Pernah tak anda semua jumpa dengan huruf yang ada simbol tanwin, dan selepasnya hamzah wasol ketika baca Quran? Dah tentu pernah, kan?
Haa, kalau anda nak tahu, keadaan tersebut dinamakan dengan Iltiqa’ Sakinain.
Kalau terjemah secara harfiah, iltiqa’ sakinain maksudnya ‘pertemuan dua huruf mati’.
Jom kita lihat satu contoh untuk lebih mudah fahami apakah ‘pertemuan dua huruf mati’ itu.
Contohnya dalam surah al-Baqarah, 02:180, m/s 27, pada perkataan خَيْرََا الوَصِيَّة (khoiron al-wasiyyah) :
Asal Usul Tanwin
Memang diakui, kebanyakan pembaca Quran yang sedang dalam proses belajar ramai yang keliru, bahkan tidak tahu cara untuk baca dengan betul pada tempat tersebut.
Pada perkataan Khoiron Al Wasiyyah, cara bacaan yang betul adalah, Khoironil Wasiyyah.
Dalam perbahasan Iltiqa’ Sakinain, akan timbul 2 persoalan.
Persoalan 1 :
“Eh, kenapa dibaca Khoironil Wasiyyah, Ustaz? Macam mana boleh datangnya bunyi Nun itu, sedangkan ia tiada pada tulisan?”
Sebenarnya, simbol tanwin itu asalnya adalah huruf Nun Mati / Nun Sakinah yang berada pada akhir kata nama (ismun). Cuba kita perhatikan takrif tanwin, iaitu :
نُونٌ سَاكِنَةُ تَلْحَقَ آخِرَ لَفْظًا لَا خَطًّا
“NUN MATI yang dilafazkan pada akhir perkataan, dan tiada pada tulisan”
Jadi sebenarnya, tanwin itu asalnya adalah NUN MATI / NUN SAKINAH, dan diletakkan dengan tanda baris dua , ـــــٌـــــــٍــــــًــ .
Sebab itu, bila jumpa tanwin / baris dua, ia dibaca dengan bunyi Nun Mati diakhir.
Contohnya, pada tulisan خَيْرًا tiada nun mati, tetapi dibaca dengan lafaz خَيْرَن , Khoiron.
* Nun tidak ditulis, tetapi wujud pada lafaz.
Faham ke faham ? 🙂
Kenapa Dibaca Baris Bawah?
Persoalan 2:
“Faham, Ustaz. Tapi kenapa pula ia dibariskan dengan baris bawah, bukan dengan baris atas atau depan?”
Sebelum merungkaikan persoalan kedua , kita perlu fahami asas dahulu. Asalnya begini : Sebutan antara huruf dalam Quran akan mudah disambung dan dibaca jika tanda baris bertemu tanda mati atau tanda baris bertemu tanda baris. Itu asasnya.
Namun, jika tanda mati bertemu tanda mati, maka akan timbul masalah. Masalahnya adalah, kita tidak dapat menyambungkan bunyi antara kedua huruf mati tersebut, kecuali apabila salah satu daripadanya dibuang, atau dibariskan (samada baris atas, bawah atau depan).
Contohnya dalam surah Al-Qiyamah, 75:12,
Ayat di atas menunjukkan tanwin pada huruf ذ bertemu huruf ل yang bertanda mati, dan diantara keduanya ada hamzah wasol.
Jika bunyi bertanwin dieja, ia menjadi begini :
“yaumaizin lmustaqorru”
Nun berbaris mati dalam perkataan ‘Yaumaizin’ di atas adalah huruf ‘mati yang pertama’. Manakala huruf mati yang kedua ialah huruf LAM dalam perkataan “Al-Mustaqar”.
P/S : Sila abaikan hamzah wasal diantara keduanya kerana ia tidak termasuk dalam perbahasan ini. Hamzah wasol hanya berfungsi ketika hendak memulakan bacaan sahaja.
Jadi, sekarang berlaku masalah kerana ada 2 huruf mati bertemu mati, iaitu : NUN mati dan LAM mati. Kita tidak tahu macam mana nak sambungkan bacaannya. Di sinilah keadaan Iltiqa’ Sakinain berlaku.
Seperti yang kita semua maklum, bangsa pertama yang menerima wahyu Quran adalah bangsa Arab. Jadi, apabila berlaku keadaan ini, mereka merasa sukar dan susah untuk dibaca.
Asas Penyelesaian Masalah Iltiqa’ Sakinain
Ulama qiraat telah memberikan garis panduan dalam menyelesaikan masalah ini. Pada dasarnya, apabila berlaku masalah pertemuan dua huruf mati (iltiqa’ sakinain), maka huruf pertama akan diberikan baris bawah.
Adapun jalan penyelesaian lain iaitu membariskan huruf pertama dengan baris yang lain selain daripada baris bawah adalah bergantung kepada sebab-sebab yang khusus.
Jadi, dalam masalah tanwin bertemu dengan hamzah wasol ini, ia adalah masalah yang asas, maka penyelesaiannya juga adalah penyelesaian yang asas, iaitu dibariskan huruf pertama dengan baris bawah.
Huruf yang pertama ialah huruf NUN MATI (yang wujud dalam tanwin). Maka, sebab itulah wujudnya bunyi NUN yang dibaca dengan baris bawah, tanpa ditulis huruf nun tersebut secara zahir.
Sekarang, jadilah ia begini dari sudut lafaz, bukan tulisan:
“Yaumaizinil Mustaqarr”
Bagaimana Dengan Quran-Quran Lama Yang Ditulis Nun Kecil?
Sebelum kita tahu tempat-tempat yang berlaku pertemuan antara simbol tanwin dan hamzah wasol, mari kita lihat dahulu perbezaan antara tulisan Rasm Uthmani & Rasm Imlai.
Dalam Rasm Uthmani, ia tidak ditulis dengan NUN KECIL di bawahnya. Itu yang menyebabkan pembaca selalu terkeliru ketika bertemu dengan keadaan iltiqa’ sakinain.
Cuba perhatikan perbezaannya, pada ayat ke 12 surah Al Qiyamah, m/s 577 (Quran Rasm Uthmani), dan m/s 581 (Quran Rasm Imlai / Quran Majid) .
*gambar menunjukkan Quran Rasm Uthmani
Tetapi pada Rasm Imlai (iaitu Rasm Quran lama atau selalu orang lama panggil “Quran Majid”) ditulis NUN KECIL.
*gambar Quran Rasm Imlai / Quran Majid
Ramai yang berpendapat bahawa, lebih baik menggunakan Quran Rasm Imlai, kerana kita tidak akan keliru lagi pada permasalahan iltiqo’ sakinain.
Dari segi penambahan Nun Kecil, memang bagus. Tetapi, bagi mereka yang sedang dalam proses belajar dan menghafal Quran, seelok-eloknya menggunakan Rasm Uthmani bagi mengelakkan banyak kekeliruan dan kesalahan apabila menggunakan Quran Rasm Imlai. Nak tahu panduan mudah untuk hafal Quran? Klik di SINI SEGERA untuk dapatkan Panduan Mudah Hafal Quran, Ustaz ada buat tawaran special tau sekarang ni
Alhamdulillah. Mudah & Senang kan ilmu tajweed ni.
Sekarang jom kita lihat tempat-tempat yang berlaku pertemuan antara tanwin dan hamzah wasol yang berjumlah 33 tempat, dalam 33 ayat yang berbeza.
Jangan lupa tanda tau!
Supaya kita boleh perhatikan semua tempat-tempat ini untuk mengelakkan daripada tertinggal / terkeliru lagi.
33 tempat yang perlu dibunyikan nun berbaris bawah dalam Quran :
- Surah Al Baqorah, 02:180, m/s 27
- Surah Al A’raf 07:08, m/s 151
- Surah Al A’raf 07:158, m/s 170
- Surah Al A’raf 07:164, m/s 172
- Surah Al A’raf 07:177, m/s 173
- Surah At Taubah 09:24, m/s 190
- Surah At Taubah, 09:30, m/s 191
- Surah Hud, 11:42, m/s 226
- Surah Ibrahim, 14:18, m/s 257
- Surah Ibrahim, 14:26, m/s 259
- Surah Al Hijr, 15:61, m/s 265
- Surah An Nahl, 16:87, m/s 276
- Surah Al Kahf 18:77, m/s 302
- Surah Al Kahf 18:88, m/s 303
- Surah Maryam 19:07, m/s 305
- Surah Maryam, 19;61, m/s 309
- Surah Al Hajj, 22:11, m/s 333
+1. Surah Al Hajj, 22:11, m/s 333 (kerana terdapat 2 tempat Iltiqa’ Sakinain dalam ayat yang sama) - Surah Al Hajj, 22:25, m/s 335
- Surah Al Mukminun, 23:38, m/s 344
- Surah Al Furqon 25:04 m/s 360
- Surah Al Furqon 25:26, m/s 362
- Surah As Syu’ara’ 26:105, m/s 371
- Surah As Syu’ara’ 26:123, m/s 372
- Surah As Syu’ara’ 26:160, m/s 374
- Surah Saba’ 34:31, m/s 431
- Surah As Soffat 37:06, m/s 446
- Surah Ghofir 40:08, m/s 468
- Surah Al Jatsiyah 45:09, m/s 499
- Surah An Najm 53:50, m/s 528
- Surah Al Hadid 57:27, m/s 541
- Surah Al Jumu’ah 62:11, m/s 554
- Surah Al Qiyamah 75:12, m/s 577
- Surah Al Qiyamah 75:30, m/s 578
Nak lebih penjelasan, tonton video 33 Tempat Iltiqa’ Sakinain Dalam Quran di SINI
P/S : Untuk memastikan sebutan yang betul, anda perlulah berguru. (Bertalaqqi secara One-to-One).
Anda belajar sesuatu? Jangan lupa kongsikan dengan sahabat-sahabat anda.
Video Tajweed Santai PERCUMA Dengan Minima Infaq RM 100
Dapatkan secara PERCUMA 173 Koleksi Video Tajwid Santai Ustaz Zul AlMukhlisin Musim Pertama yang bernilai RM 1,570 dengan minima infaq RM 100.
Klik SINI untuk info lanjut »»»
www.almukhlisin.com/tajweed-santai-uzam
AlMukhlisin Official (Untuk pertanyaan) »»»
bit.ly/NakTanyaTentangAlMukhlisin
#TajweedSantaiUstazZulAlMukhlisin
#BacaQuranBertajweedSampaiRasaTenang
#CintaIlmuQuranAllahNabi
Discussion about this post