Kenali 10 Imam Qiraat Yang Mutawatir

 

 

Kenali Imam Qiraat

 

Kenali 10 Imam Qiraat Yang Mutawatir

Qiraat. Dari segi bahasa mudah untuk difahami ialah kepelbagaian bacaan, variasi bacaan Al Quran. Jika mazhab feqah terdapat 4 imam mazhab yang besar. Imam Qiraat terdapat 10 imam Qiraat yang besar.

Dan Qiraat ini terdapat 10 imam qiraat yang mutawatir daripada Nabi SAW. Yang sohih daripada nabi SAW. Tidak ada satupun syarat-syarat Qiraat Mutawatir yang tertinggal.

 

3  Syarat Qiraat Mutawatir :

  1. Sanad sohih bersambung hingga ke Nabi SAW.
  2. Bertepatan dengan tulisan Rasm Uthmani
  3. Bertepatan dengan Nahu Soraf ( Bahasa Arab)

 

Mari kita sama-sama kenali imam qiraat ini.

Kenali Imam Qiraat

 

1) Nafi’ Al Madani

Beliau adalah Abu Ruwaim Nafi’ bin ‘Abdirrahaman bin Abi Nu’aim Al Laitsiy, berasal dari Ashfahan, dan wafat di Madinah tahun 199 H. Dua orang yang meriwayatkan Qiraat darinya adalah:

  • Qolun, adapun Qolun dia adalah ‘Isa bin Mainaa bin Wardaan bin ‘Isa bin Abd  al-Shamad. Diriwayatkan bahawa Nafi’ menggelarkannya bagusnya bacaannya. Sedangkan Warsy dia adalah ‘Utsman bin Sa’id bin Al Mishri rahimahullah, memiliki nama kunyah Abu Sa’id.
  • Warsy, adapun Warsy adalah nama gelarannya. Dia digelarkan dengan gelaran tersebut ada yang mengatakan kerana kulitnya yang sangat putih. Dia wafat di Mesir tahun 197 H pad usia 87 tahun

 

 

Kenali Imam Qiraat

 

2) Ibnu Kathir (bukan Ibnu Kathir ahli tafsir).

Beliau adalah ‘Abdullah bin Katsir bin Umar bin Abdullah bin Zaadzaan bin Fairuuz bin Hurmuuz Al Makkiy. Dia adalah salah seorang Tabi’in, dan wafat di Makkah tahun 120 H. Dua orang yang meriwayatkan Qiraat darinya adalah:

  1. Bazzi, adapun Bazzi dia adalah Ahmad bin Muhammad bin ‘Abdillah bin al-Qaasim bin Naafi’ bin Abi Bazzah. Beliau memiliki nama kunyah Abul Hasan, wafat di Makkah tahun 250 H pada usia 80 tahun.
  2. Qunbul, adapun Qunbul dia adalah Muhammad bin ‘Abdirrahman bin Muhammad bin Khalid bin Sa’id Al-Makhzumi. Beliau memiliki nama kunyah Abu ‘Amr, dan gelarannya Qunbul. Ada yang mengatakan:”Mereka adalah Ahlul Bait di Makkah yang dikenal dengan Al Qanabilah.”. Dia (Qunbul) wafat di Mekah tahun 291H pad usia 96 tahun.

 

Kenali Imam Qiraat

 

 

3) Abu ‘Amr Al Bashri

Dia adalah Yuban bin Al ‘Alaa’ bin ‘Ammar bin al-Iryaan al-Mazini at-Tamimi al-Bashri. Ada yang mengatakan bahawa namanya adalah Yahya. Dia wafat di Kufah pada tahun 154 H. Dan dua orang yang meriwayatkan Qiraat darinya adalah:

  1. Duri, adapun Duuri dia adalah Hafsh bin ‘Amr bin ‘Abdil ‘Aziz Ad Duuriyy al-Azdi. Ad Duur adalah nama sebuah tempat di Baghdad. Dia wafat pada tahun 246 H.
  2. Suusi Sedangkan Suusi adalah Shalih bin Ziyad bin ‘Abdillah bin Isma’il nin al-jaarud. Suusi  wafat sekitar tahun 261 H.

 

 

 

Kenali Imam Qiraat

 

4) Ibnu ‘Amir Asy Syaami

Dia adalah ‘Abdullah bin ‘Amir bin Yazid bin Tamim bin Rabi’ah. Dia wafat di Dimasyq tahun 128 H. Dua orang yang meriwayatkan Qiraat darinya adalah:

  1. Hisyam, Adapun Hisyam dia adalah Hisyam bin ‘Ammaar bin Nashir Al Qaadhi Ad Dimasyqi, beliau wafat di sana pada tahun 245 H.
  2. Ibnu Zakuan Sedangkan Ibnu Dzakwan dia adalah ‘Abdullah bin Ahmad bin Basyir bin Zakwan bin Amr Al Qurasi Ad Dimasyqi, beliau diberi nama kunyah Abu ‘Amr. Beliau wafat di Dimasyq (Damaskus) tahun 242 H.

 

Kenali Imam Qiraat

 

 

5) ‘Asim Al Kuufi

Dia adalah ‘Asim bin Abi An Najuud, Wafat di Kufah tahun 127 H. Dua orang yang meriwayatkan Qiraat darinya adalah:

  1. Syu’bah, adapun Syu’bah dia adalah Syu’bah bin iyasy bin Salim Al Kuufiyrahimahullah, wafat di Kufah pada tahun 193 H.
  2. Hafs, dia adalah Hafs Sulaiman bin Al Mughirah Al Bazzaz, diberi nama kunyah Abu ‘Amr, dan dia adalah orang yang siqoh (Berkredibiliti). Ibnu Ma’in berkata:”Dia lebih menguasai qiraat dibandingkan dengan Abu Bakr (Syu’bah)”. Dia wafat tahun 180 H.

 

Kenali Imam Qiraat

 

6) Hamzah Al Kuufi

Dia adalah Hamzah bin Habib bin ‘Imarah bin Ismail al-Kufi, beliau adalah salah satu imam qiraat as-sab’ah. Beliau wafat pada tahun 156 H di Bahlawan. Dua orang yang meriwayatkan Qiraat darinya adalah:

  1. Kholaf, adapun Kholaf dia adalah Kholaf bin Hisyam bin tsa’lab al-Asadi al-Bagdadi, diberi nama kunyah Abu Muhammad, lahir pada tahun 150 H dan wafat di Baghdad pada tahun 229 H.
  2. Khollad, dia adalah Khollad bin Khalid asy-Syaibaani ash-Shairafi Al Kuufi, diberi nama kunyah Abu ‘Isa, dan wafat di sana tahun 220 H.

 

Kenali Imam Qiraat

 

 

7 ) Kisaie Al Kuufi

Dia adalah ‘Ali bin Hamzah, Imam ahli Nahwu (tata bahasa Arab) kalangan Kufiyyun, diberi nama kunyah Abul Hasan. Beliau digelar dengan gelaran  Kisaie kerana dia ihram memakai Kisaa’ (kain penutup Ka’bah). Beliau wafat tahun 189 H. Dua orang yang meriwayatkan Qiraat darinya adalah:

  1. Abu Al Haris, dia adalah al-Laits bin Khalid al-Marwazi al-Bagdadi. Beliau wafat pada tahun 240 H.
  2. Duri Kisaie dia adalah perawi (yang meriwayatkan Qiraat) dari Abi ‘Amr dan Kisaie. Penjelasannya telah dijelaskan sebelum ini.

Kenali Imam Qiraat

 

8) Abu Jaafar Al Madaniy

Dia adalah Yazid bin al-Qa’qa’ al-Makhzuumi al-Madini, wafat  pada tahun 130 H. Dua orang yang meriwayatkan Qiraat darinya adalah:

  1. ‘Isa bin Wardan, adapun Wardan dia adalah ‘Isa bin Wardan Al Madini, beliau wafat di Madinah sekitar tahun 160 H.
  2. Ibnu Jammaz dia adalah Sulaiman bin Muhammad bin Muslim bin Jammaz al-Zuhri al- Madaniy, wafat di sana (Madinah) tidak lama setelah tahun 170 H.

Kenali Imam Qiraat

 

 

9)  Ya’qub Al Bashriy

Dia adalah Ya’qub bin Ishaq bin Zaid bin Abdillah bin Abi Ishaq al-Hadrami al-Bashri, wafat di Bashrah pada tahun 205 H pada bulan dzulhijjah. Dua orang yang meriwayatkan Qiraat darinya adalah:

  1. Ruwais, adapun Ruwais dia adalah Muhammad bin al-Mutawakkil al-Lu’lu al-Bashri Kunyahnya adalah Abu Abdillah. Beliau wafat di Bashrah pada tahun 238 H.
  2. Rauh dia adalah Rauh bin ‘Abdil Mu’min al-Hadzli al-Bashri An-Nahwiy. Kunyahnya adalah Abul Hasan. Beliau wafat tahun 235 H.

 

Kenali Imam Qiraat

 

 

10) Kholaf  Al ‘Asyir, dia adalah Kholaf bin Hisyam al-Bazzaar al- Baghdadiy. Tahun kematiannya tidak diketahui. Dua orang yang meriwayatkan Qiraat darinya adalah:

  1. Ishak, Ishaq bin Ibrahim bin ’Utsman bin Abdillah al- Marwazi al-Baghdadiy. Kunyahnya adalah Abu Ya’qub, beliau wafat pada tahun 286 H.
  2.   Idris dia adalah Idris bin ‘Abdil Karim al-Haddaad al-Baghdadi. Dia wafat pada tahun 292 H pada usia 93 tahun

 

Kenali Imam Qiraat

 

Daripada 10 Imam Qiraat ini. Imam Hafs daripada Imam ‘Asim adalah yang paling popular. Sebab Apa? BACA DI SINI.

5 Faktor Kenapa Versi Bacaan Imam Hafs Paling Popular

 

Adakah anda sedang mencari Formula Mudah & Santai belajar ilmu tajwid??

Saksikan hashtag #TajwidSantai

Setiap hari Isnin & Rabu

pada pukul 10:00 malam

Hanya di Facebook AlMukhlisin Home Quran.

Ikuti langkah di dalam link video di bawah ini untuk sentiasa mendapat notifikasi daripada AlMukhlisin Home Quran.

 

 

Jika anda nak BERGURU di rumah anda, samaada Ustaz @ Ustazah. Istimewa untuk mereka yang berada di KELANTAN setakat ini.

Samaada baru nak MULA BELAJAR atau dah boleh baca Tapi BELUM MAHIR ilmu TAJWID.

Comments

comments

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

Share This