Tak lama lagi kita akan masuk Tahun Baru 2017. Jom tanamkan niat yang mulia untuk tahun baru. Saya yakin kita semua akan berusaha untuk membaca Al Quran seberapa banyak yang boleh dan kalau boleh kita nak khatam Al Quran sebulan sekali. Banyak kebaikan dan fadhilat yang kita boleh dapat apabila membaca Al Quran.
Akan tetapi sebagai wanita yang masih didatangi haid setiap bulan, ada beberapa hari yang kita tidak boleh membaca Al Quran, solat dan berpuasa dan mungkin antara kita yang bimbang bagaimana nak menghabiskan 30 juzuk Al Quran dalam masa 30 hari? Boleh ke? Ada ke caranya? InshaaAllah ada caranya.
Selepas anda lihat gambar diatas, InshaaAllah anda boleh habis 30 juzuk dalam masa sebulan. Yang penting anda perlu istiqamah dan berusaha bersungguh-sungguh. Jangan rasa kecewa jika tidak dapat khatam, setiap kebaikan yang kita lakukan, InshaaAllah ada ganjaran dan hikmahnya.
Semoga amalan yang kita lakukan sepanjang tahun ini mendapat keberkatannya dan semoga Tahun Baru yang akan datang lebih baik dari tahun sebelum ini serta lebih bermakna. Tiada istilah terlewat untuk belajar dan mendalami Al Quran. Carilah guru yang boleh membimbing kita membaca Al Quran.
Discussion about this post