“Biasa kita akan utamakan benda lain yang tak penting. Tahun ni, alhamdulillah, saya ketepikan benda yang tak penting untuk diri saya. Tadarrus tu, saya tak pernah khatam ustaz. Tahun ni adalah tahunnya…”
Sharifah Azalina, mesra dengan panggilan kak Aza, seorang yang begitu komited dan tulus dalam mengikuti kelas dan program bersama AlMukhlisin. Ramadhan tahun lalu, walaupun dengan masa yang terbatas kerana sibuk berkerja dan menguruskan anak-anak, kak Aza masih bersemangat mengikuti tadarrus sehingga mampu khatam sebanyak 3 kali secara berguru.
“Saya betul-betul syukur la, saya bersyukur sangat atas keluarga AlMukhlisin ni. Terima kasih ustaaz, terima kasih ustazah, yang tak jemu-jemu didik kita…”
Ramadhan Bersama Guru , Ditunggu Penuh Rindu
Beliau akui, sangat banyak perbezaan yang dirasakan berbanding dengan Ramadhan sebelum ini, kerana berpeluang untuk tadarrus secara berguru. “Beza la ustaz, beza. Beza sangat-sangat. I’m gonna miss Ramadhan. Sangat-sangat rindu Ramadhan…”
“Dulu saya jarang boleh bangun awal. Sekarang saya dah ada jadual. Pukul 3.30 pagi tu automatik saya dah tersedar….”
“Lepas Ramadhan ni kalau ada lagi saya akan sentiasa bangun. Ia membentuk saya untuk menjadi orang yang lebih baik…”
Semoga Allah juga memberikan rezeki kebaikan dan keberkatan masa kepada kita supaya dapat menambahkan kuantiti dan kualiti ibadah kita, tidak hanya pada bulan Ramadhan, tapi juga masa-masa seharian kita. Aamiin.
Tonton lebih dekat perkongsian di sini.
Anda mahu dibimbing sepertimana AlMukhlisin membimbing Kak Aza ?
Belum terlambat untuk MULAkan bertindak.
Tekan LINK WHATSAPP ini SEKARANG.
-Konsisten Berguru Sehingga Ke Akhir Hayat-

Discussion about this post