AlMukhlisin
Advertisement
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi
No Result
View All Result
AlMukhlisin
No Result
View All Result

“Penat Lelah GURU Bimbing Saya Untuk Sentiasa BERSAMA Quran Tak Mampu Dibalas” – Pn Azalina

0
SHARES
0
VIEWS
Share on FacebookShare on TelegramShare on Whatsapp
Team AlMukhlisinbyTeam AlMukhlisin
Reading Time: 4 mins read
“Penat Lelah GURU Bimbing Saya Untuk Sentiasa BERSAMA Quran Tak Mampu Dibalas” – Pn Azalina

Sebagai seorang anak, setiap daripada kita pasti nakkan yang terbaik buat kedua ibu bapa kita. Pasti kita nak tengok mereka bahagia di dunia, apatah lagi di akhirat nanti.

“Tanggungjawab saya sebagai seorang anak adalah saya nak mak dan ayah saya tenang di sana..”.

‎“Kalau kita tak boleh jadi anak yang terbaik di dunia, jadilah anak yang terbaik di akhirat, yang boleh ‎pakaikan mahkota untuk kedua ibu bapa kita…”. ‎Itulah luahan tulus seorang anak yang begitu mengharapkan yang terbaik untuk ibu bapanya. Dikenali dengan nama kak Aza, atau  Sharifah Azalina, merupakan seorang ibu muda yang berkerjaya dengan usianya 36 tahun.

Ketulusan Niat  Jadi Pencetus Semangat

Kongsi Kak Aza, beliau bukanlah dari keluarga yang berlatar belakangkan agama, tidaklah pandai mengaji. Tapi dengan niat untuk jadi anak yang solehah supaya boleh bantu ibu bapanya di sana nanti, beliau mula tekad untuk belajar Al Quran.

Biarpun merangkak, biarpun kena mula dari asas, kak Aza tetap tidak putus semangat. From zero,to hero. ‎Baginya, belajar itu penat, tapi ada bahagia dalam jiwa yang dirasa. Berpenat dahulu di dunia, supaya nanti bahagia bila di syurga. ‎

Detik Hati Mula Dijentik

Syukur Allah berikan kesedaran untuk belajar pada usia yang masih muda dan masih ‎panjang ‎lagi masa untuk beliau terus belajar.‎ Luahnya, hati beliau mula dijentik dengan hidayah untuk belajar Al Quran ketika beliau menziarahi kematian saudaranya.

“…macam mana kalau kita yang mati, siapa yang nak sedekahkan kita surah Yasin tu. Kalau kita sendiri pun tak pandai baca, macam mana dengan orang yang datang nanti..dan bila banyak dengar ceramah, bila orang yang tak pandai baca Quran, kuburnya akan jadi sempit, sampai berlaganya tulang rusuk kita, saya jadi takut…”

Sebelum dan Selepas Berguru

Setiap langkah yang kita ambil dalam hidup, akan ada perubahan yang berlaku. Akan ada perbezaan dan perbandingan untuk kita muhasabah kembali. Orang yang hebat, adalah orang yang masa depannya lebih baik daripada masa lalu.

“Kalau nak compare dengan saya yang dulu dan sekarang, masyaAllah, saya rasa, saya suka dengan diri saya sekarang. Sebab, Quran ni sentiasa ada dengan saya…dengan AlMukhlisin ni, dia paksa saya untuk saya baca, faham. Tak faham, tanya. Itu yang menyebabkan saya suka sangat dengan process AlMukhlisin ni..”

Trust The Process

Menurut kak Aza, kalau dulu sewaktu mula belajar berguru, beliau tak pernah tahu apa itu dengung. Bila baca Al Quran,  memang akan ‘langgar’ saja hukum-hukum tajwid yang ada. Sedikit demi sedikit baru tahu lepas ustaz ajar, didik, dan bimbing beliau. Yang penting, kena Trust The Process.

Mengakui bahawa banyak kesukaran yang beliau hadapi semasa proses belajar, tapi beliau tak pernah putus asa dan terus komited untuk follow apa yang ustaz ajarkan. Kalau terlepas satu sesi kelas sahaja, memang beliau akan rasa sangat bersalah dan rugi sebab terlepas ilmu-ilmu dan perkongsian daripada ustaz.

Sebagai gantinya, kak Aza akan mengulangkaji semula apa yang telah dipelajari bersama ustaz di facebook AlMukhlisin Home Quran. Walaupun hanya siarang ulangan, tapi sangat bermanfaat baginya untuk memantapkan lagi ilmu yang telah beliau dapat.

‎“Saya rasa letih, tapi saya rasa seronok…”‎.

Bertambah Keluarga Menuju Syurga

“Alhamdulillah, saya sayang sangat keluarga (AlMukhlisin) ni, saya rasa sangat bahagia. Untuk orang lain, jangan berhenti berharap…”

Bukan sekadar mendapat ilmu Quran dan tajwid, ustaz juga banyak mengajarkan tentang adab, dan hikmah. Ilmu-ilmu itu adalah pelengkap dalam kehidupan kita.

Sering ustaz berpesan, kalau kita belajar ilmu Quran semata-mata, tanpa kita belajar ilmu adab dan ilmu hikmah, maka hati kita akan jadi keras.

Semoga kita dapat menggenggam kemas nasihat  dan pengajaran yang ada itu seperti paku yang terpahat utuh dalam hati kita, sebagai pendorong langkah kita untuk mula menuntut ilmu, dan terus menuntut ilmu hingga ke akhir hayat, insyaAllah.

Tonton lebih dekat perkongsian di sini :

Anda mahu dibimbing sepertimana AlMukhlisin membimbing Kak Aza?

Belum terlambat untuk MULAkan bertindak.

Tekan  ini SEKARANG.

– Konsisten Berguru Sehingga Ke Akhir Hayat –

(Visited 229 times, 1 visits today)
Tags: bergurubimbingilmukonsistenprocessQurantrust

Discussion about this post

Previous Post

Wahai IBU AYAH, Menangislah Andai Anak-Anakmu TIDAK DIAJARKAN Quran – Pn Aini Farhah

Next Post

Bila Tahu NILAI Ilmu, Terlepas Satu Ilmu Pun Rasa Sangat RUGI – Pn Azalina

Related Posts

BERJAYA Cinta Quran Berkat Bimbingan GURU AlMukhlisin –
Offline

BERJAYA Cinta Quran Berkat Bimbingan GURU AlMukhlisin –

28 April 2022
Saya Percaya, BELAJAR dan MENGAJAR Quran BUKAN Untuk Ustaz dan Ustazah Je…” – Norhasniza
Berkerja

Saya Percaya, BELAJAR dan MENGAJAR Quran BUKAN Untuk Ustaz dan Ustazah Je…” – Norhasniza

18 July 2022
  • Tab 1
  • Tab 2

Tab 1

Tab 2

Next Post
Bila Tahu NILAI Ilmu, Terlepas Satu Ilmu Pun Rasa Sangat RUGI – Pn Azalina

Bila Tahu NILAI Ilmu, Terlepas Satu Ilmu Pun Rasa Sangat RUGI - Pn Azalina

AlMukhlisin

We bring you the best Premium WordPress Themes that perfect for news, magazine, personal blog, etc. Check our landing page for details.

Learn more

Recent Posts

  • 3 Tips Merawat Hati Ketika Sedih Atau Dilanda Ujian
  • NAMA HUKUM BAGI BACAAN DENGUNG – JUZUK 3
  • Cara Baca Pada 2 Simbol Mim, Sama Tapi Tak Serupa?

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

No Result
View All Result
  • Home
  • Blog
  • Testimoni
  • Program
  • Hubungi

© 2022 AlMukhlisin - Tajweed Lifestyle

Dapatkan Tips Bagaimana Nak Istiqamah

Baca Al-Quran

Masukkan NAMA dan EMAIL utama anda

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You have Successfully Subscribed!

**Maklumat anda tidak akan digunakan untuk tujuan lain
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?