AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

FORMULA MUDAH BAGI ILTIQA’ SAKINAIN ; Bunyikan Nun Baris Bawah

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
Team AlMukhlisinbyTeam AlMukhlisin
Reading Time: 6 mins read
FORMULA MUDAH BAGI ILTIQA’ SAKINAIN ; Bunyikan Nun Baris Bawah

Pernah tak anda semua jumpa dengan huruf yang ada simbol tanwin, dan selepasnya hamzah wasol ketika baca Quran? Dah tentu pernah, kan?
Haa, kalau anda nak tahu, keadaan tersebut dinamakan dengan Iltiqa’ Sakinain.

Kalau terjemah secara harfiah, iltiqa’ sakinain maksudnya โ€˜pertemuan dua huruf matiโ€™.

Jom kita lihat satu contoh untuk lebih mudah fahami apakah โ€˜pertemuan dua huruf mati’ itu.

Contohnya dalam surah al-Baqarah, 02:180, m/s 27, pada perkataan ุฎูŽูŠู’ุฑูŽูŽุง ุงู„ูˆูŽุตููŠู‘ูŽุฉ (khoiron al-wasiyyah) :

 

Asal Usul Tanwin

Memang diakui, kebanyakan pembaca Quran yang sedang dalam proses belajar ramai yang keliru, bahkan tidak tahu cara untuk baca dengan betul pada tempat tersebut.

Pada perkataan Khoiron Al Wasiyyah, cara bacaan yang betul adalah, Khoironil Wasiyyah.

Dalam perbahasan Iltiqa’ Sakinain, akan timbul 2 persoalan.

Persoalan 1 :
“Eh, kenapa dibaca Khoironil Wasiyyah, Ustaz? Macam mana boleh datangnya bunyi Nun itu, sedangkan ia tiada pada tulisan?”

Sebenarnya, simbol tanwin itu asalnya adalah huruf Nun Mati / Nun Sakinah yang berada pada akhir kata nama (ismun). Cuba kita perhatikan takrif tanwin, iaitu :


ู†ููˆู†ูŒ ุณูŽุงูƒูู†ูŽุฉู ุชูŽู„ู’ุญูŽู‚ูŽ ุขุฎูุฑูŽ ู„ูŽูู’ุธู‹ุง ู„ูŽุง ุฎูŽุทู‘ู‹ุง
“NUN MATI yang dilafazkan pada akhir perkataan, dan tiada pada tulisan”

Jadi sebenarnya, tanwin itu asalnya adalah NUN MATI / NUN SAKINAH, dan diletakkan dengan tanda baris dua , ู€ู€ู€ู€ู€ูŒู€ู€ู€ู€ู€ู€ู€ูู€ู€ู€ู€ู€ู€ู‹ู€ู€ . 
Sebab itu, bila jumpa tanwin / baris dua, ia dibaca dengan bunyi Nun Mati diakhir.

Contohnya, pada tulisan ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง  tiada nun mati, tetapi dibaca dengan lafaz ุฎูŽูŠู’ุฑูŽู† , Khoiron.
* Nun tidak ditulis, tetapi wujud pada lafaz. 

Faham ke faham ? ๐Ÿ™‚

 

Kenapa Dibaca Baris Bawah?

Persoalan 2:

“Faham, Ustaz. Tapi kenapa pula ia dibariskan dengan baris bawah, bukan dengan baris atas atau depan?”

Sebelum merungkaikan persoalan kedua , kita perlu fahami asas dahulu. Asalnya begini : Sebutan antara huruf dalam Quran akan mudah disambung dan dibaca jika tanda baris bertemu tanda mati atau tanda baris bertemu tanda baris. Itu asasnya.

Namun, jika tanda mati bertemu tanda mati, maka akan timbul masalah. Masalahnya adalah, kita tidak dapat menyambungkan bunyi antara kedua huruf mati tersebut, kecuali apabila salah satu daripadanya dibuang, atau dibariskan (samada baris atas, bawah atau depan).

Contohnya dalam surah Al-Qiyamah, 75:12,Formula Tambah Nun Kecil

Ayat di atas menunjukkan tanwin pada huruf  ุฐ  bertemu huruf  ู„  yang bertanda mati, dan diantara keduanya ada hamzah wasol.

Jika bunyi bertanwin dieja, ia menjadi begini :

Formula Tambah Nun Kecil

“yaumaizin lmustaqorru” 

Nun berbaris mati dalam perkataan โ€˜Yaumaizinโ€™ di atas adalah huruf ‘mati yang pertama’. Manakala huruf mati yang kedua ialah huruf LAM dalam perkataan โ€œAl-Mustaqarโ€.

P/S : Sila abaikan hamzah wasal diantara keduanya kerana ia tidak termasuk dalam perbahasan ini. Hamzah wasol hanya berfungsi ketika hendak memulakan bacaan sahaja.

Jadi, sekarang berlaku masalah kerana ada 2 huruf mati bertemu mati, iaitu : NUN mati dan LAM mati. Kita tidak tahu macam mana nak sambungkan bacaannya. Di sinilah keadaan Iltiqaโ€™ Sakinain berlaku.

Seperti yang kita semua maklum, bangsa pertama yang menerima wahyu Quran adalah bangsa Arab. Jadi, apabila berlaku keadaan ini, mereka merasa sukar dan susah untuk dibaca.

 

Asas Penyelesaian Masalah Iltiqa’ Sakinain

Ulama qiraat telah memberikan garis panduan dalam menyelesaikan masalah ini. Pada dasarnya, apabila berlaku masalah pertemuan dua huruf mati (iltiqa’ sakinain), maka huruf pertama akan diberikan baris bawah.

Adapun jalan penyelesaian lain iaitu membariskan huruf pertama dengan baris yang lain selain daripada baris bawah adalah bergantung kepada sebab-sebab yang khusus.

Jadi, dalam masalah tanwin bertemu dengan hamzah wasol ini, ia adalah masalah yang asas, maka penyelesaiannya juga adalah penyelesaian yang asas, iaitu dibariskan huruf pertama dengan baris bawah.

Huruf yang pertama ialah huruf NUN MATI (yang wujud dalam tanwin). Maka, sebab itulah wujudnya bunyi NUN yang dibaca dengan baris bawah, tanpa ditulis huruf nun tersebut secara zahir.

Sekarang, jadilah ia begini dari sudut lafaz, bukan tulisan:

Formula Tambah Nun Kecil

“Yaumaizinil Mustaqarr”

 

Bagaimana Dengan Quran-Quran Lama Yang Ditulis Nun Kecil?

Sebelum kita tahu tempat-tempat yang berlaku pertemuan antara simbol tanwin dan hamzah wasol, mari kita lihat dahulu perbezaan antara tulisan Rasm Uthmani & Rasm Imlai.

Dalam Rasm Uthmani, ia tidak ditulis dengan NUN KECIL di bawahnya. Itu yang menyebabkan pembaca selalu terkeliru ketika bertemu dengan keadaan iltiqa’ sakinain.

Cuba perhatikan perbezaannya, pada ayat ke 12 surah Al Qiyamah, m/s 577 (Quran Rasm Uthmani), dan m/s 581 (Quran Rasm Imlai / Quran Majid) .

*gambar menunjukkan Quran Rasm Uthmani

Tetapi pada Rasm Imlai (iaitu Rasm Quran lama atau selalu orang lama panggil โ€œQuran Majidโ€) ditulis NUN KECIL.

*gambar Quran Rasm Imlai / Quran Majid

Ramai yang berpendapat bahawa, lebih baik menggunakan Quran Rasm Imlai, kerana kita tidak akan keliru lagi pada permasalahan iltiqo’ sakinain.

Dari segi penambahan Nun Kecil, memang bagus. Tetapi, bagi mereka yang sedang dalam proses belajar dan menghafal Quran, seelok-eloknya menggunakan Rasm Uthmani bagi mengelakkan banyak kekeliruan dan kesalahan apabila menggunakan Quran Rasm Imlai. Nak tahu panduan mudah untuk hafal Quran? Klik di SINI SEGERA untuk dapatkan Panduan Mudah Hafal Quran, Ustaz ada buat tawaran special tau sekarang ni ๐Ÿ˜‰

Alhamdulillah. Mudah & Senang kan ilmu tajweed ni.

Sekarang jom kita lihat tempat-tempat yang berlaku pertemuan antara tanwin dan hamzah wasol yang berjumlah 33 tempat, dalam 33 ayat yang berbeza.

Jangan lupa tanda tau!
Supaya kita boleh perhatikan semua tempat-tempat ini untuk mengelakkan daripada tertinggal / terkeliru lagi. 

33 tempat yang perlu dibunyikan nun berbaris bawah dalam Quran :

  1. Surah Al Baqorah, 02:180, m/s 27
  2. Surah Al A’raf 07:08, m/s 151
  3. Surah Al A’raf 07:158, m/s 170
  4. Surah Al A’raf 07:164, m/s 172
  5. Surah Al A’raf 07:177, m/s 173
  6. Surah At Taubah 09:24, m/s 190
  7. Surah At Taubah, 09:30, m/s 191
  8. Surah Hud, 11:42, m/s 226
  9. Surah Ibrahim, 14:18, m/s 257
  10. Surah Ibrahim, 14:26, m/s 259
  11. Surah Al Hijr, 15:61, m/s 265
  12. Surah An Nahl, 16:87, m/s 276
  13. Surah Al Kahf 18:77, m/s 302
  14. Surah Al Kahf 18:88, m/s 303
  15. Surah Maryam 19:07, m/s 305
  16. Surah Maryam, 19;61, m/s 309
  17. Surah Al Hajj, 22:11, m/s 333
    +1. Surah Al Hajj, 22:11, m/s 333 (kerana terdapat 2 tempat Iltiqa’ Sakinain dalam ayat yang sama)
  18. Surah Al Hajj, 22:25, m/s 335
  19. Surah Al Mukminun, 23:38, m/s 344
  20. Surah Al Furqon 25:04 m/s 360
  21. Surah Al Furqon 25:26, m/s 362
  22. Surah As Syu’ara’ 26:105, m/s 371
  23. Surah As Syu’ara’ 26:123, m/s 372
  24. Surah As Syu’ara’ 26:160, m/s 374
  25. Surah Saba’ 34:31, m/s 431
  26. Surah As Soffat 37:06, m/s 446
  27. Surah Ghofir 40:08, m/s 468
  28. Surah Al Jatsiyah 45:09, m/s 499
  29. Surah An Najm 53:50, m/s 528
  30. Surah Al Hadid 57:27, m/s 541
  31. Surah Al Jumu’ah 62:11, m/s 554
  32. Surah Al Qiyamah 75:12, m/s 577
  33. Surah Al Qiyamah 75:30, m/s 578

Nak lebih penjelasan, tonton video 33 Tempat Iltiqa’ Sakinain Dalam Quran di SINI

 P/S : Untuk memastikan sebutan yang betul, anda perlulah berguru. (Bertalaqqi secara One-to-One).

Anda belajar sesuatu? Jangan lupa kongsikan dengan sahabat-sahabat anda.

Video Tajweed Santai PERCUMA Dengan Minima Infaq RM 100

Dapatkan secara PERCUMA 173 Koleksi Video Tajwid Santai Ustaz Zul AlMukhlisin Musim Pertama yang bernilai RM 1,570 dengan minima infaq RM 100.

Klik SINI untuk info lanjut ยปยปยป
www.almukhlisin.com/tajweed-santai-uzam

AlMukhlisin Official (Untuk pertanyaan) ยปยปยป
bit.ly/NakTanyaTentangAlMukhlisin

#TajweedSantaiUstazZulAlMukhlisin
#BacaQuranBertajweedSampaiRasaTenang
#CintaIlmuQuranAllahNabi

(Visited 112,004 times, 19 visits today)
Tags: Al QuranAlMukhlisinAlMukhlisin Home QuranFormulaFormula MudahIltiqa' SakinainKota Bharu KelantanmudahNgaji Quran Di RumahNun IwadhNun KecilNun WasalNun WasolNun WiqoyahPertemuan Dua Huruf MatiQuranSantai

Discussion about this post

Previous Post

Kenapa Perlu Baca Quran Walaupun Tak Faham?

Next Post

Kenali 10 Imam Qiraat Yang Mutawatir

Related Posts

Dengung Tak Dengung

NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3

12 June 2022
Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?
Tajwid

Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

26 May 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post
Kenali Imam Qiraat

Kenali 10 Imam Qiraat Yang Mutawatir

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • 3 Tips Merawat Hati Ketika Sedih Atau Dilanda Ujian
  • NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3
  • Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

ยฉ 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

ยฉ 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?