Setiap manusia yang bergelar muslim pasti mempunyai impian untuk menghafal Al Quran. Samaada hafal beberapa surah-surah atau hafal 30 juzuk Al Quran. Ada beberapa faktor yang menghalang mereka daripada mencapai apa yang dicita-citakan itu.
Diantara faktornya :
- Tak tahu macam mana nak hafal?
- Masa terhad
- Tak ada guru yang boleh ‘guide’ untuk menghafal.
- Semangat sekejap-sekejap.
JANGAN RISAU.
Allah sudah berjanji bahawa Al Quran itu sangat MUDAH dan SENANG. Bahkan diulang-ulang sebanyak 4 kali di dalam Surah Al Qamar. Ayat 17, 22, 32 dan 40.
Mudah dan senang dari segi baca, faham, hafal, tulis, amal dan sebagainya. Cuma ianya memerlukan step yang betul.
Nak tahu ke nak tahu ni?
Untuk lebih berkesan, ketika anda baca artikel ini, pastikan Al Quran ada di hadapan anda.
Tips Mudah Hafal Al Quran
STEP MENGHAFAL AL QURAN.
FIRST SEKALI,
Pastikan niat kena betul. Niat menghafal Al Quran adalah untuk mendekatkan diri kepada ALLAH.
Tarik nafas. Lepas. Tuliskan niat anda itu di awal muka depan Al Quran anda. Tulis pada Al Quran yang anda hendak hafal. Guna satu Al Quran sahaja, ye.
Ok, Dah ye.
Yang kedua. Tulis tarikh bila anda nak habiskan hafalan anda itu.
Contoh, ” Alhamdulillah, saya bersyukur kerana telah menghafal 30 juzuk pada 20.4.2020.”
Budget dalam 3 tahun. Kenapa 3 tahun? Kerana anda akan mula bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat tersebut.
Ok, dah tulis ye. Sekarang, Selak muka surat 1 hingga 604 tanpa membacanya. Selak saje. Only 13 minit je.
Kenapa?
Kerana ketika anda selak helaian-helaian muka surat Al Quran. Anda akan mendapat ‘feel’ keberkatan Al Quran. Sambil-sambil selak, banyakkan berdoa supaya ALLAH permudahkan untuk mencapai matlamat tersebut. Matlamat nak hafal 30 juzuk Al Quran.
Sekarang pilih surah yang anda hendak hafal. Saya syorkan mengikut turutan di bawah ini ;
- Surah As Sajdah
- Surah Yaasin
- Surah Ad Dhukhan
- Surah Al Mulk
- Juzuk 30 (Surah An Nas – Surah An Naba’)
- Surah Al Waqiah
- Surah Al Insan
- Surah Kahfi
- Surah Luqman
- Surah Maryam
- Surah Ar Rahman
- Kemudian mulakan dari awal Surah Al Baqarah.
Apabila nak hafal Al Quran. Anda perlu setkan masa berapa minit untuk hafal.
Mulakan dengan hanya 3 minit setiap hari.
Ok, kita mulakan dari ayat pertama surah As Sajdah.
Baca ayat pertama selama 3 minit. Tak kira berapa kali yang dibaca.
Lama kan?
3 minit dianggap sekejap kalau buat kerja lain. Tetapi apabila kita menghafal Al Quran selama 3 minit, Kita akan merasakan sangat lama. Ini kerana, ALLAH telah memberkati masa kita. Waktu singkat tetapi dirasakan lama.
Dah bacakan, selama 3 minit. Buka quran tafsir. Baca dan faham apa yang hendak diceritakan oleh ALLAH kepada kita.
Catatkan secara ringkas maksud ayat tersebut. Ringkasan dalam bentuk gambar adalah sangat-sangat digalakkan. Ini adalah kerana melalui kaedah penceritakan dalam bentuk gambar, anda akan memudahkan untuk anda mengingatinya dan memahaminya.
Contoh Surah Yaasin Ayat 1 hingga 6 yang telah dibuat oleh salah seorang ‘student’ saya, budak darjah 5.
Mudah kan nak faham. Seterusnya, apa yang anda faham dari ayat tersebut. Sampaikan dalam bentuk yang paling mudah.
Contoh. “Ali, kau nak tahu. Al Quran itu diturunkan oleh ALLAH untuk bagi peringatan. Tapi ramai yang tak nak mendengarnya”. Dalam Surah Yaasin ayat 5.
Siap boleh sebut surah dan ayat lagi.
Kalau anda perasan, kenapa penceramah-penceramah lancar je, menyebut ayat Al Quran yang ingin diulaskannya. Siap dapat sebut ayat dan surah. Rahsianya mudah saje. Sampaikan ayat yang Al Quran kepada orang lain. Sampaikan dalam bentuk yang paling mudah untuk difahami. Bukan terjemahan secara perkataan. Dan sentiasa diulang-ulang ayat itu.
Sekarang,
Tutup Al Quran dan baca. Kalau tak ingat, buka lagi. Buat dalam masa 2 minit sahaja.
Cuba cari orang untuk anda memperdengarkan bacaan yang telah anda hafal. Kalau ada Tuan Guru yang dapat ‘guide’ anda lagi mudah. AlMukhlisin mempunyai guru-guru Al Quran yang boleh membimbing anda untuk menghafal Al Quran di rumah anda sendiri. Tekan “Nak Mengaji” untuk maklumat lanjut.
TEKAN “NAK MENGAJI” untuk maklumat lanjut.
Setelah membacanya di hadapan Tuan Guru.
Buka Al Quran dan tuliskan ayat anda hafal di buku tulis.
” Tulis tanpa melihat ke ustaz?”
Tak. Kalau dah ‘terer’ nanti. Tulislah tanpa tengok pulak.
Saya tak pandai tulis arab. Tak pe. Cari kertas karbon. dan tekupkan. Gurau je. Hehehe.
Mudah je. Tiru je. Lama-lama, anda akan mahir.
‘Step’ terakhir yang paling berkesan ialah baca ayat yang anda hafal itu di dalam solat. Anda baca ketika solat sunat. Dengan cara ini, anda akan dapat menguatkan hafalan anda.
Step Terakhir ialah banyakkan mendengar hafazan yang kita sudah hafal. InsyaAllah, dengan kaedah ini ianya akan mengukuhkan lagi hafazan kita.
Perlukan motivasi ketika hafal Al Quran.
Jika anda sedang mencari Formula Mudah & Santai belajar ilmu tajwid??
Saksikan hashtag #TajwidSantai
Setiap hari Isnin & Rabu
pada pukul 10:00 malam
Hanya di Facebook AlMukhlisin Home Quran.
Ikuti langkah di dalam video ini untuk sentiasa mendapat notifikasi daripada AlMukhlisin Home Quran.
Jika anda nak BERGURU di rumah anda, samaada Ustaz @ Ustazah. Istimewa untuk mereka yang berada di KELANTAN setakat ini.
Samaada baru nak MULA BELAJAR atau dah boleh baca Tapi BELUM MAHIR ilmu TAJWID.
Discussion about this post