanda waqaf ‘Lam Alif’ ( لا ) dalam Quran, ia menunjukkan waqaf mamnu’, iaitu tempat perhentian yang ditegah atau dilarang. Kita tidak boleh berhenti di situ kerana sekiranya kita berhenti, ia akan mengubah atau merosakkan makna ayat.
.
Contohnya, ayat ke 25 dalam Surah Al Baqarah, ada tanda لا pada perkataan رزقاً ‘Rizqon‘..
كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِن ثَمَرَةٍ رِزقًا ۙ قَالُوا هٰذَا الَّذي رُزِقْنَا مِن قَبْلُ
(Baqarah 02286, 02:25)
Apabila kita mula baca pada perkataan ‘kullama‘, maka kita tidak boleh berhenti pada perkataan ‘Rizqon‘ kerana ada tanda waqaf mamnu’ selepasnya.
Tapi kalau kita tak sempat nafas macam mana, ustaz??
Kalau kita tak sempat nafas, dan terpaksa buat emergency brake, maka cuba berhenti pada satu kalimah / perkataan SELEPAS tanda ‘ لا ‘ itu, kemudian ulang semula perkataan tersebut untuk mulakan kembali bacaan.
.
Contoh kalau pada ayat ini, kita boleh berhenti pada perkataan ‘Qooluu’, tetapi kena ulang semula pada perkataan ‘Qooluu’ tersebut ketika nak mulakan bacaan.
.
Mudah ke senang ??
.
.
Teori dan ‘terer’, so kena lah ‘terer’kan jugak praktikal. Jadi, apa kata kalau anda cuba keluarkan 1 atau beberapa contoh yang anda pernah jumpa bagi waqaf mamnu’ ni dalam Quran. Boleh kan? 😉
.
.
Anda belajar sesuatu? Jangan lupa kongsikan ilmu yang bermanfaat ini kepada sahabat-sahabat yang lain. Nak dapat SAHAM AKHIRAT ni sangat mudah, kita ajak orang atau sebarkan kebaikan kepada orang lain. Bila orang yang kita ajak itu buat kebaikan tersebut, maka kita akan dapat pahala yang berterusan inshaaAllah.
Sahabat, ustaz nak tanya ni. Ada tak sahabat-sahabat yang bercita-cita nak hafal Quran 30 juzuk? Ada tak yang bercita-bercita nak pakaikan mahkota ke atas kepala kedua ibu bapa mereka dekat akhirat nanti? Kalau ada, ustaz nak bantu anda hafal Quran melalui Panduan Mudah Hafal Quran. Nak tahu macam mana panduan tu? Klik SINIya.
InshaaALLAH, bila kita niatkan hafal Quran untuk balas jasa ibu bapa kita supaya dapat pakaikan mahkota kepada mereka nanti, pasti Allah permudahkan. 😉
Jom tengok perkongsian salah seorang pelajar AlMukhlisin yang bercita-cita nak hafal Quran untuk balas jasa mak ayah beliau.
Baca lebih perkongsian beliau di SINI

Video Tajweed Santai PERCUMA Dengan Minima Infaq RM 100
Dapatkan secara PERCUMA 173 Koleksi Video Tajwid Santai Ustaz Zul AlMukhlisin Musim Pertama yang bernilai RM 1,570 dengan minima infaq RM 100.
Klik SINI untuk info lanjut »»»
www.almukhlisin.com/tajweed-santai-uzam
AlMukhlisin Official (Untuk pertanyaan) »»»
bit.ly/NakTanyaTentangAlMukhlisin
#TajweedSantaiUstazZulAlMukhlisin
#BacaQuranBertajweedSampaiRasaTenang
#CintaIlmuQuranAllahNabi
Discussion about this post