Kenapa Perlu Baca Al Quran Walaupun Tak Faham?

Kenapa Perlu Baca Al Quran Walaupun Tak Faham?

 

 

Kenapa Perlu Baca Al Quran Walaupun Tak Faham? Jom Hayati Kisah Ini.

 

Terdapat satu keluarga yang selalu membaca Al Quran. Mereka selalu berkumpul satu keluarga setiap hari untuk membaca Al Quran .

 

Di dalam keluarga mereka terdapat pelbagai lapisan umur. Bermula dari umur 25 tahun hinggalah kepada umur 10 tahun.

Pada suatu malam, ketika mereka tengah membaca Al Quran. Anaknya yang bongsu, bersuara, Ayah kenapa perlu kita baca Al Quran walaupun tak faham?

 

Kenapa Perlu Baca Al Quran Walaupun Masih Tak Faham

 

Si Ayah pun bersuara. Untuk lebih mudah adik memahaminya. Ayah datangkan satu cerita.

Si Ayah pun bercerita.

Ada seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah kampung dengan anaknya. Anaknya berumur 7 tahun.

Setiap pagi,  Ayahnya akan membaca Al Quran di tempat solat. Anaknya meniru perbuatan ayahnya.  

 

Pada suatu hari anaknya bertanya kepada Si Ayah

“Ayah, saya baca Al Quran ini tapi tak fahamlah maksudnya. Kalau faham pun saya akan lupa bila tutup Al-Quran. Jadi apa gunanya kita baca Al Quran ini?”

Si Ayah itu berfikir sejenak, bagaimana hendak menerangkan kepada anaknya secara mudah & santai.

Lalu dia mengajak anaknya ke luar rumah. Dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

 

 

Kenapa Perlu Baca Al Quran Walaupun Masih Tak Faham

 

 

“Nah, adik pergi ke sungai, bawakan air dalam bakul ini”. Si anaknya pun bergegas ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka.

Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal. “Adik lambat sangat, cuba lari laju-laju sikit”.

Si anaknya pun berlari ke sungai dan apabila tiba di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.

“Tak boleh lah Ayah”.

Cuba sekali lagi. Si anaknya pun, cepat-cepat ke sungai dan berlari membawa bakul untuk tunjuk kepada ayahnya.

“Nampak tak Atuk? Tak boleh lah”. “Tak ada gunanya” bentak si cucu.

Si Ayah pun berkata, “Jadi kau rasa tak bergunalah? Cuba kau tengok bakul tu”.

Seperti baru tersedar, si anak baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah bersih.

 

Kenapa Perlu Baca Al Quran Walaupun Masih Tak Faham

 

 

Terus si datuk menyambung, “Macam itu lah dengan membaca Al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya, tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya. Itu semua dengan kehendak Allah. Kerja Allah”

 

Kemudian Si Ayah membaca hadis Nabi SAW

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar

r.a berkata:

“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : “Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air”. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, ” Dengan banyak mengingati mati dan membaca Al Quran.”

 

Kesimpulannya, bacalah Al Quran dahulu walaupun masih belum memahaminya. Kerana dengan membaca Al Quran, hati kita akan dibersihkan.

Jika kita masih belum mahir membaca Al Quran. Belajarlah. Carilah guru, supaya dia boleh membimbing anda. Pelbagai cara untuk belajar Al Quran.

Di AlMukhlisin, ada menyediakan perkhidmatan mengaji Al Quran di rumah.

 

 

Jika anda sedang mencari Formula Mudah & Santai belajar ilmu tajwid??

Saksikan hashtag #TajwidSantai

Setiap hari Isnin & Rabu
pada pukul 10:00 malam
Hanya di Facebook AlMukhlisin Home Quran.

Ikuti langkah di dalam video ini untuk sentiasa mendapat notifikasi daripada AlMukhlisin Home Quran.

Jika anda nak BERGURU di rumah anda, samaada Ustaz @ Ustazah. Istimewa untuk mereka yang berada di KELANTAN setakat ini.

Samaada baru nak MULA BELAJAR atau dah boleh baca Tapi BELUM MAHIR ilmu TAJWID.

 

 

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This