AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

Cara Berbakti Kepada Ibubapa

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
almukhlisinbyalmukhlisin
Reading Time: 4 mins read
Cara Berbakti Kepada Ibubapa

dato-fadzilah

 

Pengorbanan ibu bapa yang tidak terkira nilainya, tidaklah wajar dipandang remeh oleh anak-anak. Apabila keduanya menghampiri usia yang lanjut, sentiasa ada peluang untuk anak-anak berbakti kepada ibu bapa belum terhenti. Jangan menyesal dihari akan datang apabila ibu bapa tiada lagi disisi.

Lebih penting bagi si anak adalah redha Allah pada dirinya terletak pada redha ibu bapa. Jadi di sini saya kongsikan 7 cara berbakti kepada ibu bapa semasa hayatnya masih ada untuk kita mendapat keredhaannya.

1. Memberi Kasih Sayang

ibubapa

Balasan paling mudah yang dapat dilakukan bagi seorang anak kepada ibu bapa adalah memberi kasih sayang kepada mereka. Sebagaimana ibu bapa kita pernah melimpahkan kasih sayang dan menatang kita bagai minyak yang penuh, begitulah cara yang perlu kita curahkan kasih kepada mereka. Kita boleh merajinkan diri untuk berbual-berbual dan menghiburkan hati ibu bapa.

2. Memberi Perhatian

anak derhaka tinggal ibu di hospital

Ibu bapa yang semakin hari meniti usia tua, akan semakin sensitif perasaannya. Mereka lebih cenderung berasa sunyi apabila anak-anak yang membesar dan semakin mengabaikan mereka sendirian tanpa perhatian. Ini akan mempengaruhi kesihatan fizikal dan mental iu bapa tersebut.

Contoh yang dapat kita lakukan dalam memberi perhatian terhadap ibu bapa adalah sentiasa meluangkan masa untuk bersama mereka dengan aktiviti bekeluarga. Sekecil-kecil perkara yang dapat dilakukan sekiranya seorang anak berada jauh daripada ibu bapa adalah dengan menghubungi mereka untuk bertanya khabar.

3. Memenuhi Hajat

parents

Memenuhi hajat ibu bapa menjadi keutamaan berbanding melakukan tugas lain. Malah berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medan perang sebagaimana yang diriwayatkan daripada Bukhari dan Muslim.

Ibnu Umar berkata : Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW,

“Apakah perbuatan yang disukai oleh Allah?”

Lalu Baginda bersabda, “Solat pada waktunya.”

“Kemudian apa?” tanya saya lagi.

Baginda menjawab, “berbakti kepada kedua ibu bapa.”

Saya bertanya, “apa lagi?”

Baginda menjawab, “berjihad pada jalan Allah.”

4. Melakukan Yang Mereka Gemari

ibu-dan-anak-memasak-di-dapur-ilustrasi-_150115193244-543

Selagi mana arahan daripada ibu bapa tidak bertentangan dengan syariat Islam, seharusnya kita melakukan sesuatu yang baik untuk pandangan mereka. Jika kita melakukan yang sebaliknya, ia seperti menderhaka. Anak-anak yang menderhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya malah diberikan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Dalam hadis diriwayatkan al-Hakam yang bermaksud:

“Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.”

5. Bertutur Dengan Lemah Lembut

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (Surah al-Isra': 23)

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (Surah al-Isra’: 23)”

Bertutur dengan lemah lembut adalah salah satu cara bagi menjaga perasaan ibu bapa. Tentu saja ibu bapa akan senang hati terhadap respon yang diberikan kepada setiap pertuturan lemah lembut anak-anak, lantas komunikasi yang harmoni dan berkesan dapat dihasilkan.

7. Mendoakan Kebaikan Untuk Ibu Bapa

Sebagai seorang anak, perlunya kita untuk sentiasa mendoakan kebaikan ibu bapa kita. Malah amalan mendoakan mereka tidak habis untuk dunia sahaja, tetapi akhirat mereka juga. Antara doa yang lazim kita amalkan adalah sebagaimana dalam firman Allah SWT yang bermaksud,

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (Surah Al-Isra': 24)

“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” (Surah Al-Isra’: 24)”

7. Menghulurkan Bantuan Kewangan

Sebagai anak yang punya kudrat yang lebih kuat berbanding ibu bapa, seeloknya hasil daripada usaha pendapatan kita dihulurkan kepada ibu bapa semampunya. Ada dalam kalangan ibu bapa yang tidak mampu lagi membanting tulang bagi meraih pendapatan lagi atas faktor lanjut usia. Lagi pula seusia mereka seharusnya tidak lagi terbeban dengan kerja-kerja berat tetapi bersenang lenang dan menikmati ibadat.

Mungkin 20, 30 atau 40 peratus pendapatan kita dapat dikongsikan bersama mereka mengikut kemampuan. Hal ini kerana dengan izin Allah rezeki kita akan bertambah berkat bila mana ibu bapa mendoakan kembali kebaikan buat kita.

(Visited 4,003 times, 20 visits today)

Discussion about this post

Previous Post

Mukjizat Al Quran

Next Post

Bersedekah Dengan Ikhlas Kita Boleh Kaya

Related Posts

Motivasi

Menyingkap Peristiwa NUZULUL QURAN

19 April 2022
Anda Serabut
Motivasi

Mengurus Emosi Dengan Quran

28 March 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post
Bersedekah Dengan Ikhlas Kita Boleh Kaya

Bersedekah Dengan Ikhlas Kita Boleh Kaya

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • 3 Tips Merawat Hati Ketika Sedih Atau Dilanda Ujian
  • NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3
  • Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?