Stressnya Hafal Al Quran Sebab Still Tak Ingat Juga

 

 

Motivasi Hafal Al Quran

 

Hafal Al Quran. Hafal Al Quran itu sangat mudah dan senang. Ketika dalam proses menghafal Al Quran, motivasi diri itu sangat penting supaya kita tidak akan mudah putus asa.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada student saya sedang stress kerana sukar nak ingat.

Ikuti perkongsian ini.

“Stressnya Hafal Al Quran Sebab Still Tak Ingat Juga..”

“Ustaz, saya dah hafal Al Quran tapi tak ingat-ingat lagi. Kenapa ya ustaz? Stress saya dibuatnya.. Huhu

Senyum.. Alhamdulillah.

 

Motivasi Hafal Al Quran- Senyum

 

 

Ada 4 hikmah kenapa akak hafal-hafal tapi masih tak ingat. Akak nak tahu??

Mestilah ustaz. Stress saya dibuatnya.

Hikmah yang pertama kerana Allah ingin memberi kepada akak banyak KEBAIKAN.

Setiap apa yang akak baca ketika menghafal Al Quran itu dikira sebagai amal kebaikan.

Tempoh masa untuk akak menghafal satu ayat itu sangat lama, sehinggakan 1 bulan untuk 1 ayat sahaja.
Hikmahnya adalah Allah menginginkan kita sentiasa dalam kebaikan.

Satu Huruf bersamaan dengan 10 kebaikan (pahala).

Kalau akak rasa susah untuk menghafal. Satu Huruf dikira sebagai 2 kebaikan. Jadi akak dapat 20 pahala untuk setiap 1 huruf itu.

Semakin payah akak menghafal, semakin banyak kebaikan yang diberikan oleh Allah kepada akak.

Alhamdulillah.. Baru tenang saya, ustaz.

Senyum..

 

Hikmah keduanya ialah Menghafal Al Quran seperti kita berada dalam satu taman yang indah. Kita akan merasa tenang berada di dalamnya. Dan yang paling penting kita tidak merasa terburu-buru untuk keluar. Kan?

Begitulah ketika akak menghafal tapi belum juga ingat-ingat, ialah salah satu cara Allah memberikan peluang kepada akak untuk menikmati taman itu.

Macam mana?

Dah rasa nikmatnya kan? SENYUM mewek sikit. (Loghat kelantan).

Hehe.. Ustaz ni..

Hikmah ketiganya ialah ketika akak menghafal Al Quran, akak menggunakan mata, telinga, lidah, anggota badan yang lain tidak melakukan maksiat.

Semakin lama tempoh akak menghafalnya, rohani akak akan semakin bersih.

Akak nak ke, kalau rohani akak bersih?

Senyum. Mestilah nak, ustaz.

Allah itu baik kan.

Ye ustaz. SENYUM.

Hikmah keempatnya ialah kerana Allah mencintai akak.

Allah belum memberikan REZEKI untuk akak mengingati ayat-ayatNYA, sehinggalah akak betul-betul layak untuk dicintai olehNYA.

Akak-akak. Ketika akak menghafal Al Quran. Rasa letih tak?

Letih la, ustaz.

Letih kerana menghafal Al Quran adalah perkara yang BAGUS. Setiap keletihan akak akan dicatatkan sebagai amal soleh. Semakin akak letih, semakin banyak amal soleh yang akak akan dapat, kan?

Ye, ustaz..SENYUM.

So, macam mana?

Saya akan hafal Al Quran. Cepat atau lambat saya serahkan kepada Allah. Terima kasih di atas pencerahan ini. Tenang hati saya.

Alhamdulillah. Dalam Surah Al ‘Ankabuut : ayat 69 ada sebut.

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

Kita hanya perlu berusaha, Allah yang akan menentukannya.

Macam mana anda sebagai pembaca, pernah ke datang perasaan stress sebab tak ingat-ingat apa yang dihafal?

Sekarang rasa tenang juga kan?

SENYUM. Alhamdulillah. Terima kasih ustaz sebab memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada saya. Boleh saya dapatkan khidmat nasihat ustaz?

Boleh sangat-sangat. TEKAN “Guru Al Quran AlMukhlisin”.

 

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This