Dari Ibnu Umar ra berkata : Rasulullah saw bersabda ;
“Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan menerangkan kelak pada hari kiamat dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.”
[Hadis sohih diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Mardawih].
(At-Targhib Wa al-Tarhib 1/298)
Setiap kali tiba hari Jumaat, pasti ramai yang bersemangat untuk baca Surah Al Kahfi kerana kelebihannya yang besar kan, sehingga ramai yang dah boleh hafal pun sampai 110 ayat. Ustaz nak bagi tips dan Panduan Mudah Hafal Quran. Nak tahu? Tekan je di SINI okay ;).
Bagi mereka yang selalu baca surah Kahfi ni, mesti akan ada satu keadaan special pada akhir ayat pertama 1, iaitu ada sin kecil di atasnya.
ۜ عِوَجَا
Masih ramai yang tertanya-tanya macam mana sebenarnya cara bacaan yang betul bagi tempat yang ada simbol sin kecil ni, yang dikenali dengan nama SAKTAH.
Apa itu saktah? Jom ustaz terangkan.

Pengenalan Saktah pada ayat 1 :
Saktah dari sudut bahasa bermaksud diam.
Manakala dari sudut bacaan pula, saktah bermaksud menahan nafas dengan kadar 2 harakat pada perkataan tertentu, kemudian menyambung kembali bacaan dengan nafas yang sama.
Contoh :
ۜ عِوَجَا
Terdapat 4 + 1 + 1 jenis bacaan saktah dalam Quran, iaitu :
4 = wajib dibaca dengan saktah
1 = khilaf, samada mesti dibaca saktah atau boleh dibaca seperti ayat yang biasa.
1 = 1 Tempat tiada tanda saktah, tetapi dibaca dengan saktah. Iaitu pada bacaan sambung antara akhir ayat surah Al Anfal dengan awal ayat surah At Taubah.
Cara Baca Saktah pada ayat 1 :
Jadi cara bacaan pada ayat pertama ini ada 2 :
1. Bacaan saktah sekiranya kita nak gabungkan / sambungkan dengan ayat 2.
Caranya ialah, kita pausekan bacaan sekadar 2 harakat, kemudian sambung semula bacaan pada ayat 2 dengan nafas yang sama.
2. Putuskan bacaan seperti ayat yang biasa sekiranya kita memilih untuk berhenti, kemudian sambung bacaan pada ayat 2 dengan nafas yang baru.
Nak lebih penerangan, jemput tonton video pendek Tajweed Santai Ustaz Zul AlMukhlisin di SINI.
Mudah kan?
Belajar Quran ni tak mudah kan? Tapi, tak susah dengan adanya bimbingan guru yang ikhlas membimbing kita. Ikuti perkongsian salah seorang pelajar AlMukhlisin yang dah berjaya cinta Ilmu berkat bimbingan Ustaz Zul AlMukhlisin.

Iaitu untuk bawa umat Nabi Muhammad saw kepada cinta Ilmu, cinta Quran, cinta Allah dan cinta Nabi saw. 💪🏻”
Video Tajweed Santai PERCUMA Dengan Minima Infaq RM 100
Dapatkan secara PERCUMA 173 Koleksi Video Tajwid Santai Ustaz Zul AlMukhlisin Musim Pertama yang bernilai RM 1,570 dengan minima infaq RM 100.
Klik SINI untuk info lanjut »»»
www.almukhlisin.com/tajweed-santai-uzam
AlMukhlisin Official (Untuk pertanyaan) »»»
#TajweedSantaiUstazZulAlMukhlisin
#BacaQuranBertajweedSampaiRasaTenang
#CintaIlmuQuranAllahNabi
Discussion about this post