Puan Tifa Maulina, seorang ibu muda berusia 38 tahun yang berasal dari Indonesia, dan kini menetap di Kelantan, memilih AlMukhlisin untuk membimbing anak-anak beliau belajar Quran. Beliau mula mengenali AlMukhlisin di facebook page AlMukhlisin Home Quran.
Ketika ditanya apakah harapan beliau sewaktu mula menyertai kelas bimbingan AlMukhlisin, kata Puan Tifa,
“Saya ingin anak-anak untuk belajar mengaji, kerana saya tidak dapat menghantar mereka ke luar. Jadi saya ingin cari ustazah yang boleh datang ke rumah..”
Beliau turut berkongsi tahap pencapaian anak-anak nya setelah belajar Quran.
“Dengan AlMukhlisin, mereka belajar tajwid, fardhu ‘ain, belajar sembahyang, dan juga hafazan. Dan sekarang ini, (hafazan) Rifa dan Rena sudah sampai surah At-Takwir, juzuk 30…”
Tulus mengakui perasaan beliau, Puan Tifa dapat melihat bahawa anak-anak beliau lebih bersemangat nak menghafal Quran. Menurutnya, setiap minggu hafazan mereka akan diuji oleh ustazah yang mengajar.
Puan Tifa juga memberi saranan untuk sama-sama menyertai kelas pengajian anjuran AlMukhlisin sebab kaedah pembelajaran tajwid yang mudah dan sangat sesuai bagi kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Tonton lebih dekat perkongsian di sini :
Anda mahu dibimbing sepertimana mereka yang dibimbing oleh AlMukhlisin?
Belum terlambat untuk MULAkan bertindak.
Tekan ini SEKARANG.
– Konsisten Berguru Sehingga Ke Akhir Hayat –

Discussion about this post