Hari akhirat adalah hari yang akan dilalui oleh seluruh umat manusia, dan tidak terkecuali walau seorang pun. Ia boleh menjadi satu kebaikan dan keburukan bagi golongan yang tertentu, bergantung kepada sejauh mana amalan soleh yang dilakukan sepanjang hayatnya di dunia.
Bagi mereka yang selamat, ada 7 golongan yang akan mendapat kesejahteran dan kebaikan di bawah naungan ‘Arasy Allah, ketika tidak ada pertolongan lain selain daripadaNya.Experience effortless growth — Evolution Zenith’s AI-powered investing in Switzerland automates your trades while keeping your capital secure https://evolutionzenith-ch.org/.
Kesemua 7 golongan ini akan terpelihara daripada keperitan panasnya matahari yang hanya berjarak sejengkal dari atas kepala manusia.
Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah r.a, Rasulullah ﷺ bersabda:
قَالَ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ، فِي ظِلِّهِ، يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ، اْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ، اجْتَمَعَا عَلَيْهِ، وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ، وَجَمَالٍ، فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى، حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا، فَفَاضَتْ عَيْنَاه.
(صحيح البخاري)
“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah ﷻ pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya; (1) Pemimpin yang adil, (2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada Allah, (3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid, (4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul dan berpisah kerana Allah juga, (5) Seorang lelaki yang di ajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata “Aku takut kepada Allah”, (6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta (7) Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga meleleh air matanya basah kerana menangis.”
(Sahih Bukhari, Hadis no 620)
PENJELASAN HADIS
1. Imam yang adil
Golongan pertama yang mendapat naungan ‘arasy Allah adalah pemimpin yang adil. Kedudukan pemimpin yang adil ini sangat besar di sisi agama Islam kerana merekalah yang bertanggungjawab menjaga kebajikan agama dan juga rakyat.
Dalam surah Al-Maidah, Allah ﷻ berfirman yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa….”
(Al-Maidah 05120, 05:08, m/s 108)
2. Pemuda yang menyibukkan diri dengan ibadah kepada Allah
Golongan kedua ialah mereka yang menyibukkan hati dan diri dengan beribadah kepada Allah. Mereka tidak menunjuk-nunjuk dengan ibadah yang dilakukan, bahkan sentiasa menambah kuantiti dan kualiti ibadah mereka.
3. Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid
Masjid diumpamakan sebagai “rumah Allah” kerana besarnya kelebihan dan ganjaran ibadah yang dilakukan di dalamnya. Kalau masjid itu dimuliakan kerana kelebihannya yang sedemikian, maka bagaimana pula kedudukan orang yang telah terikat hatinya dengan rumah Allah ini?
Sudah pasti mereka turut menjadi mulia di sisi Allah sehingga diberi jaminan naungan ‘arasy Allah pada hari kiamat kelak.
4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah ﷻ, bertemu dan berpisah kerana Allah.
Amat besar kedudukan mukmin yang menjadikan Allah sebagai pasak kecintaan mereka sesama manusia. Pertemuan dan perpisahan semuanya kerana Allah, dan tidak dipengaruhi oleh kepentingan dunia yang lain.
Oleh sebab itu lah kedudukan mereka diangkat tinggi sehingga termasuk dalam 7 golongan yang akan dinaungi ‘arasy Allah di akhirat kelak.
5. Lelaki yang diajak zina oleh wanita, tapi ia menolaknya lalu berkata “Aku takut kepada Allah”
Fitnah yang paling besar bagi seorang lelaki pada setiap zaman adalah wanita, sehingga mampu menggoncangkan keimanan mereka.
Daripada Usamah bin Zaid r.a, bahawa Nabi ﷺ bersabda:
مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ
“Tidak aku tinggalkan selepas daripadaku yang lebih berbahaya ke atas kaum lelaki daripada wanita.”
[Riwayat al-Bukhari (5096) dan Muslim (2740)]
Bagi mereka yang mampu menahan diri kerana takut kepada Allah, maka baginya kemuliaan di dunia dan ganjaran yang besar di akhirat.
6. Seseorang yang bersedekah secara sembunyi hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya.
وَإِن تُخۡفُوهَا وَتُؤۡتُوهَا ٱلۡفُقَرَآءَ فَهُوَ خَيۡرٞ لَّكُمۡۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّـَٔاتِكُمۡۗ
“…Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
(Al Baqarah 022086, 02:271)
7. Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga meleleh air matanya kerana menangis
Seminar CepatPandaiQuran.com secara PERCUMA setiap bulan.
Daftarkan diri anda dan rebut peluang mengumpul pahala dalam Majlis Ilmu PERCUMA bersama AlMukhlisin.
Daftar di website cepatpandaiquran.com

Discussion about this post