WAQAF JIBRIL??

Waqaf Jibril

 

WAQAF JIBRIL??

.
“Ustaz.. Sebelum ini, ustaz ada bagitahu tentang tanda huruf jim ialah tanda waqaf jaiz bukannya tanda bagi Waqaf Jibril.
.
Jadi, dekat mana ustaz, waqaf jibril itu? Dan Apakah maksud Waqaf Jibril itu.
.
.
Ok.. (Senyum)
.
.
Nama lain bagi Waqaf Jibril A.S ialah Waqaf Sunnah @ Waqaf Nabi.
.
.
Kenapa dinamakan waqaf Sunnah dan Waqaf Nabi??
.
.
Kerana Rasulullah SAW sentiasa waqaf pada tempat tersebut.

Dinamakan Waqaf Jibril pula kerana Nabi mengambil bacaan Quran dari Jibril a.s.
.
.
Satu lagi, Waqaf ini tidak disebut dalam kitab ulum quran, tafsir, hadith dan athar.

Tiada yang menyebutnya sebagai sahih (terdapat khilaf tempat) atau mendaifkannya (ia datang melalui rantaian sanad bacaan Quran).

Waqaf ini hanya disandarkan ilmu mulut ke mulut dari kerana itulah tradisi salaf mempelajari bacaan Quran.
.
.
Sebab itu pentingnya belajar Quran berguru kerana rantaian sanadnya sampai kepada Rasulullah SAW.
.
.
Nampak macam tak sabar je anta nak tahu tempat-tempatnya..
.
Senyum.
.
.
Ye la, ustaz.. Mestilah tak sabar. Ilmu baru kan..
.
.
Ok.. Terdapat 17 tempat.
.
10 yang pertama disebut Syeikh Mahmud Khalil al-Husari (الشيخ محمود خليل الحصري) dalam kitabnya (معالم الاهتداء إلى معرفة الوقوف والابتداء).
.
7 Waqaf jibril ditambah dalam kitab (منار الهدى في بيان الوقف والابتداء) oleh Imam al-Asymuni (أحمد بن عبد الكريم الأشموني) yang diambil dari Imam Sakhawi (السخاوي).
.
.
Selebihnya disebut dalam kitab (حق التلاوة) pengarang (للشيخ حسني شيخ عثمان).
.
.

1. فاستبقوا الخيرات (M/s 23 (ayat 148 Surah Al Baqarah
2. فاستبقوا الخيرات (M/s 116 (ayat 48 Surah Al Maidah
3. قل صدق الله (M/s 62 (ayat 95 Surah Ali Imran
4. أن أقول ما ليس لي بحق (M/s 127 (ayat 116 Surah Al Maidah
5. قل هذه سبيلي أدعوا إلى الله (M/s 248 (ayat 108 Surah Yusuf
6. كذلك يضرب الله الأمثال (M/s 251 (ayat 17 Surah Ar Ra’d
7. والأنعام خلقها (M/s 267 (ayat 5 Surah An Nahl
8. افمن كان مؤمنا كمن كان فاسقا (M/s 416 (ayat 18 Surah As Sajdah
9. فحشر (M/s 584 (ayat 23 Surah An Naziaat
10. ليلة القدر خير من ألف شهر (M/s 598 (ayat 3 Surah Al Qadr

=============================================

11. أَنْ أَنذِر (M/s 208 (ayat 2 Surah Yunus
12. وَلاَ يَحْزُنكَ قَوْلُهُمْ (M/s 216 (ayat 65 Surah Yunus
13. إِنَّمَا يُعَلِّمُهُ بَشَرٌ (M/s 279 (ayat 103 Surah An Nahl
14. لاَ تُشْرِكْ بِاللَّهِ (M/s 412 (ayat 13 Surah Luqman
15. أَصْحَابُ النَّارِ (M/s 467 (ayat 6 Surah Ghofir
16. مِنْ كُلِّ أَمْرٍ (M/s 598 (ayat 4 Surah Al Qadr
17. فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ (M/s 603 (ayat 3 Surah An Nasr

.
.
PESANAN :: Kita akan berhenti pada perkataan-perkataan yang ditulis di atas dan akan memulakan bacaan pada perkataan yang selepasnya.

Tambahan :: Setiap tempat-tempat Waqaf Jibril ini berbeza dari segi alamat Waqafnya.
.
Inilah tanda-tandanya..
.
.
=============
Tanda Waqaf Jaiz
=============

>Nombor 1,2,4,5,6,8 & 17

============
Tanda Waqaf Sili
============

>Nombor 13

============
Tanda Waqaf Qili
============

>Nombor 3,7 & 13.

===================
Tanda Waqaf Ra’sul Aayah
===================

>Nombor 6,10,14 & 16

==============
Tanda Waqaf Lazim
==============

>Nombor 12

=================
Yang di tengah-tengah
=================

>Nombor 9 & 11
.
.
.

Ok, adakah ianya ilmu baru bagi anda??
.
.
SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.

#AlMukhlisin

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This