USIA 67 TAHUN BUKAN PENGHALANG BELAJAR TEKNOLOGI DEMI QURAN

Semua sedia maklum, zaman sekarang adalah zaman millenia atau zaman kemajuan IT di mana pelbagai sumber ilmu boleh didapati secara online. Tidak terkecuali ilmu-ilmu agama dalam pelbagai bidang.

Tapi zaman serba canggih ini selalunya hanya serasi dengan golongan muda sahaja. Bagaimana dengan golongan yang lebih berusia? Adakah mereka tidak boleh belajar untuk menguasai kemudahan teknologi ini atau sememangnya luar dari kemampuan mereka untuk mencuba sesuatu yang baru?

Jawapannya sudah tentu tidak sama sekali. Sebab Pn Siti Habibah Jamaluddin telah membuktikan sebaliknya.

KELUAR DARI ZON SELESA

Pn Siti Habibah atau lebih mesra digelar Mak Long Habibah, berusia 67 tahun, adalah salah seorang daripada student Ulul Albab Circle (UAC) AlMukhlisin yang telah menunjukkan contoh disiplin seorang anak murid sepanjang proses pembelajaran ilmu Quran. 

Beliau ada kongsikan sebab utama kenapa beliau tetap gigih mencuba sesuatu yang baru di luar dari kemampuan dan kebiasaan hanya kerana semata-mata nak belajar Quran.

QURAN DILUPAKAN KETIKA SENANG

Mak Long mengimbau kembali kisah silam pada zaman kanak-kanak yang dulunya tidak ambil serius untuk belajar baca Quran. Rasanya kita semua masa zaman kanak-kanak pun macam tu kan? Lumrah kanak-kanak itu kan suka main-main, tenggelam dalam dunia sendiri, belum masanya untuk serius dalam menuntut ilmu. 

Tapi bagi Mak Long Habibah, walaupun tidak bersungguh belajar Quran, beliau tetap berjaya khatam bacaan kerana adanya ketegasan seorang ayah yang sentiasa ditemani dengan rotan di tangan tatkala ditangkap kerana ponteng kelas mengaji di kampung. Kanak-kanak mana yang tak takut dirotan kan? Hehe … 

Apabila masuk ke alam persekolahan, ditambah pula dengan suasana sekolah Inggeris pada ketika itu, Mak Long Habibah semakin jauh dengan rutin bacaan Quran. Walaupun ada disediakan kelas pendidikan agama di waktu yang lain, Mak Long Habibah antara kanak-kanak yang suka ponteng kelas. 

UJIAN TANDA KASIH SAYANG ALLAH

Selepas Mak Long berkeluarga dan sibuk menguruskan anak-anak yang sedang membesar, di kala beliau menjadi semakin jauh dengan Quran, langsung tak menjadikan bacaan Quran sebagai rutin harian, di waktu itulah ujian Allah datang kepada beliau sekeluarga. 

Benarlah, Allah itu suka kepada hamba-hambaNya yang meminta. Disebabkan itulah, ketika manusia dalam kesenangan dan melupakan Allah, Allah akan berikan ujian supaya dengan ujian itu, manusia akan kembali ingat kepadaNya.

Allah memberikan ujian kesihatan kepada anak Mak Long Habibah sehingga memerlukan rawatan melalui perubatan Islam. Apabila diamanahkan oleh ustaz yang mengubati anak beliau supaya membaca ayat-ayat Quran, pada ketika itu, barulah Mak Long terjentik dalam hati bahawa dirinya perlu kembali baca Quran.

Akibat terlalu lama meninggalkan rutin bacaan Quran, kualiti bacaan Quran Mak Long telah kembali kepada asal seperti kanak-kanak yang baru nak belajar. Allahu akbar.

Tapi Mak Long tak berhenti di tengah jalan. Dicuba sebaik mungkin untuk perbaiki semula bacaan Quran beliau. Sebab beliau ada azam yang kuat untuk menyembuhkan penyakit si anak dengan sentuhan dan alunan ayat-ayat suci Quran.

TITIK PERTEMUAN DENGAN ALMUKHLISIN

Disebabkan niat nak belajar, nak perbaiki kualiti bacaan Quran menjadi lebih baik, Allah datangkan peluang kedua, apabila beliau dipertemukan dengan Circle TAM AlMukhlisin. Tanpa berfikir panjang, Mak Long tak lepaskan peluang untuk “paksa diri” baca Quran melalui sistem tadarus dalam group TAM AlMukhlisin.

Selepas beberapa ketika, Mak Long rasa belum puas hati sebab beliau sedar bahawa bacaan Quran masih banyak yang perlu diperbaiki, dan perlunya kepada bimbingan seorang guru Quran. 

Selain dari menjalani rutin bacaan Quran melalui sistem tadarus dalam group TAM AlMukhlisin, beliau juga mengikuti slot Tajwid Santai di Facebook Page AlMukhlisin Home Quran yang disampaikan oleh Ustaz Zul. Alhamdulillah, semakin lama Mak Long semakin sebati dengan cara penyampaian ilmu tajwid AlMukhlisin. 

Seperti kebanyakan inspirasi yang telah dikongsikan sebelum ini, pandemik Covid-19 telah memberi 1001 hikmah kepada insan-insan terpilih. Begitu juga Mak Long Habibah, rasa semakin cinta untuk belajar Quran telah membuka ruang untuk menuntut ilmu bersama AlMukhlisin melalui program Waqiah Magnet Rezeki di Facebook Page AlMukhlisin Home Quran sepanjang fasa PKP Mac 2020.

Dengan kegigihan dan niat menuntut ilmu yang menggunung, Mak Long Habibah yang pada ketika itu telah mula daftarkan diri untuk menyertai sesi kelas one-to-one Ulul Albab Circle (UAC) AlMukhlisin, beliau “memaksa diri” untuk mula berjinak-jinak dengan aplikasi Whatsapp, Facebook dan Telegram. Dari situlah, sedikit demi sedikit Mak Long Habibah berjaya memandaikan diri dengan kemajuan teknologi terkini dan alhamdulillah kelas juga dapat berjalan dengan lancar. 

NIAT BAIK DIPERMUDAHKAN ALLAH

Bukti kekuasaan Allah yang lainnya, walaupun kadang-kadang Mak Long Habibah menghadapi sedikit masalah kewangan untuk membayar keperluan kelas Ulul Albab Circle (UAC) AlMukhlisin, Allah bukakan pintu rezeki kewangan beliau melalui anak-anak, dan anak-anak beliau juga diberi rezeki untuk berbakti kepada sang ibu untuk memudahkan perjalanan menuntut ilmu.

Maha Suci Allah, terlalu banyak rezeki yang Allah berikan kepada Mak Long Habibah, baik rezeki kewangan, rezeki ilmu, rezeki masa, rezeki kesihatan dan lain-lain asbab niat baik dan kesungguhan Mak Long untuk menuntut ilmu secara berguru bersama AlMukhlisin.  

Inilah yang dikatakan, “Nak seribu daya, tak nak seribu dalih”. Kalau kita nakkan sesuatu, kita usaha dan InsyaAllah akan dipermudahkan jalan untuk mencapainya. Apatah lagi apabila berniat untuk menuntut ilmu, lebih-lebih lagi akan dipermudahkan oleh Allah. Kerana banyaknya ganjaran Allah untuk sesiapa yang berusaha menempuh susah payah untuk menimba ilmu Allah yang Maha Luas.

Tonton perkongsian Mak Long Habibah di bawah :

KELEBIHAN ORANG MENUNTUT ILMU

Perkongsian sebuah hadis,

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu jalan untuk menuju ke Syurga.” (Hadith Riwayat Muslim)

Maka yakinlah, orang yang menuntut ilmu akan mendapat kemudahan dan pertolongan daripada Allah SWT, juga akan mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak.

Jadi, apa pun alasan anda, masalah anda, jangan sekali kali menjadikan alasan dan masalah itu untuk tidak belajar mengaji Quran, lebih-lebih lagi belajar secara berguru dan konsisten dengan proses menuntut ilmu Quran. 

Usia juga bukan alasan untuk tidak mencuba belajar sedikit demi sedikit kemajuan teknologi yang ada, sebab semua ilmu sekarang sudah boleh diperoleh secara atas talian. 

Jadi rugilah sekiranya hanya kerana tidak pandai dan tidak mahu belajar asas teknologi, kita terlepas peluang untuk menimba ilmu-ilmu Allah yang tidak berpenghujung.

Selagi hayat dikandung badan, berusahalah sebaik mungkin memanfaatkan rezeki kelapangan masa, tenaga dan wang ringgit ke arah jalan menuntut ilmu. 

Anda mahu dibimbing sepertimana Mak Long Habibah dibimbing oleh AlMukhlisin?

Klik link ini sekarang. Now or never.

– Konsisten Berguru Sehingga Ke Akhir Hayat –

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This