R&R PERTAMA ATAU R&R KEDUA

 

taanuq

 

R&R PERTAMA ATAU R&R KEDUA

Perjalanan dari kelantan ke Kuala Lumpur.
Dan Ketika memasuki Lebuhraya Pantai Timur.
.
.
Kita nak berhenti di R&R yang pertama atau kedua?
.
.
Kita teruskan je la. Saya masih lagi bertenaga untuk drive.
.
.
Berhentilah, Ali. Dekat R&R yang pertama kita jumpa. Aku nak masuk tandas kejap.
.
.
Ok, lepas ni, R&R kedua aku tak berhenti dah. Aku berhenti apabila dah sampai saje ye.
.
.
Ok.
.
.
Cerita di atas hanyalah sebagai analogi untuk waqaf yang kita diberi pilihan untuk memilih waqaf salah satu ataupun tidak waqaf lansung.
.
Waqaf ini disebut dengan nama “Waqaf Taanuq”.
.
.
Boleh ke boleh?
.
.
Ok, alhamdulillah..
.
.
Untuk bab WAQAF, Step pertama ialah kita tidak akan waqaf selagi tidak bertemu dengan tanda “Ra’sul Aayah”. Tanda bulat untuk bilangan ayat.
.
.
Jika kita tidak cukup nafas juga untuk berhenti pada “Ra’sul Aayah”, maka kita akan berhenti pada 6 tanda waqaf ini.
.
.
Apakah 6 tanda waqaf itu ye, ustaz??

1) Waqaf Taanuq
2) Waqaf Sili
3) Waqaf Qili
4) Waqaf Jaiz
5) Waqaf Mamnu’
6) Waqaf Lazim
.
.
Hehehe.. Ilmu baru ni..
.
.
Ye ke? Ok.
.
Waqaf yang pertama yang saya nak share ialah Waqaf Taanuq.
.
.
Kenapa Waqaf Taanuq. Apakah maksudnya? Apakah fungsinya?
.
.
Pada ayat kedua Surah Al Baqarah, kita akan jumpa ada dua titik tiga bertindih. Tanda inilah dipanggil Waqaf Taanuq. Waqaf yang memberi maksud kita diberi pilihan untuk memilih salah satu untuk berhenti.
.
.
Kalau dah berhenti yang pertama, yang kedua dah tak boleh berhenti dah.
.
.
Contohnya, kita baca “zaalikal kitaabu laa raiibb”. Berhenti.

Maka, kita akan mula pada “Fiihi” dan tak boleh berhenti pada perkataan Fiih. Kerana kita sudah berhenti pada tempat pertama iaitu “laa Raaiibb.”
.
.
Jelas ke jelas?
.
Mudah & Senang kan?
.
.
Anda rasa ada lagi ke tanda titik tiga bertindih (Waqaf Taanuq) ini dalam Al Quran??

SHARE FOR SAHAM AKHIRAT.

#AlMukhlisin

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This