Detik Hati Mula Dijentik
Sharifah Azalina, 36 salah seorang pelajar yang telah lama mengikuti kelas bimbingan AlMukhlisin berkata, beliau merasa sangat bersyukur Allah berikan kesedaran untuk belajar pada usia yang masih muda dan masih panjang lagi masa untuk beliau terus belajar. Luahnya, hati beliau mula dijentik dengan hidayah untuk belajar Quran ketika beliau menziarahi kematian saudaranya.
“…macam mana kalau kita yang mati, siapa yang nak sedekahkan kita surah Yasin tu. Kalau kita sendiri pun tak pandai baca, macam mana dengan orang yang datang nanti…dan bila banyak dengar ceramah, bila orang yang tak pandai baca Quran, kuburnya akan jadi sempit, sampai berlaganya tulang rusuk kita, saya jadi takut…”
Sebelum dan Selepas Berguru
Setiap langkah yang kita ambil dalam hidup, akan ada perubahan yang berlaku. Akan ada perbezaan dan perbandingan untuk kita muhasabah kembali. Orang yang hebat, adalah orang yang masa depannya lebih baik daripada masa lalu.
“Kalau nak compare dengan saya yang dulu dan sekarang, masyaAllah, saya rasa, saya suka dengan diri saya sekarang. Sebab, Quran ni sentiasa ada dengan saya. Dengan AlMukhlisin ni, dia paksa saya untuk saya baca, faham. Tak faham, tanya. Itu yang menyebabkan saya suka sangat dengan process AlMukhlisin ni..”
Trust The Process
Menurut kak Aza, kalau dulu sewaktu mula belajar berguru, beliau tak pernah tahu apa itu dengung. Bila baca Quran, memang akan ‘langgar’ saja hukum-hukum tajwid yang ada. Sedikit demi sedikit baru tahu lepas ustaz ajar, didik, dan bimbing beliau. Yang penting, kena Trust The Process.
Mengakui bahawa banyak kesukaran yang beliau hadapi semasa proses belajar, tapi beliau tak pernah putus asa dan terus komited untuk follow apa yang ustaz ajarkan. Kalau terlepas satu sesi kelas sahaja, memang beliau akan rasa sangat bersalah dan rugi sebab terlepas ilmu-ilmu dan perkongsian daripada ustaz.
Sebagai gantinya, kak Aza akan mengulangkaji semula apa yang telah dipelajari bersama ustaz di facebook AlMukhlisin Home Quran. Walaupun hanya siarang ulangan, tapi sangat bermanfaat baginya untuk memantapkan lagi ilmu yang telah beliau dapat.
“Saya rasa letih, tapi saya rasa seronok…”.
Bertambah Keluarga Menuju Syurga
“Alhamdulillah, saya sayang sangat keluarga (AlMukhlisin) ni, saya rasa sangat bahagia. Untuk orang lain, jangan berhenti berharap…”
Bukan sekadar mendapat ilmu Quran dan tajwid, ustaz juga banyak mengajarkan tentang adab, dan hikmah. Ilmu-ilmu itu adalah pelengkap dalam kehidupan kita.
Sering ustaz berpesan, kalau kita belajar ilmu Quran semata-mata, tanpa kita belajar ilmu adab dan ilmu hikmah, maka hati kita akan jadi keras.
Semoga kita dapat menggenggam kemas nasihat dan pengajaran yang ada itu seperti paku yang terpahat utuh dalam hati kita, sebagai pendorong langkah kita untuk mula menuntut ilmu, dan terus menuntut ilmu hingga ke akhir hayat, insyaAllah.
Tonton lebih dekat perkongsian di sini :
Anda mahu dibimbing sepertimana AlMukhlisin membimbing Kak Aza?
Belum terlambat untuk MULAkan bertindak.
Tekan ini SEKARANG.
– Konsisten Berguru Sehingga Ke Akhir Hayat –

Discussion about this post