Découvrez l'épopée ludique de Casinoly, où chaque partie est une quête pour la gloire. Inspiré par la splendeur de la Rome antique, ce casino vous propose une aventure inédite. Combattez dans des tournois, bénéficiez de bonus épiques et inscrivez votre nom dans le grand livre des vainqueurs.

L'apogée du gaming se trouve chez Europe Fortune Casino. Avec une plateforme intuitive et un catalogue de jeux triés sur le volet, il garantit une expérience de jeu sûre et élégante. Ici, la chance et le style se rencontrent pour créer un environnement de jeu idéal pour les joueurs les plus exigeants.

L'innovation est le maître mot de Unique Casino. Ce casino se distingue par son approche révolutionnaire, offrant des fonctionnalités inédites comme le retrait express et un support client ultra-efficace. C'est la destination parfaite pour ceux qui cherchent une expérience qui sort de l'ordinaire.

Bienvenue dans l'univers de Bruno Casino. Ce casino se distingue par son ambiance conviviale et sa large sélection de jeux pour tous les goûts. Que vous soyez un passionné de machines à sous ou un adepte des jeux de table, vous trouverez votre bonheur ici, avec des bonus qui vous accompagneront à chaque étape.

AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

QURAN UBAT PENAWAR TERBAIK

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
Team AlMukhlisinbyTeam AlMukhlisin
Reading Time: 6 mins read

Bermula dengan memori zaman kanak-kanak, beliau juga seperti yang lain, kadang-kadang liat nak mengaji Quran. Siap mak baling tin Planta, barulah nak mengaji, hehe.. Itulah didikan dan ketegasan ibu bapa zaman dahulu, dan kerana ketegasan begitu, Puan Hasniza atau Kak Has menjadi dirinya yang sekarang.

Alhamdulillah berkat usaha, Kak Has berjaya khatam bacaan pada usia 9 tahun dengan seorang ustazah di kampungnya di Kedah pada ketika tu.

DAH KHATAM, TAK PERLU DAH BACA QURAN?

Kebiasaan masyarakat kita, apabila dah khatam bacaan masa kanak-kanak, ramai yang terus meninggalkan bacaan Quran apabila meningkat remaja dan dewasa.

Kak Has pun berkongsi pengalaman yang sama. Disebabkan dah khatam pada usia 9 tahun, bila masuk zaman sekolah, pengajian kampus dan bekerja, Quran sudah tidak lagi menjadi rutin harian. Malah hanya dibaca ketika ada keperluan sahaja, contohnya bacaan wajib surah Yasin setiap pagi di sekolah, dan bacaan surah-surah pilihan tertentu.

Quran bukan lagi sebagai keperluan harian, tetapi hanya dijadikan sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu, contohnya bila nak exam, baca Yasin. Sewajarnya Quran tidak diperlakukan sedemikian rupa. Tapi apakan daya, pada ketika itu, Kak Has juga seperti manusia yang lain, tak terlepas dari salah dan silap.

QURAN SEBAGAI PENYEMBUH SEGALA PENYAKIT

Dengan izin Allah, apabila satu demi satu ujian datang menyapa diri Kak Has, pada waktu itu Allah hadirkan kembali hidayah dan taufiq kepada Kak Has untuk mendekati Quran. Ditakdirkan Kak Has diuji dengan sihir buatan orang kepada dirinya ketika zaman pembelajaran di kampus lagi. 

Walaupun sudah berikhtiar mendapatkan rawatan dari pelbagai pihak, Kak Has belum sembuh sepenuhnya dari gangguan sihir tu. Hati masih belum tenang, masih lagi diselubungi ketakutan dan dibayangi gangguan sihir tu. 

Bagaimana bermulanya kisah Kak Has terdetik nak kembali kepada Quran? Sebab Kak Has berazam nak sembuh dari gangguan sihir melalui keberkatan ayat-ayat suci Quran yang bersifat sebagai syifa’ (penyembuh).

Benarlah janji Allah dalam Quran :

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ

“Dan kami turunkan Al-Quran sebagai penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (QS Al-Isra [17]: 82)

Tiada penyembuh terbaik yang dapat mengeluarkan Kak Has daripada belenggu gangguan sihir. Jadi selepas dah berikhtiar dengan pelbagai cara, Kak Has nekad untuk berubat sendiri melalui ayat-ayat Quran yang beliau sendiri perlu baca, hafal dan amalkan.

TITIK PERTEMUAN DENGAN ALMUKHLISIN

Maka bermulalah kisah perjalanan Quran Kak Has. Kak Has mula mengikuti pelbagai kelas pengajian berkumpulan secara online. Pada ketika itu iaitu tahun 2018, walaupun sudah bertemu dengan AlMukhlisin melalui Facebook Page AlMukhlisin Home Quran, rezeki belum memihak kepada Kak Has kerana pada masa itu AlMukhlisin belum menyediakan platform pembelajaran secara online. Jadi Kak Has hanya belajar ilmu Tajwid dengan Ustaz Zul melalui VCD Mudahnya Belajar Tajwid (FMBT) terbitan AlMukhlisin. 

Berlakunya Pandemik Covid-19 sehingga seluruh negara dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 yang lalu memberi hikmah yang tak ternilai bagi Kak Has dan AlMukhlisin sendiri. 

Bermula dari PKP Mac 2020, AlMukhlisin mengadakan program perkongsian ilmu tajwid secara online melalui slot Waqiah Magnet Rezeki di FB Page AlMukhlisin Home Quran dan seterusnya membuka peluang pembelajaran Quran secara one-to-one melalui kelas Ulul Albab Circle (UAC) AlMukhlisin.

Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, Kak Has yang pada ketika itu memang sedang mencari slot belajar Quran secara berseorangan, tidak lagi bertangguh dan terus mendaftarkan diri untuk mengikuti kelas Ulul Albab Circle (UAC) AlMukhlisin. Dari situlah Kak Has berpeluang belajar berguru secara one-to-one dengan Ustaz Zul AlMukhlisin sehinggalah sekarang sudah pun masuk bulan yang ke-10 Kak Has berguru secara bersendirian bersama AlMukhlisin.

QURAN MENGUBAH KEHIDUPAN

Kongsi Kak Has, sejak beliau konsisten belajar Quran dari melazimi bacaan sehingga kepada menghafaz surah-surah tertentu, kehidupan Kak Has lebih tenang. Lebih-lebih lagi ketika gangguan sihir itu muncul, kalau dulunya Kak Has sentiasa dalam ketakutan, tapi sekarang disebabkan keberkatan berdamping dengan Quran, Kak Has menjadi lebih kuat dan berani sebab beliau yakin pertolongan Allah itu sentiasa menemani beliau.

Boleh tonton di sini video Kak Has memperdengarkan hafalan Quran beliau :

Pesan Kak Has, baca Quran ni bukan sekadar baca sahaja. Hafal Quran pun sekadar hafal macam tu je. Tapi kena niatkan dalam hati mendekati Quran ni sebab nak pelihara kesucian Quran. Jadi nak capai tahap memuliakan Quran tu sendiri, memerlukan usaha dan kerja keras daripada diri kita. Kita yang perlu bersungguh-sungguh belajar dan mengajarkan kembali kepada orang lain. 

Nasihat Kak Has lagi, sepertimana kita semua sentiasa pasang niat untuk menunaikan haji ke Mekah, begitulah juga kita perlu pasang niat untuk menghafaz 30 juzuk Quran.

Jadi dalam proses nak mencapai level menghafaz Quran, perlu bermula dari bawah iaitu mantapkan dulu bacaan Quran sehingga betul tajwidnya, makhraj sifatnya, waqaf ibtida’nya dan sempurna pada sebutan makhraj dan sifat-sifat huruf. 

Sambil-sambil tu, dah boleh mula berjinak-jinak untuk menghafal Quran pula. Kata-kata Kak Has yang paling terkesan adalah, kita tak perlu tunggu untuk jadi ustaz / ustazah , baru nak mula belajar dan hafal Quran. Mulakan sekarang tanpa bertangguh sebab kematian pun tak menunggu kita.

KEPENTINGAN BELAJAR BERGURU

Tapi apapun, apa jua usaha kita dalam proses nak mendalami Quran, baik untuk membaca, menghafal atau memahami Quran, kita tetap memerlukan bimbingan guru dan kaedah atau sistem yang boleh bantu memudahkan usaha kita. Barulah segala penat lelah tu menjadi lebih efektif dan berkesan kepada orang yang melalui proses berguru tu. 

Akhir sekali, apabila ditanya kenapa Kak Has sangat konsisten berguru bersama AlMukhlisin, Kak Has yang dah pernah belajar dengan ramai guru sebelum bertemu dengan AlMukhlisin baik guru dari dalam negara mahupun luar negara, beliau mengakui bahawa sistem yang diperkenalkan oleh AlMukhlisin dalam proses untuk mahir membaca seterusnya menghafal Quran adalah yang terbaik dan sebati dengan jiwa Kak Has.

Yang paling mengharukan apabila Kak Has seperti melafazkan satu akad, iaitu mahu berguru belajar dan mendalami Quran bersama AlMukhlisin sehingga ke akhir hayat beliau.

Begitulah lembutnya jiwa seorang insan yang telah menyambut hidayah Allah untuk kembali menjadikan Quran sebagai pegangan hidup setelah diuji dengan pelbagai ujian dan cubaan dalam kehidupan.

Ikuti perkongsian panjang dan menarik oleh Kak Has dalam video di bawah. 

Semoga hati kita semua juga dipilih oleh Allah untuk menyambut hidayah dan petunjukNya.

Anda mahu dibimbing sepertimana AlMukhlisin membimbing (nama student) ?

Belum terlambat untuk MULAkan bertindak.

Tekan ini SEKARANG. Now or never.

– Konsisten Berguru Sehingga Ke Akhir Hayat –

(Visited 73 times, 1 visits today)
Tags: bahagiainspirasimotivasiQuranrezeki

Discussion about this post

Previous Post

USIA 67 TAHUN BUKAN PENGHALANG BELAJAR TEKNOLOGI DEMI QURAN

Next Post

QURAN ITU MUDAH BAGI YANG MEMAHAMI HIKMAH

Related Posts

BERJAYA Cinta Quran Berkat Bimbingan GURU AlMukhlisin –
Offline

BERJAYA Cinta Quran Berkat Bimbingan GURU AlMukhlisin –

28 April 2022
Saya Percaya, BELAJAR dan MENGAJAR Quran BUKAN Untuk Ustaz dan Ustazah Je…” – Norhasniza
Berkerja

Saya Percaya, BELAJAR dan MENGAJAR Quran BUKAN Untuk Ustaz dan Ustazah Je…” – Norhasniza

18 July 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post

QURAN ITU MUDAH BAGI YANG MEMAHAMI HIKMAH

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • Une odyssée futuriste dans le monde du jeu en ligne
  • Un voyage chanceux au cœur d’un univers de jeu éclatant
  • Une escapade luxueuse dans l’univers du jeu en ligne

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?