AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

Mengurus Emosi Dengan Quran

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
Team AlMukhlisinbyTeam AlMukhlisin
Reading Time: 2 mins read
Anda Serabut

Hari ni anda semua bangun dengan muka yang senyum ke muka serabut?
Serabut itu normal. Kadang-kadang masalah kecil pun boleh buat kita stress sepanjang hari.

Sahabat, emosi kita ini sangat penting untuk kita kawal dan uruskan dengan sebaik mungkin. Kita sebagai orang Islam mesti mampu mengurus emosi dengan baik. Ini kerana Quran telah mengajarkan kita segala macam hal, antaranya bagaimana sepatutnya kita mengurus emosi.

Anda Serabut

Mengurus Emosi Dengan Quran

Bagaimana mengurus emosi dengan Quran? Di sini kita akan lihat perbandingan dari sudut positif dan negatif. Contohnya, bila orang mengata, kalau sudut negatif yang kita pilih, kita akan mengatakan dia ini berperangai buruk, mulut celupar dan sebagainya.

Okey sekarang cuba kita lihat dari sudut positif pula. Bila orang mengata kita, sebenarnya dia mengajar kita untuk bersabar, dia mengajar kita untuk menahan marah.

Orang yang mampu tahan marah disaat dia ingin marah, darjatnya naik di sisi Allah swt. Subhanallah. Hebat sungguh orang yang positif ni. Walaupun mungkin dia dilihat kalah di mata orang, tetapi dia di angkat tinggi disisi Allah swt. Sebenarnya terlalu banyak sebab untuk kita memilih bertindak positif lebih daripada negatif.

“Quran sumber ketenangan”

Sebenarnya siapa yang mengajarkan sifat positif sebegini? Kat mana nak rujuk sifat-sifat yang baik ni? Tak lain tak bukan mestilah daripada Quran Karim itu sendiri dan ditonjolkan oleh Nabi Junjungan kita Muhammad saw. Kalau kita hidup berpandukan Quran, banyak benda kita boleh selesaikan dengan cara yang baik.

Bersikap Positif

Firman Allah swt dalam surah al-‘Asr:

إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (1)  إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ (2)   وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Maksudnya : “Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati dengan kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran.”
(Al-‘Asr 

Jelaslah bahawa Quran sentiasa mengajarkan kepada kita untuk bersikap positif. Sebab itu penting untuk kita memahami isi kandungan Quran sekaligus kita merenung maksud yang ingin disampaikan dan akhirnya dapatlah kita mengamalkannya dalam kehidupan.

Jadi, tanya pada diri sendiri, antara stress, serabut dan tertekan, dibandingkan dengan bahagia, tenang dan gembira, mana yang patut dipilih? Kalau sudah jelas tentang apa tindakan yang sepatutnya kita buat dalam hidup ini, buatlah keputusan yang tepat supaya kita beroleh kebahagiaan, kejayaan dan ketenangan.

Ingat, orang tenang selalu menang. Orang yang emosi, akan selalu kerugian dan menyesal dengan tindakan atau kata-kata yang telah diucapkan.

Seminar CepatPandaiQuran.com secara PERCUMA setiap bulan.

Daftarkan diri anda dan rebut peluang mengumpul pahala dalam Majlis Ilmu PERCUMA bersama AlMukhlisin.

Daftar di website cepatpandaiquran.com

 

(Visited 1,462 times, 1 visits today)

Discussion about this post

Previous Post

Keistimewaan Berpuasa di Bulan Ramadhan

Next Post

MAHIR Quran Bermula Dari K.E.N.A.L – Pn Roshani & En Nik Kamarudin

Related Posts

Motivasi

Menyingkap Peristiwa NUZULUL QURAN

19 April 2022
7 Persiapan Yang Wajib Anda Ketahui Untuk Menuju Ramadhan
Motivasi

Keistimewaan Berpuasa di Bulan Ramadhan

28 March 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post
MAHIR Quran Bermula Dari K.E.N.A.L – Pn Roshani & En Nik Kamarudin

MAHIR Quran Bermula Dari K.E.N.A.L - Pn Roshani & En Nik Kamarudin

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • 3 Tips Merawat Hati Ketika Sedih Atau Dilanda Ujian
  • NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3
  • Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?